ERTI BERMARTABAT
Feb 11, 2010
FAHAMLAH.. BAGAIMANA PERLEMBAGAAN MALAYSIA. GEGARKAN MP PR DIPARLIMAN UNTUK RAKYAT.
Feb 10, 2010
PESARA HAKIM NH CHAN

Nizar, 53, yang sebelumnya dinyatakan Mentri Besar yang sah, kehilangan jawatan ketika tiga panel hakim Mahkamah Rayuan menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Mei lalu.
Wakil Rakyat Pasir Panjang itu kemudiannya membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan dan meminta mahkamah mengatasi tiga isu berdasarkan Perlembagaan Perak, yang, dalam Bahasa Inggeris, diterjemahkan menjadi:
1. Adakah jawatan MB kosong apabila ia tidak mengundurkan diri; tidak seorang daripada rakan-rakannya mengusul tidak percaya terhadapnya , dia telah meminta Sultan supaya membubarkan DUN dan memulakan proses PRU yang baru dan ditolak.
2. Siapa yang memutuskan bahawa ia telah kehilangan kepercayaan daripada Dewan Undangan Negeri?
3. Siapa yang berhak untuk memecatnya jika dia enggan untuk mengundurkan diri?
Lima hakim mahkamah yang menjawab ialah Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali dan Datuk Mohd Yusoff Abdull Hamid Embong.
Dalam pengisytiharan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak yang sah, yang diringkaskan koram jawapan mereka, pada akhir 40 muka halaman, sebagai berikut:
Ya. ( "Adapun soalan ketiga jawapan kita adalah bahawa jika MB menolak untuk meletakan jawatan Exco di bawah Perkara XVI (6) bahawa MB dan ahli Exconya dianggap telah mengosongkan pejabat masing-masing.")
Melihat lebih dekat tentang penghakiman penuh, yang di dedahkan kepada wartawan beberapa jam selepas keputusan itu diucapkan di Putrajaya, menunjukkan beberapa kenyataan yang nampaknya bertentangan, membuat seorang bekas hakim mempersoalkan logik atas alasan mahkamah ke atas salah satu kes yang paling kritikal untuk mempengaruhi perunundangan tertinggi negara - perlembagaan.
Datuk Chan Hoi Nyarn bingung di bahagian tertentu yang sebelumnya telah dibacakan dalam sidang terbuka oleh hakim ketiga tertinggi di negara ini, Ketua Hakim Malaya Arifin.
"Namun, kami akan menambah bahawa hal ini tidak bererti masalah telah berakhir, seperti selalu bahawa terbuka untuk pemohon [Nizar] untuk membawa usul tidak percaya terhadap responden [Zambry] di LA [DPR] atau membuat representasi untuk Kebawah Duli [Baginda Sultan Perak] bila saja jika ia berfikir bahawa responden tidak menikmati sokongan daripada majoriti ahli LA, "katanya.
Bagi pesara hakim Mahkamah Rayuan, yang lebih dikenali sebagai NH Chan, bahawa bahagian tertentu "terdengar aneh".
"Ia jelas terpampang pada kedengarannya seperti mereka bertentangan sendiri, bukan?" Kata pesara hakim yang berusia 74 tahun itu.
"Mereka mengatakan [Nizar] boleh membuat usul tidak percaya sekarang, tapi mengapa mereka tidak boleh melakukannya dahulu?" Beliau tertanya-tanya.
"Dan jika itu benar-benar bertentangan, maka penghakiman tersebut adalah sampah," tambahnya.
Chan, yang sekarang tinggal di Ipoh, enggan memberikan komentar lebih lanjut sehingga ia telah membaca keseluruhan penilaian bertulis yang sepenuhnya.
sumber : Malaysianinsider
Feb 8, 2010
7FEB.2010. Perjumpaan ini amat bermakna besar pada rakan rakan lama dalam reformasi 1998 dulu. perjumpaan ini juga berlaku diIbu Pejabat KEADILAN.
Kenangan ini tidak dapat dilupakan dan titik hitam itu masih mendalam.
Episod ini adalah fitnah ke2 yang mungkin tidak senang untuk unmobn. Ramai kenalan lama yang hanyar jumpa, masih bersemangat walaupun diketepikan oleh pimpinan baru yang tidak merasa bagaimana kami bersemangat tanpa bantuan duit untuk menyertai setiap rapat umum untuk kebangkitan reformasi untuk semua.
Kalau Hanyar berkata lebih 50 k yang berhimpun pada perhimpunan re4mis1998, mungkin tidak percaya. Hakikatnya Hanyar berkata Kuala Langat sahaja datang kalau dicampot tolak lebih 10 buah bas. Tetapi kenapa pula Raja Komando macam kelihatan sedih mengenangkan 1998.
Feb 4, 2010
Feb 2, 2010
Feb 2, 10 9:09am![]() |
Lebih kurang 30 ribu orang membanjiri perkarangan mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pagi tadi.
Terkini Perbicaraan kes liwat kedua mantan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula sebentar tadi.
Perbicaraan yang menarik perhatian pelbagai pihak itu dijangkakan berlangsung sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.
Anwar mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.
"Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.
"Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya.
9.50 pagi: Perbicaraan diangguhkan kepada jam 2.30 petang ini
![]() |
9.17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".
9.00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.
![]() |
8.46 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.
8.42 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.
8.35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.
8.33 pagi: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumah mereka di Segambut.8.25 pagi: 50 penyokong berkumpulan di sekitar bangunan mahkamah
8.15 pagi: Beberapa wakil rakyat PKR berkumpul di rumah Anwar.
8.00 pagi: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tiba.
