ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 12, 2009

12. 4. 2009. Ahad.
Dijemput oleh Sultan menghadiri Majlis


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan hadir bersama 16 ADUN Pakatan Rakyat lain pada Majlis Peanugerahan Pingat dan Santapan Diraja Sempena keputeraan Sultan Perak pada 19 April ini di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. ADUN Pakatan Rakyat semuanya diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda itu.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi Mstar.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut. beberapa akhbar internet dan blog menyiarkan berita yang boleh disalah tafsir dalam perkara tersebut.

Dalam kenyataan yang berbeza ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah mengesahkan jawapan telah diberikan kepada pihak Protokol majlis tersebut iaitu sebanyak 17 ADUN termasuklah DS. Nizar dan beliau sendiri disahkan hadir dan 11 orang mempunyai masalah yang tidak dielakkan dan mereka memberi jawapan tidak hadir.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas dengan majoriti undi sebanyak 2789 undi.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.

Apr 11, 2009

11. April. 2009. Sabtu.

PEMUDA DIBELASAH POLIS SEBELUM MAHKAMAH JATUH HUKUM.
Belumpun reda kes A Kugan yang dibelasah hingga mati dalam lokap polis USJ awal tahun ini, satu lagi kes menggemparkan rakyat mengenai tindakan zalim yang dipercayai dilakukan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Kali ini, Adi Anwar Mansor dibelasah dan dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 8 April lalu.

Adi Anwar, 25 tahun kini dalam keadaan stabil dan menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibunya, Jiknah Harun yang mendapati banyak kesan lebam di beberapa bahagian badannya.

Disebabkan tidak puashati terhadap layanan pihak polis di lokap berkenaan, Jiknah hari ini membuat laporan di IPD Klang.

Dia ditemani peguam N Surendran, ADUN Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar, Ketua Pemuda Pas Selangor, Solehan Muhi dan pemimpin Hindraf, Jayath ass.

Dalam laporan itu, antara lain Jiknah meminta pihak polis membebaskan anaknya dan menyiasat punca kejadian yang menyebabkan anaknya terpaksa menerima rawatan kecemasan.

“Saya baru balik ke rumah, anak saya cakap, mak abang ada kat hospital wad ICU. Saya bersiap dan terus pergi, bila saya sampai ada guard tak bagi saya naik. Saya kena tunggu sampai puluk 12, saya sampai pukul 10, berapa jam saya nak tunggu. Bila saya naik tengok, saya dah tak boleh cakap apa-apa, saya sebagai ibu, saya yang bela dia, janganlah pukul dia macam tu, kalau dia bersalahpun,” Jiknah menceritakan keadaan ketika dia menemui anaknya di hospital.

Peguam yang mewakili beliau, N Surendran berkata, Adi Anwar memberitahu bahawa dia dipukul di dalam kereta polis dan kemudian dibawa ke balai dan dipukul lagi di bahagian kepala, ditendang di belakang dan dipukul dengan host getah sehingga dia tidak tahan kesakitan.

Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago mahu pihak polis menyiasat bagaimana Adi Anwar boleh meminum pelarut berkenaan.

“Apa yang mendesak sampai saudara Adi Anwar terpaksa minum tinner, menjadi persoalan penting. Mengapa? Adakah dia tak boleh tahan kena pukul oleh itu dia terpaksa minum tinner atau apakah sebab lain dia minum tinne. Itu mesti disiasat,” katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar pula berkata, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan seperti ini kerana Adi Anwar hanya disyaki.

“Tidak boleh dikenakan tindakan mengikut selera, untuk menghukum atau menzalimi sesiapa kerana belum tentu seseorang yang ditahan itu bersalah.

“Saya ingin mendesak Najib supaya mengutamakan perlaksanaan refomasi terhadap pasukan polis bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

“Selagi tidak ada badan seperti IPCMC yang memantau perkara ini, saya percaya dan yakin kes ini akan berterusan. Mula-mula Kugan India, hari ini Melayu, besok cina, lusa mungkin iban, tulat mungkin kadazan,” tegas beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kapar, S Manikavasagam meminta supaya satu siasatan bebas diadakan dan menghukum mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kita tak membela mana-mana penjenayah, kita mempunyai mahkamah, pihak polis boleh tangkap, boleh dakwa, kita boleh, tapi bukan macam ini,” katanya.

