ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Aug 1, 2009

1/08/09. Sabtu.

SIKAP 1 MALAYSIA YANG MUNAFIK. RAKYAT AKAN MENENTUKAN DI PERMATANG PASIR. SETERUSNYA PRU 13 NANTI.






















Kekejaman dan kezaliman UMNO BN dan Polis Di Raja Malaysia yang bertindak ganas dan kasar kepada rakyat pasti akan terbalas juga nanti. Hanyar dan rakan-rakan dari K.Lgt tidak akan lupa gara-gara keganasan yang dilakukan keatas rakyat. Undi mau, janji tinggal janji. Pemimpin besar BN adalah disamakan golongan manusia munafik.

Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA sekalipun dihalang untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong namun, yang nyata, dunia menyaksikan hari ini rakyat berbilang kaum telah bangkit dalam bilangan yang ramai sehingga mencecah 100,000 orang (sekalipun angka oleh media massa hanya 20,000).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul iskandar Mohd Akin di dalam kenyataannya menyatakan AMK Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis menyerang, mengganasi dan menangkap rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta zalim ISA.

Katanya, AMK mengutuk tindakan ganas polis yang sama sekali tidak perlu. Ia adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malah pihak polis tidak menghormati Baginda kerana temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Baginda telah ditetapkan pada hari ini.

Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong '1 Malaysia' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato' Seri Najib Razak untuk membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata dengan membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama, hampir 500 orang rakyat yang ditahan hari ini ketika melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan, mesti segera dibebaskan.

Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai utama polis yang mengarahkan keganasan hari ini, mencabul hak perlembagaan rakyat dan bertindak biadap terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perlu digantung tugas dan siasatan bebas dilaksanakan terhadap mereka.

Najib perlu bersedia membuktikan bahawa beliau berhasrat untuk benar-benar menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dengan segera mengambil langkah-langkah perlu untuk menentukan kehendak sebenar rakyat mengenai ISA dengan mengadakan pungutan suara (referendum) bebas.

Tatacara pengendalian pihak polis terhadap rakyat yang berhimpun mesti dikaji semula bagi memastikan mereka mengawal keselamatan dan bukan bertindak liar mengganasi rakyat.

Sudah sampai masanya tindakan pemerintah memperalatkan polis untuk kepentingan sempit mereka dihentikan dan polis seharusnya menjaga keselamatan rakyat dan bukan mengganasi mereka.

Sekiranya Najib enggan melaksanakan perubahan-perubahan ini, ternyata beliau mengemukakan gagasan '1 Malaysia' hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat dan memperdayakan Malaysia bahawa kerajaan hari ini sudah berubah.

Sementara itu, seorang Ketua PAS Peringkat Bahagian menyatakan, isu ISA dan kezaliman polis hari ini pasti akan dibawa ke Permatang Pasir dan UMNO BN perlu dihukum oleh rakyat kerana membiarkan polis bertindak sewenang-wenang ke atas rakyat.

"Pihak polis merasa diri mereka terlalu berkuasa, lebih berkuasa dari Yang Dipertuan Agong, apabila mereka menghalang rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong yang telah bersetuju untuk menerima kehadiran rakyat di Istana Negara," jelasnya.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Jul 31, 2009

LIHAT, BACA DAN FAHAMKAN....



*** 1 OGOS 09 - MANSUHKAN ISA - KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT ***





Hari ini aku berhartal. Maksudnya dari jam 6 pagi tadi sampai ke 12 tengah malam nanti, aku ambil bahagian dalam satu tindakan mogok dan general stoppage of work.

Ertinya aku…
…tak keluar bekerja
…tak naik bas
…tak naik LRT
…tak bawa motorkar
…tak pergi pasar
…tak keluar beli suratkhabar
…tak pergi shopping
…tak beli apa-apa barang
…tak keluar makan
…tak keluar tengok wayang
…tak keluar lepak dengan kawan-kawan
…batalkan semua temujanji aku hari ni
…terpaksa cancel interview dengan media untuk cakap pasal Revolusi ‘48
…tak pergi acara sambutan Hari Malaysia hari ni
…tak pergi candle-light vigil malam nanti
…tak pergi parti housewarming kawan malam nanti

Aku hanya duduk kat rumah.

