ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Sep 8, 2009

08/09/09. SELASA.

SIASAT IDRISJALA SIAPA SEBENAR BELIAU. ADALAH SANGAT MERAGUI UNTUK MALAYSIA.



Pas akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubungan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala untuk mengambil tindakan yang betul semasa berkhidmat Malaysian Airlines (MAS).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Idris gagal menjalankan tanggungjawab sebaiknya apabila tidak mengambil tindakan susulan terhadap bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli yang menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian RM8 bilion.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan peguam Pas berhubung laporan kepada SPRM sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil tindakan terhadap Idris yang telah dilantik sebagai menteri penuh baru-baru ini.

“Laporan polis telah dibuat sendiri oleh Datuk Ramle Yusof yang ketika itu menjawat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial terhadap Tajuddin. Tetapi Idris tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penyelewengan yang berlaku,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan pelantikan Idris sebagai menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pas mempertikaikan pelantikan Idris sebagai menteri ekoran prestasinya yang tidak cemerlang sebelum ini.

Malah, tugas Idris untuk menjaga Indeks Prestasi Utama (KPI) turut meragukan seolah-olah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Koh Tsu Koon yang dilantik sebelum ini gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

“(Tetapi) Jika betullah hendak belajar sekalipun, kenapa tidak mengambil Tony Fernandes (CEO Air Asia), beliau lebih berkredibiliti sehingga mengangkat nama Air Asia ke persada dunia,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan krisis Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hanya dapat diselesaikan melalui Suruhanjaya Diraja.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak dapat menjalankan penyiasatan dengan baik kerana banyak individu berstatus politik dalam skandal tersebut.

“Selain itu, rakyat hanya didedahkan kes melibatkan pemimpin MCA sahaja, sedangkan ramai ahli UMNO juga terlibat,” katanya. -SH

Sep 4, 2009

04/09/09. Jumaat.

EZAM KAT MANA? +-+-+- = ().




Semasa Anwar Ibrahim dalam ABIM, ada ramalan dan desas-desus menyatakan beliau akan menyertai atau akan bergerak aktif dalam UMNO. Kebanyakan kawan, terutama dalam ABIM dan PAS, tidak percaya. Malah, ada yang mengatakan "ramalan sesat" dan "desas-desus karut".

Kini, Anwar Ibrahim jadi Penasihat PKR merangkap Penyelaras PR dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau dikenali juga sebagai DSAI. Siapa yang tak kenal beliau, bid'ah dhalalah.

Dan kini juga, ada ramalan dan desas-desus yang menyatakan bahawa beliau (DSAI atau Anwar Ibrahim) akan menyertai PAS sebagai parti politik terakhir beliau. Beliau akan menjadi PM Malaysia melalui PAS dan bersara semasa dalam PAS.

Ana tidak berani hendak menghuraikan dengan lebih lanjut, kerana masih dalam kesamaran.
Dan kini berita itu mungkin ada juga kebenarannya, dan tidak mustahil. Bak kata seorang sahabat.

"Segalanya mungkin, harus dilihat pada matlamat asal perjuangan. Kalau hanya bertukar parti tapi masih dalam pakatan. Itu biasa saja"

Percayakah jika dikatakan individu tersebut adalah Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan menyertai PAS sebagai parti politik terakhir beliau. Beliau akan menjadi PM Malaysia melalui PAS dan bersara semasa dalam PAS.

Apakah berkemungkinan berlaku sedemikian???? Bagaimana dengan PKR...? Apakah analisa politik yang diberitakan di Blog ini adalah pemangkin kepada apa yang diramalkan.

Khusus buat penyokong PKR, Apakah pandangan anda sekalian...?

Sep 2, 2009

CERMIN-CERMIN SEBENAR 1 MALAYSIA.





Pendakwaraya hari ini sekali lagi meminta Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraan bersabit penyerahan dokumen itu. Mahkamah Tinggi menetapkan 3 November ini untuk menimbang semula perkara berkenaan, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang akan bersidang 23 Oktober bagi mendengar permohonan pendakwaraya membatalkan penyerahan bukti-bukti itu.

"Yang memohon untuk menangguhkan adalah pihak pendakwa. Selama ini saya yang disalahkan, kita sebenarnya minta dulu dokumen. Sampai sekarang masalah itu belum selesai", kata Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

"Pendakwa memohon membawa rayuan ini kerana tidak bersetuju dengan hakim yang memutuskan untuk memberi sebahagian besar dokumen kepada kita. Satu kes yang berkaitan dengan jenayah tapi dokumen tidak mahu diserahkan oleh pendakwaraya walaupun diputuskan oleh hakim" tambah Anwar.