Adi Anwar ditahan kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu kerana disyaki terbabit dengan kes dadah, tetapi tiada sebarang bukti ditemui.

Jiknah berkata, tiada sebab anaknya melakukan kesalahan sedemikian kerana dia baru mendapat bayi berusia tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira.

Ketua polis daerah ACP Mohamad Mat Yusop dilaporkan berkata empat anggota polis berada di dalam lokap ketika Adi Anwar dikatakan minum pelarut berkenaan.

"Apabila anggota-anggota polis itu menyedarinya, ia sudah terlambat kerana kejadian tersebut berlaku dalam masa kurang 10 saat," New Straits Times memetik Mohamad sebagai berkata.


11. April. 2009. Sabtu.

ARAHAN!! Aku jadi pembunuh, digantung mati......

Kes bunuh Al-Tantuya nampaknya telah tamat dengan pelbagai persoalan yang belum terjawab. Hanya 2 anggota UTK sahaja terlibat? Siapa yang mengarahkan mereka berdua? Ini adalah luahan hati Cif Inspektor Azilah Hadri semasa membacakan nota bertulisnya.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya.

Saya tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan saya berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihatinya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Saya telah diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan 'bodoh' (membunuh) itu apatah lagi saya adalah anggota polis".

Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.


[Perkara di atas nih aku nak hampa pikiaq habis2...bila buat program ceramah mohon permit ada yang dah lulus,ada yang tidak lulus bahkan ada yang dah lulus macam di perak & kedah sewaktu sebelum kempen pilihanraya ditarik pada saat-saat akhir...Bila tanya pegawai yang keluarkan arahan termasuk la bila semburan gas & water canon FRU,jawapannya 'ARAHAN ORANG ATAS' atau 'SAYA MENERIMA ARAHAN ATASAN' atau 'SAYA MENURUT ARAHAN PIHAK ATASAN' atau 'PIHAK ATASAN ARAHKAN SAYA'

Sekarang...nah ambik kau...mungkin ramai yang simpati,tapi itulah kebodohan yang mengikut ARAHAN yang diluar batasan undang-undang.Tak reti nak pakai otak sewaktu menjalankan tugas,walaupun arahan tu melanggar normal-normal undang-undang serta batasan perikemanusiaan...korang turut la lagi...sewaktu korang sembur gas & water canon di Taman Ria Jaya Bukit Selambau serta di Air Kuning,Bukit Gantang pada hari pengundian...ada tak korang pikir waktu tu kesian pada orang tua-tua,wanita,kanak-kanak,ibu mengandung yang jatuh sewaktu berlari akibat tak tahan menanggung azab perbuatan korang.

Ingat...Altantuya dibunuh sewaktu dia merayu dia sedang mengandung.dia di terajang di perut,di tembak di pipi,apa sirul dengan azilah kesian atau pikir ARAHAN atasan tuh berperikemanusian atau ikut undang-undang?So korang fikir la sendiri apa yang aku cakap nih,kalau semua penjawat awam berpegang pada prinsip bekerja dengan lebih beretika]


Apr 10, 2009

Friday, April 10, 2009

Kutbah Jumaat

Bolehkah kita menjawab beberapa pertanyaan dibawah dengan jujur tanpa mencemik mulut kepada yang bertanya?

Mengapa bila kita memberi bantuan dengan pengisytiharan yang hebat sedangkan kita tidak ada sumber peruntukan? Mengapa kita memakai tali leher dan kot sesudah kita berada ditempat teratas,sedangkan 10 tahun dulu kita hanya memakai kemeja batik terengganu yang berharga RM 25? Mengapa kita tinggal didalam pejabat berhawa dingin yang kesejukannya melebihi 15 darjah Celcius sedangkan dahulu kita hanya seorang posmen? Tukang panjat tiang TNB, seorang pembaca meter Pihak Berkuasa Air yang kadang-kadang terpaksa lari lintang pukang bila dikejar anjing liar, seorang yang bertugas sebagai penjaga lalu lintas landasan KTM dan pembuka 'gate' keretapi? Mengapa kita menggunakan Camry,Mercedes sedangkan dahulu kita boleh mengguna Toyota Crown,Datsun 120Y,Ford Escort yang tidak ada 'air-cond' pun? Mengapa kita mesti tinggal di rumah kediaman rasmi dengan sewaan bulanan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan,sedangkan rumah teres 2 tingkat mampu menyelesakan?