Apa tujuan aku berhartal hari ni? Tujuannya sebagai tanda protes membantah tindakan kerajaan menggunakan I.S.A. Menindas dan menakutkan rakyat. Juga sebagai tanda solidariti buat mangsa-mangsa yang ditahan.

Kenapa aku pilih hari ni untuk berhartal? Memperingati 16 September dipilih kerana siknifikasi hari tu Hari Malaysia, hari lahirnya Bangsa Malaysia.

Kenapa aku pilih untuk jalankan hartal? Kenapa tak buat benda lain? Sebab hartal ialah satu direct action berbentuk civil disobedience untuk hantar mesej protes terhadap tindakan atau polisi kerajaan yang tidak demokratik dan menindas. Ia satu cara untuk kita rakyat jelata kelas bawah yang takde kuasa/pangkat untuk bergabung tenaga melakukan bantahan dengan cara yang selamat, non-violent dan sukarela.

Adakah hartal ini akan bagi apa-apa kesan? Bayangkan kalau kamu yang tengah baca entry ni pun turut sama berhartal hari ni. Bayangkan kalau semua rakyat jelata yang menentang penindasan dan cintakan demokrasi turut sama berhartal hari ni. Bayangkan babak dalam video diatas berulang dalam laporan berita hari esok?
Sama ada hartal ini akan bagi kesan langsung atau tidak langsung, akan aku explore dalam next post. Lagipun aku ada 17 jam lagi untuk berhartal.

Mungkin aku akan tonton semula filem 10 Tahun Sebelum Merdeka hari ni.

Tetapi 1 ogos 2009 Sabtu kita keluar berkumpul dan dengan satu matlamat.

*** 1 OGOS 09 - MANSUHKAN ISA - KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT ***
Apa nak jadi-jadilah.

Jul 29, 2009

PEMERGIAN KERAHMATULLAH SDR ALMARHUM MALAIYANTO BIN JASMAN.

Sebuah kampong yang terletak dimukim Jugra, Kampong Melayu Pulau Carey, DUN Sejangkang. ADUN nya YB Dr Yunus dan JKKK En Yusof Bin Ahmad.

Isnin 27 Julai 2009 Hanyar dikejutkan pangilan talipon oleh ibu arwah atas kembalinya kerahmatullah sdr Malaiyanto. Beliau yang begitu periang dan baru berusia 27 tahun, anak sulong serta bekerja kampong membantu keluarga menyara hidup dan kini meninggal keluarga buat selama-lamanya. Diiringi alfatihah. Sebab-sebab kematian berkait dengan tragidi kemalangan 10 tahun yang lalu. Oleh kerana kesempitan hidup keluarga beliau pada masa itu, tidak mampu untuk rawatan lanjutan dan kesannya berakhir dengan kematian. Tidak menolak qada dan qadar serta reza apa yang berlaku.

Hanyar mengucap takziah kepada keluarga arwah serta mendoakan agar roh beliau sentiasa berada digolongan orang-orang beriman.

Merasa pilu apabila melihat imam membaca talkin diatas tanah lumpur.

Kawasan sekeliling kubur tiada pagar untuk keselamatan mengelak drpd binatang buas.

Inilah rupa pondok untuk berteduh dan tiada stor untuk menyimpan alatan kerja-kerja kubur.

Tujuan gambar-gambar kubur diambil bukanlah sengaja tetapi untuk menilai cara pentadbiran lama BN terhadap penduduk dihujung kampong. Pemimpin politik semasa itu lebih gairah untukmembolot dimana tanah yang masih kosong untuk dimiliki. Rebutan kuasa berlaku, cara hidup penduduk terabai dan ketinggalan. Sedangkan penduduk juga mengeluarkan hasil untuk negeri menjadi makmor yang disebut Darul Ehsan.

Lebih pilu lagi apabila Hanyar bersama mengiringi mayat diperkarangan kubur, kemudahan asas tidak lengkap. Diberitahu oleh ketua penduduk disitu kubur telah beroperasi sejak hampir 10 tahun.

Hanyar menasihatkan agar JKKK perlulah prihatin masaalah kepentingan keperluan keselamatan kubur. Agar JKKK bertindak segera mengusulkan supaya pagar, pondok mempunyai stor berkunci, mesin pam air serta pili air mesti dilaksanakan untuk kemudahan.

Episod dari cerita pasal Kampong Melayu Pulau Carey setelah Hanyar masuk mengelilingi kawasan kampong, ada pula cerita disebalik korap pimpinan politik baik dari umno mau pun dari MP Dolah Sani. Nantikan cerita lanjut diepisod lain.

Jul 26, 2009

26/07/09. Ahad

Penduduk Kuala Langat Merasa Pelik Sikap MDKLgt Kurang Prihatin.


Penduduk Kuala Langat kecewa sikap MDKLgt yang mempunyai cukup Ahli Majlis seramai 24 orang yang telah diagihkan dalam 24 zon seluruh Kuala Langat, tetapi tiada berfungsi dengan baik.
Rungutan penduduk pada hari ini, seperti gambar dibawah, ramai yang tidak tahu kerana tidak diwar-warkan kepada orang ramai. Mengikut dalam baner, penganjurnya adalah MDKLgt sendiri.
Seperti dalam benar bertajuk Majlis Dialog Bersama Penduduk amat tidak berjaya kerana maklumat gagal sampai kepengetahuan ramai . Tinjauan sebentar tadi hanya terdapat satu benar yanh terpapar dipagar hadapan pejabat lama JPJ.
Kehadiran yang ada hanya orang-orang tertentu sahaja, seperti mereka sahaja yang boleh berdialog. Banyak kerusi dari orang dan banyak kereta macam penuh dewan.

Inilah rupa baner yang terpampang dipagar depan pejabat lama JPJ yang tidak berbaloi dengan kos dari orang yang datang.

Rupa Exco berkenaan bercakap seperti melepas batuk ditangga sahaja. Memang patut gelap kelihatannya.

Suasana dalam dewan ramainya yang datang adalah mewakili penduduk Kuala Langat.


Kelihatan dialog itu, banyak bercakap Exco dari soalan yang menafaat.

Kalau beginilah caranya sikap MDKLgt berurusan dengan penduduk Kuala Langat, dimana lagi rakyat menaruh harapan pada memesrakan rakyat yang dikehendaki oleh Dato Menteri Besar.
Kepada yang berkenaan YDP perlulah lebih prihatin, lebih-lebih lagi inilah YDP baru yang pilihan dari kerajaan PR. Peringatan kepada MDKLgt, Buatlah kerja sepertimana aku janji kamu "Patuh Pada Mana-Mana Kerajaan Yang Memerintah".
Kepada yang berkepentingan pula, biarlah bersikap adil dan bertanggungjawab apabila merasa diri perlu ada dalam jawatan di sesebuah organisasi. Rakyat sentiasa melihat setiap gerak geri yang kamu lakukan. Rakyat Kuala Langat semasa PRU12 lepas bukan seperti sesuka tukar seluar dalam.

Jul 25, 2009

25/07/09. Sabtu.

KES JENAYAH BERAT 1 MALAYSIA.....rakyat diutamakan, gengster adalah model!

Apa nak jadi bila mahkamah akan bersidang pada tarikh sinonim 2 sept itu?

Sedunia semua tahu lintang pukang undang-undang Malaysia ni, angkara 1 Malaysia. MTKL membenarkan pendakwaraya menangguhkan dahulu penyerahan dokumen berkaitan kes liwat DSAI, sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap perintah tersebut. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Dian membenarkan permohonan pendakwaraya itu.