Antara bahan bukti yang dituntut oleh Anwar ialah rakaman video keselamatan di tempat kejadian, bukti-bukti DNA dan keterangan saksi serta Saiful sendiri.
Anwar berkata setelah mengenakan pertuduhan liwat terhadapnya untuk kali kedua, pendakwaraya sengaja melewat-lewatkan perbicaraan atas alasan-alasan yang menafikan keadilan kepada beliau.

Sep 1, 2009

2 SEPT TERLALU BANYAK ERTINYA UNTUK RAKYAT MALAYSIA.





TERUSKAN AJENDA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT UNTUK RAKYAT. SEMANGAT JUANG KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK UNTUK RAKYAT PERAK ADALAH AMANAH RAKYAT YANG IMPIKAN PERUBAHAN MENJADIKAN KENYATAAN SEBENAR.
01/09/09. Selasa.

NAJIB CUBA MEMECAHBELAHKAN BANGSA DAN AGAMA.

"Bagi Hanyar semua (perarakan kepala lembu) yang berlaku ini dirancang pihak tertentu yang jelas, seolah-olah nak menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (di Selangor)."

Beberapa kenyataan pendapat penduduk seksen 23, ramai tidak bersetuju dengan sikat mengheret kepala lembu adalah sebagai penghinaan rezeki Allah dan sifatnya adalah saitan.

Hanyar membuktikan untuk anda baca berita sebenar dan klik SINI Laporan Khas Merdeka oleh Dzulfikar Mashoor

Aug 31, 2009

31/08/09. Isnin.

SELOKA KOTA SEPUTEH DAN LUNAS

Kota Seputeh Parlimen Jerlun
Lunas Parlimen Padang Serai
Sudah 7 kali BN kena balun
Sampai sekarang tergaru-garu

Politik lama amalan Barisan Nasional
Politik baru gagasan Pakatan
Semakin hari semakin tak rasional
Akibat tamak dan kejar habuan

Kota Seputeh kerusi dah kosong
BN berjuang tidak ikhlas
7 kali sudah melopong
Rakyat tolak tanpa belas

YB lunas tiada maruah
Jual kerusi tak rasa malu
BN takut dan rasa susah
Ditolak rakyat bertalu-talu

Ponteng sidang tanpa alasan
YB Kota Seputeh tak rasa malu
Speaker DUN sudah maklumkan
SPR membisu buat tak tahu

Muka YB muka tak malu
Itulah sikap ADUN Barisan Nasional
Sikap SPR kita dah tahu
Tidak telus tidak professional

BN takut hendak berlawan
Terpaksa guna jentera kerajaan
Rakyat cerdik pandang ke hadapan
7 kali BN kena hukuman

Najib Muhyiddin terus bingung
Kalah terus tak ada yang menang
7 kali kepala berdengung
Muka pucat hati meradang

Zahid Hamidi Hishamudin Ketua Puteri
Shafei Afdal dan juga Khairi
BN berkubur menyembah bumi
Perjuangan lapuk pentingkan diri

Aug 29, 2009

29/08/09. Sabtu.

BENIH WAWASAN 2020 KEPADA ISLAM HADHARI UNTUK 1 MALAYSIA MENJADIKAN ANAK SAITAN YANG BERTAHTA DIHATI.



Hanyar mengharapkan muhasabahlah Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor untuk menilai seseorang dan berhati-hati untuk menerajui dalam kerajaan yang rakyat memilih semasa PRU12 lepas. Semuanya angkara benih-benih umno yang tidak boleh diharap diletakkan dengan jawatan dalam kerajaan dan telah merosakkan harapan rakyat. Hanyar tidak menuduh kumpulan yang berdemo itu adalah sebahagian wakil anggota Pakatan Rakyat.

Hanyar mengharapkan agar semua pihak yang berfikiran waras, bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.


Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum serta agama, agar suasana yang tegang berlaku di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Hanyar amat mengutuk kerana perkara itu berlaku tanpa ada halangan, dan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian serta tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undang-undang yang berbentuk provokasi seperti membenarkan, menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Mengapa pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Jelas menunjukkan sikap pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Aug 25, 2009

keputusan rasmi PRK Permatang Pasir

: 9618
: 5067
MAJORITI : 4551
JUMLAH UNDI ROSAK : 83

PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551

CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad
CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad