ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 10, 2009

10/5/09. Ahad.

Benarkah media buat laporan tidak adil seperti dakwa Zamri ?

Zambry Abdul Kadir hari ini melahirkan rasa kecewa dengan dakwaan kononnya segelintir media yang didakwanya membuat laporan yang tidak memberi gambaran sebenar punca kekecohan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis lalu.

"Laporan dan gambar-gambar yang disiarkan tidak menunjukkan siapa yang sebenar memulakan kekecohan... saya minta media membuat laporan yang adil dan objektif, dakwa Zambry seperti yang dilapor oleh Bernama hari ini.

Namun persoalannya adakah benar dakwaan itu dan salahkah media melaporkan apa yang disaksikannya sendiri walaupun tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan sekali ini kena ke atas "batang hidung" BN.

Sejak awal kita menyaksikan Bangunan Dewan Negeri Perak telah dikepung dan diceroboh oleh pihak keselamatan yang begitu ramai. Sehinggakan menyebabkan menimbulkan perasaan syak dan wasangka yang tidak baik apakah yang sebenarnya yang diingini oleh pihak yang menjaga bangunan tersebut. Bukankah itu adalah penyebab awal yang mencetuskan ketegangan di bangunan dewan negeri.

Banyangkan kami ADUN yang sah dipilih oleh rakyat terpaksa melalui kawalan yang paling ketat lebih ketat dari menaiki kapal terbang. Pengalaman saya menaiki kapalterbang yang paling ketat adalah di China tetapi saya rasa peristiwa di DUN Perak lebih ketat dari itu.

Sebelum masuk ke dalam dewan, ADUN diwajibkan mendapatkan pas berwarna merah dan ini sangat menyusahkan kami sebagai orang yang diaamahankan untuk datang bersidang . Inilah dalam pengalaman saya setelah Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Perak sejak Mac 2008 kawalan seketat itu diadakan di Dewan Negeri.

Saya yakin ADUN BN bukan dalam keadaan tertekan kerana mereka sangat mengetahui dia ada pengawal yang diimport begitu ramai dari seluruh negara. Malah saya mempunyai maklumat jelas seorang polis dari Pahang didatangkan untuk menjayakan kerja jahat ABN di Dewan Negeri.

Mangsanya kami ADUN Pakatan Rakyat, sabotaj terhadap kami sampai kekemuncaknya dengan perencanaan yang sangat teliti. Segala jenis plan A hingga Z difikirkan sehingga ada bukti menyatakan boleh kita lihat dibeberapa gambar semacam pistol telah dibawa masuk ke dalam dewan.

Penyokong kami dinafikan hak, sebenarnya dialah "pengawal" dan peniup semangat yang mahu masuk kedewan dengan aman dan damai, namun semua tempat duduk yang kosong telah diisi oleh pasukan polis termasuklah galeri pemerhati juga dipenuhi dengan polis.

Sebenarnya BN sudah takut untuk berdepan dengan ADUN Pakatan rakyat dan penyokongnya. Ketakutan itu kata anak saya yang berumur 10 tahun adalah di tahap "gaban" maksudnya melampau.

Sekarang Zambry takut kepada Media termasuk milik BN. Di pagi Jumaat selepas sidang saya sempat melihat berita di tv 1 yang sebelum ini jadi pengampu BN ditahap gaban. Terkejut saya dengan gambaran yang menunjukkan kepada saya cukup adil dan menggambarkan suasana yang sebenar.

Maka tunggulah hayat BN yang semakin pendek dan siap untuk dikuburkan dalam Pilihanraya apa saja. Media pun sudah bosan untuk menjadi "pengampu" BN seumur hidup, nanti orang pun tidak beli macam mana nak bayar gaji pekerja.

May 9, 2009

9/5/09. Sabtu.

TENGAHHARI TADI BERMULANYA EPISOD KE 2 NAJIB, UNTUK PENANTI.


Kesemua 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dibebaskan, mula keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting secara berperingkat-peringkat bermula tengah hari tadi.

Dua pemimpin Hindraf iaitu M. Manoharan dan Vasantha Kumar pula telah dibawa keluar dari pusat tersebut pukul 2.30 petang tadi.

Ketua kumpulan Hindraf, P. Uthayakumar pula keluar dari pusat tahanan Kamunting pada pukul 2.55 petang selepas ditahan lebih 500 hari.

Isteri Manoharan ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu mStar Online bahawa "hampir pasti suami saya akan pulang ke rumah hari ini."

Lima rakyat tempatan, sebahagian daripada 13 tahanan ISA terbabit, dikenakan syarat manakala warga asing pula dihantar pulang ke negara masing-masing, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dipetik oleh The Star.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Manoharan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Alam Shah dan Vasantha Kumar dibawa keluar dari pusat tahanan Kamunting kira-kira 2.30 petang.

Kedua-dua mereka dibawa berasingan dalam dua buah kereta.