Pendakwaraya memohon penangguhan penyerahan dokumen itu atas alasan:

1. Perintah mahkamah supaya menyerahkan dokumen tersebut kepada tertuduh mempunyai implikasi dan kesan, bukan sahaja terhadap kes liwat tersebut, tetapi juga kes-kes jenayah yang lain.
2. Ia akan mengelak rayuan pendakwaraya di Mahkamah Rayuan daripada menjadi akademik, kerana ia membabit persoalan perundangan tertentu.

3. Perkara memberi salinan kenyataan saksi kepada Anwar, membabitkan persoalan undang-undang yang perlu diputuskan terlebih dahulu oleh mahkamah rayuan, sebelum Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan kes tersebut.

Dokumen-dokumen yang dituntut adalah;

1.rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal,
2.rakaman kamera CCTV didua buah lif blok 11 Kondominium Desa Damansara,
3.nota-nota ahli kimia yang menganalisis sampel-sampel DNA,
4.salinan nota doktor Hospital Kuala Lumpur dan
senarai saksi.

Doktor Pusrawi dan laporan 4 orang doktor pakar gomen mengatakan yang juboq Saiful tiada kena liwat,kerana tiada kesan tusukan. Kalau orang awam yang buat dapatan itu boleh kita pertikaikan tapi ini doktor swasta dan gomen.

Anihnya, kenapa pihak pendakwa mahu meneruskan kes biarpun Saiful disahkan oleh empat orang doktor gomen bahawa dia tidak diliwat oleh sesiapa?

Kenapa dokumen-dokumen ini hendak dirahsiakan daripada pengetahuan pihak pembela. Pi mai pun dokumen-dokumen ini akan didedahkan satu persatu oleh pendakwa bila kes ini berjalan. Dan bila dokumen-dokumen tersebut didedahkan macam mana ianya memberi implikasi dan kesan,terhadap kes-kes jenayah yang lain, selain daripada kes liwat tersebut?

Nampak sangat yang pendakwa banyak temberang di sini dan ia dibuat semata-mata hendak "prolong" kes berkenaan. Kalau dah tak ada kesan liwat seperti yang didapati oleh doktor-doktor pakar,kes ini patut masuk bakul sampah saja.

Tetapi kerana dendam kesumat dipihak pendakwa maka pendakwa mahu kes ini lekat dengan apa cara sekali pun. Jadi pendakwa mungkin dah ada cara mereka untuk mengenakan Anwar, walaupun satu dunia tahu bahawa juboq si Saiful tak pernah masuk senjata sulit.

Bukankah ini satu konspirasi yang direka dengan licik dan teliti bersama-sama skrip yang tersusun serta para pelakon-pelakon dan studio lakonannya terserlah. Kalau dokumen-dokumen itu diserahkan pendakwa maka akan terbongkarlah rahsia sebenar, nanti skrip akan menjadi lintang pukang pula.

Sebenarnya kes liwat ini adalah satu kes khayalan semata-mata,sedangkan laporan pakar-pakar perubatan mengatakan bahawa juboq Saiful masih suci dan gebu.........

Jul 23, 2009

23/07/09. Khamis.

video
video
SUARA HATI YANG ADA RELIVENNYA!!!

("Rakyat Malaysia tidak lagi berasa selamat sekiranya seorang saksi yang dipanggil membantu siasatan ditemui mati dibawah pengawasan pihak berkuasa. Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda.

Suruhanjaya Diraja Siasatan keatas kematian Teoh Beng Hock tiada ada gunanya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan saranan2 suruhanjaya terbabit, sepertimana yang dapat dilihat dari siasatan keatas kes V.K Lingam dan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC). Meminggirkan saranan Suruhanjaya Diraja adalah seperti 'menghina Yang Di-Pertuan Agong'.

SPRM memburu kesalahan2 kecil tetapi tidak mempedulikan kes2 besar. SPRM perlu diteliti semula. Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? Bagi seorang saksi, siapa yang akan beri bukti berkenaan perbelanjaan RM2,400 sedangkan ada orang dengan jutaan wang ringgit terus melata dengan bebas dan tidak dipanggil untuk disiasat".)


Baca di sini dan sini.

Itulah Malaysia boleh dan 1Malaysia grand design UMNO.........