Mengapa kita mesti berbelanja untuk jamuan RM 100 satu kepala,sedangkan kita boleh makan bersama-sama didalam satu hidang yang berharga RM 30? Mengapa kita mesti berbunga api dihari meraikan sambutan ulangtahun,sedangkan lilin boleh menyegarkan mata? Mengapa kita mesti mengangguk-angguk di hadapan anu-anu,datuk-datuk,tan sri-tan sri dan yang maha mulia,sedangkan saudara dan nilai ketakwaan tidak pernah diguna pakai?

Mengapakah kita mesti berjalan diatas karpet,sedangkan tikar mengkuang tikar tradisi kita? Mengapa kita mesti terbang dengan penerbangan sewa khas,dengan jet-jet peribadi yang dipinjam,sedangkan penerbangan lelas ekonomi bersama rakyat ada sepuluh trip sehari? Mengapa kita mesti bercermin gelap kereta mewah,sedangkan rakyat teringin sangat hendak melihat siapa di dalamnya?

Mengapa kita mesti sembelih lembu kerbau apabila ada upacara rasmi,sedangkan dihujung kampong sana ada rakyat yang makan ikan tamban kering,pucuk ubi rebus dengan sambal belacan setiap hari?

Mengapa kita mesti mengadakan persembahan konsert dalam upacara perasmian,sedangkan kita ada anak-anak yang mencari makan dengan irama-irama muzik ghazal dan hadrah? Mengapa kita tidak jumlah belanja daripada jumlah pendapatan?

Apakah pertanyaan-pertanyaan diatas merupakan satu petanyaan berbaur cemburu dan busuk hati?
Apakah pertanyaan-pertanyaan diatas jawapan yang sepatutnya dijawab ialah sebegini:-

Apa kamu peduli itu hak kami !! Ini duit kami !!

Tetapi ada persoalan lain.Memang ya dan kamu boleh buat apa saja kerana itu hak kamu,kalaulah benar itu hak kamu!! Tetapi bagaimana kamu boleh lakukan pemborosan dan penyelewengan sedangkan itu hak orang lain,atau dengan erti kata yang lain, itu adalah hak rakyat !! Memang benar kamu boleh melakukannya seperti kata pepatah 'easy as 123' kerana kamu ada kuasa, tetapi di mana nilai kemusiaan,keperihatinan,nilai tanggung jawab dan amanah untuk rakyat yang kamu galas?

Ular yang menyusur akar tentu tidak akan hilang bisanya,kuasa dan pangkat yang diterima datangnya bersama tanggungjawab yang bukan hanya berakhir di dunia ini bahkan akan dipersoalkan di kemudian hari.

Apakah dengan merendah diri dan bersifat mengutamakan orang lain yang lebih memerlukan daripada diri sendiri akan menyebabkan kita hilang penghormatan dan kuasa yang ada?

Semua orang wajib untuk membuat jasa kepada sesama manusia dan tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri.Oleh itu kewajipan untk berbuat jasa bukanlah terbatas kepada hanya sesuatu golongan tertentu sahaja?

Apakah kita tergamak membiarkan insan-insan kerdil ada yang diluar sana bertungkus lumus mencari makan membantu keluarganya yang kesempitan dihimpit tekanan ekonomi, malah ada yang tidak pun pernah merasa bihun sup sehingga apabila ditanya apakah yang ingin dimakan,ada insan yang begitu teringin untuk merasai bihun sup sedangkan kita berbangga dengan sembilan hadangan makanan.

Benarlah seperti kata bijak pandai,zaman telah berubah tetapi sifat manusia akhir zaman tidak pernah berubah,tidak pernah puas dengan apa yang ada sehinggalah mereka dijemput oleh ilahi ke alam fana ...


dollah yankee- hari ini jumaat di mesjid at-taqwa taman tun,gelugor
Menolak Pm baru dan Kerajaan haram Bn Perak

Dengan segala tekanan yang diberikan dan penggunaan jentera aparat kerajaan pusta yang melampau jujur dikatakan kemenangan sukar diramal lebih - lebih lagi untuk memperoleh majoriti yang tinggi.