Sebelum itu pada 12.40 tengah hari, sekumpulan tahanan dibawa keluar dengan sebuah van Jabatan Imigresen manakala kumpulan kedua dibawa dengan sebuah van tanpa tanda yang diiringi beberapa buah kereta polis pada 1.20 tengah hari.

9/5/09. Sabtu.

Sekarang apa dah jadi dan selepas ni apa nak jadi?

Mula-mula Speaker DUN Perak V. Sivakumar berkeras tidak melayan sebarang usul selagi 10 orang ADUN, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak keluar dari Dewan.

Kemudian Timbalan Speaker Hee Yit Foong, mengumumkan yang beliau mengambil alih persidangan daripada Sivakumar.

Dalam keadaan itu Zambry sekali lagi membaca usul untuk menyingkirkan Sivakumar. Semua Adun BN dan tiga ADUN Bebas menyokong. Zambry setelah itu mengemukakan pula usul melantik R. Ganesan sebagai speaker yang baru dan sekali lagi mendapat sokongan daripada kesemua ADUN BN dan ADUN Bebas.

Ganesan kemudiannya mengangkat sumpah dan mengambil alih persidangan dari bawah kerana Sivakumar masih tidak berganjak daripada tempat duduknya.

Selepas itu BN mula menguasai sidang. Hanya mikrofon Ganesan yang berfungsi. Beberapa usul dikemukakan, termasuk melantik beberapa jawatankuasa negeri dan mengisytiharkan persidangan di bawah pokok pada 3 Mac lalu sebagai tidak sah.

Zambry seterusnya mengemukakan usul menangguhkan Dewan dan usul itu diluluskan.

Sivakumar mempersoalkan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Dewan (BN) itu termasuk perlantikan Speaker baru kerana menurutnya, Dewan belum dirasmikan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Dan setakat ini tiada siapa tahu apakah dengan itu semuanya telah berakhir, atau sebenarnya satu episod baru sedang bermula.

Yang sah,

terlalu banyak yang dapat dipelajari daripada apa yang berlaku di Perak. Lawak ada, sedih pun banyak...

..akpj..

(Marhaen yang waras bolih berfikir pada cerita diatas, 16 sept 2008 tidak perlu dipertikaikan)

"Rakyat Marhaen dah tahu Memilih bila ada Pilihanraya akan datang. Pilihanraya lah penentu kita, kita bertanggungjawab".

May 8, 2009

8/5/09. Jumaat.

SELUROH RAKYAT MALAYSIA YANG MENYOKONG PR, AMAT FAHAM DGN KERAJAAN NGOOOOK!!!


UMNO memang takut untuk hadapi PRK sebab sudah kalah 4 kali dalam masa terdekat.

Jika BN/UMNO akan kalah juga di N12 Penanti, maka andaian mengata kan pimpinan Tun AAB lemah sudah ternyata SALAH.

UMNO sudah buat kesilapan besar kerana undurkan Tun AAB terlalu segera. UMNO akan terima padah pada PRU13 nanti.
8/5/09. jUMAAT.


Dewan Undangan Negeri Perak secara rasminya bergelar "DEWAN YANG HINA"


Oleh Amin Iskandar

Semalam dunia menyaksikan bagaimana Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Razak menggunakan jentera kerajaan seperti polis dan pegawai-pegawai kerajaan untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Apa yang dilakukan di DUN Perak semalam adalah bukti Perlembagaan Persekutuan dan Demokrasi sudah tidak lagi dihormati dan disanjungi.

Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masuk kedalam DUN dan mengheret Speaker V. Sivakumar adalah bukti yang jelas bahawa di Malaysia ini, Perlembagaan Persekutuan dan Demokrasi sudah tidak lagi dihormati oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh suami Rosmah Mansor, Najib Razak.

Sewaktu Karpal Singh diserang di parlimen oleh Pemuda Umno yang kini dipimpin oleh Khairy Jamaluddin, Ketua Polis Negara menggunakan alasan “Imuniti Parlimen” untuk menghalalkan tindakan anggotanya untuk tidak bertindak membantu Karpal.

Tetapi semalam lain pula ceritanya. “Imuniti DUN” dihina begitu sahaja oleh PDRM yang bertuankan Barisan Nasional sehinggakan DUN Perak kini tidak boleh lagi dirujuk sebagai “Dewan Yang Mulia”.

Secara rasminya, kita kini boleh menggelar DUN Perak sebagai “DEWAN YANG HINA”.


C
8/5/09. Jumaat.

Mengenal Bahasa Melayui


MENGENAL BAHASA MENGENAL DIRI



Ramai yang menggunakan perkataan Melayu tanpa mengetahui sejarah dan urutan perkataan tersebut.

Banyak yang hanya mengikut-ikut tanpa tahu makna perkataan itu.

Daulat Tuanku : daulat dari daulah urutan Arab bemakna negara – bermakan state bukan negeri.

Tuanku : bermakna Tuan Aku.

Duli : bermakna tapak kaki.

Pacal : bermakna anak anjing. Jangan tersilap dengan pecal.

Pecal : ini sayur yang di celor dan dibubuh kuah kacang – berasal dari Jawa sedap dimakan.
8/5/09. Jumaat.

ADUN PR dalam perjalanan dari pejabat DAP-Ipoh ke IPD Ipoh untuk membuat laporan Polis mengenai insiden di DUN kelmarin.

ADUN-ADUN lain akan melaporkan mengikut Kanun Keseksaan Panel KOd 124 dengan tindakan mengasari ADUN kelmarin.

YB.Sivakumar bersama ADUN Sungkai, YB.Sivanesan sedang membuat laporan.


Speaker Perak sedang berada di IPD Ipoh membuat Laporan Polis mengenai insiden DUN Perak yang disaksikan seluruh dunia dan ia amat memalukan

ADUN Pakatan Rakyat berada di ruang legar IPD Ipoh.

Gambar aksi ADUN Jelapang menyembur mata terhadap ADUN Aulong

Saudara Muthu yang ditangkap,dipukul, digari dan dipulas tangan hingga cedera membuat Laporan polis di IPD Ipoh. Beliau dibawa ke kem FRU dekat stadium Ipoh dan dilepaskan jam 5 petang kelmarin. Di sebelah beliau ialah Ustaz Misbah dan ADUN Kepayang, YB Loke

May 7, 2009

7/5/09. Khamis.

'Bisikan diraja' untuk Pakatan

RAJA Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitahkan sesuatu kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) setelah kedua-duanya dititahkan menghampiri baginda selepas Nizar dilihat menyatakan sesuatu dari bahagian tengah Dewan sejurus baginda berangkat masuk. Insiden itu berlaku sebelum Raja Nazrin Shah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. --fotoBERNAMA

Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.

"Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik)," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar diangkut keluar dari Dewan.

Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.

Ketika Raja Nazrin memasuki DUN kira-kira 50 anggota polis berada dalam Dewan.

Apabila dibangkitkan oleh Nizar, Raja Nazrin mengarahkan semua anggota keluar.

Majlis perasmian hanya bermula selepas Sivakumar, Speaker dilantik Pakatan tahun lalu, dibawa keluar oleh pasukan polis.

Sivakumar tidak berganjak dari tempatnya sejak pukul 10 pagi tadi.

Nizar menyatakan demikian pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan sebaik sahaja Raja Nazrin menyampaikan titah diraja perasmian petang ini.

Raja Nazrin yang sepatutnya merasmikan sidang itu pukul 10 pagi tadi hanya berbuat demikian 3.17 petang.

Baginda tidak dapat berbuat demikian selepas Sivakumar sejak pagi tadi bertegas sidang DUN tidak akan diadakan selagi 10 anggota termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry tidak keluar Dewan.

Tiga lagi termasuklah ADUN Bebas yang menyokong BN sekarang.

Bagaimanapun mereka tidak keluar Dewan manakala BN pula mengadakan sidang dalam sidang DUN.

Kemuncak insiden hari ini ialah Sivakumar diganti dengan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan dan diangkut keluar kira-kira 2.45 petang tadi.

Pada sidang media itu, Nizar berkata, pada hakikatnya tidak ada persidangan kerana perintah awal Speaker tidak diikuti. "Jelas lihat hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas," kata beliau yang ditemani Sivakumar pada sidang media.

Sivakumar yang ditahan dalam sebuah bilik berhampiran DUN dilepaskan selepas majlis perasmian.

Kata beliau, DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja-kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

"Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

"Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina Dewan, cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun," katanya.

Mengulas lanjut isu itu, "saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat."

Mengenai tindakan susulan, Nizar yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menambah:

"Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah."

Kata Nizar, beliau akan memohon menghadap Tuanku untuk tujuan tersebut dalam waktu terdekat.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang, Nizar berkata, pasukan peguam pihaknya akan meneliti soal itu.

Tinggal satu je lagi talian hayat untuk PR Perak!!

Kita doa ramai-ramai. Solat hajat ramai-ramai. Talian hayat hanya tinggal satu. Itu pun kena tunggu 11 Mei ni. Hari Isnin. Untung besar dapatla Nizar jadi MB sekali lagi. Segalanya tidak mustahil. Harap hanya pada kuasa Allah. Kot nak lagi trill, buat nazar..Hehe

Gua akan auto senyum sepanjang hari. Itu pun kalau Nizar menang. Gua nak tengok Zambri terkebil-kebil. Nizar lama dah terkebil-kebil. Kesian pulak kat dia..Haha.

Lagi gua nak tengok nasib 3 ekor kodok tu.. Rasa nak ludah sekor-sekor. Perangai tak macam katak langsung. Perangai macam b*b*. Nak muntah lagi gua.

Salam.

Bagi saya, tak payahlah kita nak rebut dan kecuhkan hal-hal dunia. Kita terima takdir yang ditentukan selapas berusaha.

Nizar sudah berusaha, PR sudah berusaha. Nak bergantung kat Raja, Raja kati dia tak tuli dan tak pekak tapi....

Hanyalah Allah tempat bergantung dan munajatlah beramai-ramai dan terimalah dengan redho apa takdirnya.