Jul 21, 2009

21/07/09. Selasa.

ME67 BUATLAH YANG TERBAIK



Ezam tidak perlu menuduh sesiapa di dalam perkara ini. Ezam harus berani seperti dulu agar mendesak kerajaan untuk menubuhkan badan bebas menyiasat perkara ini. Itu pun jika Ezam masih ada saki baki beraninya. Jika bercakap sekadar untuk menjadi `kipas', lebih baik Ezam mendiamkan diri kerana rakyat tidak akan memandang Ezam terlalu hina

MENGAPA JADI BEGINI?

Ezam sesumpah lidah biawak muncul di kg umno Kanchong Darat Banting K.Lgt. Ternyata, tanpa kehadiran Ezam Umno agak baik prestasinya jika dibandingkan dengan adanya beliau. Agak tepat juga orang mengatakan sesumpah ini sentiasa membawa `suwey’ atau `badi’ kepada Umno. Tanpa Ezam, Umno mencapai keputusan yang agak baik sedikit walaupun tetap terkangkang di Manek Urai.

Hanyar ingin memberi sedikit ulasan tentang apa yang diperkatakan oleh sesumpah @ kotak ini ketika mengadakan ceramahnya di kg umno Kanchong Darat Banting K.Lgt, Selangor Ahad lepas. Saya mengulas berdasarkan laporan di dalam Ezam mendakwa DAP dan pembangkang menuduh SPRM terlibat di dalam kematian atau pembunuhan Mendiang Beng Hock, dengan itu tidak salah jika kita pula menuduh DAP terlibat membunuh Mendiang, kata Ezam. Menurut Ezam, ini adalah kerana mungkin DAP ingin menyembunyikan rahsia rasuah mereka dari didedahkan oleh Mendiang Beng Hock. Rasanya otak dan minda Ezam sekarang sudah tidak berfungsi lagi untuk memikirkan secara lojik tentang kes ini. Apa pun, untuk membalas hujah sesumpah yang semakin merapu semenjak berada di dalam Umno.

Ezam berhujah, apa perlunya SPRM membunuh Mendiang sedangkan Mendiang sebagai saksi utama. Hanyar tidak percaya dan tidak menuduh SPRM terlibat di dalam pembunuhan tersebut kerana siasatan belum selesai dijalankan. Tetapi, tidakkah kita pernah mendengar betapa saksi-saksi juga sering ditekan atau diugut untuk memberikan keterangan? Pihak penyiasat mungkin juga akan menyiasat samada ini terjadi pada Mendiang. Kata Ezam lagi, DAP boleh juga dituduh mengakibatkan kematian Mendiang memandangkan DAP mungkin takut saksi tersebut memberikan keterangan berlakunya rasuah seperti yang didakwa. Hanyar peringatkan Ezam, bahawa semasa Mendiang ditemui mati, siasatan telah berakhir dan keterangan telah diambil oleh pihak SPRM. Jika benar saksi tersebut ingin di`hapus’kan bagi mengelakkan kebocoran maklumat terhadap dakwaan rasuah tersebut, lojiknya Mendiang akan di`hapus’kan sebelum memberi keterangan lagi.

Mendiang ditemui mati di kawasan bangunan SPRM. Bagaimanakah, terutamanya ahli-ahli atau ejen dari DAP boleh memasuki bangunan terkawal tersebut dan melakukan pembunuhan seperti yang difikirkan oleh Ezam? Bukankah kawasan tersebut terkawal dan bagaimana seseorang boleh memasuki bangunan berkenaan terutamanya dari dalam dan menolak Mendiang jatuh ke bawah? Lojikkah? Oleh itu, jika Ezam memikirkan bahawa sememangnya berlaku pembunuhan ke atas Mendiang, maka persoalannya siapakah yang membunuhnya?