Namun sejak dari awal Pilihanraya Kecil ini telah disebut bakal menjadi medan referendum rakyat terhadap 2 perkara besar iaitu untuk melihat repon penerimaan rakyat terhadap PM yang baru dan Kerajaan Haram Bn Perak.

Jelas rakyat telah bangkit dengan berani menyatakan pendapat menolak Pm baru dan Kerajaan haram Bn Perak.

Hasrat cakap - cakap pemimpin Bn kononya untuk menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Pm baru jelas kempunan.

berikut ialah kenyataan Anwar Ibrahim "Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.

Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini.Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, Pas dan Dap semakin hari semakin utuh.

Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama. Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan Perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.

Kemenangan Dato’ Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.

Kepada pendukung Pakatan Rakyat di Batang Ai, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak. Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa Perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak.Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaa helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepadapenipuan. Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa Perubahan, bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air.

Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan menghambat kami dari menunaikan janji yang telah diberikan. Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat ini. Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda Perubahan dan PakatanRakyat.
Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini."

Apr 9, 2009

Gantung Sampai Mati

SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.

ULASAN
1-Allah subhanahu wataala cerita perangai orang jahat di akhirat di dalam Al quran ; Pada hari kiamat , orang yang melakukan jenayah sanggup memohon kepada Allah agar menerima anak isterinya, orang kampongnya, dan manusia semuanya sebagai ganti dirinya untuk dimasukkan kedalam neraka asalkan dirinya seorang sahaja selamat dari azabneraka...


2-Orang yang suruh azilah dan sirul bunuh antaltunya tu tak kena hukum ke..? UMNO nak tutup kes kononnya kalau dua2 ni dah kena hukum. TIDAK kita kena dedahkan siapa dalangnye,, teruskan!!!

Thursday, April 9, 2009

KABINET MEE SEGERA !!!!





Perdana Menteri Mohd Najib Razak telah mengumumkan barisan kabinet barunya petang ini. 28 Menteri dan 40 timbalan menteri dilantik menganggotai barisan kabinet barunya.

Tan Sri Muhyiddin hari ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran
Datuk Seri Shafie Apdal hari ini dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar .....Klik seterusnya....

Apr 8, 2009

8/4/09. Rabu.
Manikumar berjanji laksana Piagam Calon


TAHNIAH SEMUA RAKYAT YG MENGUNDI PAKATAN RAKYAT..
anda hebat!!!!!

SUNGAI PETANI, 8 April (Hrkh) - Calon KeADILan, S. Manikumar yang memenangi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun N.25 Bukit Selambau berjanji akan melaksanakan semua janji-janji yang termaktub di dalam piagam calon beliau.

Pertamanya, beliau akan menunaikan janjinya untuk membuak pusat khidmat rakyat dalam masa 48 jam selepas diumumkan sebagai pemenang dalam PRK tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Dun Bukit Selambau yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat dan mempercayainya untuk memimpin mereka pada masa hadapan.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera yang telah bekerjasama dengan saya selama ini. Juga terima kasih kepada jentera PAS dan DAP yang turut membantu," ujarnya kepada wakil media selepas diisytiharkan sebagai pemenang dalam PRK tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali pula menyifatkan kemenangan KeADILAn di Bukit Selambau dan PAS di Bukit Gantang sebagai satu referandum rakyat kepada pucuk pimpinan baru negera yang diterajui Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Walaupun ada penurunan dalam sokongan kepada kedua-dua calon KeADILAn dan BN. Ini diburukkan dengan peratus keluar mengundi yang menurun, apapun kita mampu mempertahankan majoriti yang cuku baik dan meyakinkan.

"Perlu diingat ini adalah pilihan raya kecil bukannya pilihan raya umum. Kita berhadapan dan dengan keseluruhan jentera dari kerajaan pusat di sini, namun kita masih menang dengan majoriti yang membanggakan. Ini adalah satu referandum rakyat kepada pimpinan Najib,"kata beliau.