Sama sekali tidak percaya semua andaian samada SPRM, apatah lagi DAP terlibat di dalam kes pembunuhan ini. Tidak boleh percaya kerana siasatan terbuka oleh badan bebas masih belum dijalankan. Tidak adil untuk membuat tuduhan. DAP atau pembangkang tidak pernah menuduh SPRM atau sesiapa secara khusus terlibat melakukan khianat terhadap Mendiang Beng Hock. Mereka cuma inginkan siasatan oleh badan bebas. Mereka mahu tahu mengapa Mendiang masih berada di bangunan tersebut agak lama walaupun dikatakan siasatan telah pun berakhir?
Mengapa siasatan dikatakan telah berakhir, tetapi handset Mendiang masih berada di tangan SPRM sewaktu kejadian? Mengapa baju Mendiang terkoyak ketika ditemui?
Lebih memeningkan, sekiranya dikatakan Mendiang membunuh diri, mengapa perlu membunuh diri sekiranya keesokan harinya Mendiang akan mendaftarkan nikahnya?


Untuk tidak menganiayai sesiapa di dalam kejadian ini di samping untuk merealisasikan keadilan dan ketelusan, maka kerajaan wajib menubuhkan badan siasatan bebas bagi mengetahui punca-punca kematian Mendiang. Di sini, isu perkauman tidak timbul sama sekali kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia yang sanggup untuk bekerjasama dalam siasatan rasuah seperti yang didakwa itu. Misteri mata lebam DS Anwar kembali menghantui pemikiran rakyat ketika melihat tragedi ini, begitu juga dengan isu Mendiang Kugan. Apakah isu ini menjadi isu politik? Ya, memang wajar ia dijadikan isu politik kerana hanya dengan kekuatan dan pengaruh politik sahaja yang boleh membantu rakyat teraniaya. Apakah kita mengharapkan para akademik, pelajar atau buruh kasar untuk mendepani isu ini? Orang politik tidak kira di pihak mana harus memandang isu ini satu isu yang serius dan besar.

Sehubungan itu, Ezam tidak perlu menuduh sesiapa di dalam perkara ini. Ezam harus berani seperti dulu agar mendesak kerajaan untuk menubuhkan badan bebas menyiasat perkara ini. Itu pun jika Ezam masih ada saki baki beraninya. Jika bercakap sekadar untuk menjadi `kipas’, lebih baik Ezam mendiamkan diri kerana rakyat tidak akan memandang Ezam terlalu hina.

Jul 20, 2009

20/07/09. Isnin.

LAGI KEBAKARAN KILANG DI DUN SEJANGKANG.

Sebentar tadi sekitar jam 2 petang, sebuah lagi kilang YTY yang memproses barangan plastik terbakar. Akibat kilang tersebut terbakar, asap hitam telah memberi kesan pencemaran pada sekitar penduduk berdekatan.

Sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, 3 buah kilang dan 2 buah rumah terbakar diDUN tersebut. Dimana silapnya kilang tersebut dan apakah puncanya boleh terbakar?. Kerajaan Pakatan Rakyat perlu tindakan pemutihan/kaji semula untuk mengelak dari kebakaran tidak berlaku lagi.

Hanyar merasakan ada yang tidak kena disebalik kebakaran tersebut. Sistem pencegahan kebakaran perlulah diambil kira untuk keselamatan. Lebih-lebih lagi Majlis Daerah Kuala Langat perlu memantau dengan lebih telus kerana dibawah pentadbiran MDKLgt.

Ahli Majlis dan JKKK serta JKKKP juga perlulah lebih berhati-hati untuk memantau keselamatan kawasan sekitar kerana kawasan tersebut juga adalah berdekatan dengan perumahan penduduk kampong.

Dalam tinjauan lawatan tempoh hari bersama JKKK serta Jawatankuasa perlesenan Ahli Majlis juga penguat kuasa Majlis Daerah telah memasuki primis kilang dan didapati kebanyakan kilang tidak lengkap dengan peraturan tetap PBT. Jawatan kuasa perlesenan Majlis pada tempoh hari tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan penuh tanggung jawab untuk keselamatan semua pihak.

Akibat kurang tanggungjawab pihak tertentu, maka boleh apa-apa saja berlaku. Diharap dimasa akan datang perkara seperti ini tidaklah berlaku lagi.