7.57 pagi: Pihak diplomat daripada Britain, Jepun, Switzerland, Canada telah tiba, lebih ramai dijangka hadir.
7.55am: Kira-kira 30 penyokong PKR dan 10 wartawan masih beratur bagi mendapatkan pas masuk.
7.43 pagi: Polis hanya membenar 30 wartawan mengikuti perbicaraan, setiap organisasi hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan
![]() |
Wartawan telah sedia menunggu sejak daripada jam 6.25 pagi lagi.
Feb 1, 2010
DI MANAKAH DOKTOR PUSRAWI YANG MERAWAT BONTOT SAIFUL?
Surat ini patut dinafikan oleh pihak Polis dan Mahkamah jika tak perlu diketahui pihak Anwar.Katakan atau buat statement bahawa surat ini adalah palsu.
Walaubagaimanapun rakyat 1Malaysia memerhati kamu.
Ingat!!!!!!!!! Esok 2 feb 2010 Selasa hari perbicaraan DSAI. Hanyar sebagai penyokong juga pengundi mengalu-alukan agar YB-YB Pakatan Rakyat lebih prihatin untuk membawa penyokong seberapa ramai berkumpul jika menitik berat kepada DSAI kerana rayat.
Tuan Guru Nik Aziz akan hadir ke Mahkamah Jalan Duta 2 Feb ini (Selasa) jam 9 pagi tanda sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anda bagaimana???????????????
Jan 30, 2010
Jan 27, 2010
GERAK KITA SIASAT
Sejak kebelakangan ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang pernah saya terlibat mengasaskanya sedikit masa dahulu begitu hebat muncul sebagai hero membenteras rasuah terpilih. Malangnya GERAK yang kemunculanya awalnya digeruni dan dikagumi dengan menyerang kes serta melakukan pembongkaran - pembongkaran besar tetapi kini mula melakukan kerja menyerang kes - kes terpilih.
Ini semua berkait rapat dengan penyumbang 'kewangan' kepada GERAK untuk bergerak.
GERAK di asaskan dengan nama Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi kemudian telah menukar nama kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi dengan mengekalkan singkatan GERAK. GERAK bukan sebuah pertubuhan yang berdaftar dibawah akta pertubuhan tetapi sebaliknya berdaftar dibawah akta Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Gerak Agenda Sdn. Bhd. Pada satu ketika GERAK yang didaftarkan sebagai syarikat ini hanya punya lembaga pengarah yang terdiri dari Ezam dan ahli keluarganya sahaja.
GERAK ditubuhkan dengan dana Ezam sendiri dan sumbangan orang ramai. Pada ketika itu hanya saya seorang kakitangan tetap GERAK. Di awal usia GERAK banyak aktiviti dianjurkan dari ceramah, diskusi hinggalah penyebaran risalah dan pembongkaran rasuah dilakukan. Selepas Ezam mengisytiharkan masuk Umno GERAK diserahkan kepada seorang kakitangan Dato Norza Zakaria, Mohd Nazree Mohd Yunus yang dilantik mengepalai Gerak merupakan ko ordinator dalam Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA) yang dibiayai oleh Norza.
Semua tahu Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan Abdullah. Umum dalam Umno tahu juga Norza, seorang anak muda yang amat dipercayai Abdullah sehinggakan dia dilantik sebagai MKT termuda Umno oleh Abdullah. Adakah Gerak juga dipakejkan sekali dalam 'borang' pemohonan ahli Umno Ezam dan kawan-kawannya ?
Pada ketika itu juga Gerak punya Pejabat tetap di Kelana Jaya, seorang kerani dan Nazri pula selaku Pengarah berbayar. GERAK selaku NGO tidak mendapat geran bantuan dari mana - mana badan dalam dan luar negara secara rasmi. Adakah Dato Norza terlibat dalam 'menyara' Gerak untuk terus bergerak dalam jinak ?
Kemudian beberapa bulan yang lalu ketika kem Abdullah menjadi sasaran. Dato Norza dan orang-orangnya telah disiasat. Maka seperti yang Najib pernah umumkan bahawa polisi Umno ialah sesiapa saja didakwa akan hilang hak bertanding. Maka pendakwaan pada ketika itu kelihatan dekat dengan Norza. Maka jika Norza tidak boleh mempertahankan jawatannya selaku MKT Umno maka tidak ada gunanya dia terus menyalurkan wang untuk menjinakkan Gerak maka lebih malang lagi kemungkinan INSKA juga akan ditutup.
Maka pada ketika itu Gerak harus bergerak segera mencari penanggung kewangan baru untuk menanggung gaji kakitangan termasuk Pengarahnya, sewa pejabat, bil air/api/astro/telefon/internet, sewa mesin photostat dan banyak lagi. Maka sudah tentu satu tuan baru perlu dicari.
Ada yang mengatakan Gerak telah menemui Santa Clause, bekas pemimpin Kerajaan Negeri Selangor. Oleh kerana itu Gerak kini tidak bergerak keluar seperti disaat kemunculannya sebaliknya sibuk menjaga lembu di Selangor.
Dengan ini Gerak yang sibuk menyiasat korupsi terpilih dicabar untuk mendedahkan akaun syarikat dan menjelaskan berapa kos operasi ? Bagaimana kos operasi Gerak ditanggung dan siapa yang menanggungnya ? Selaku NGO yang 'kononya' mementingkan integriti dan ketelusan. Maka GERAK bukan sahaja perlu telus tetapi perlu dilihat telus.
Posting ini ditulis dalam keadaan amat serba salah kerana kasih pada Gerak yang sama saya dibidankan kelahiranya masih ada. Namun bukan saya saja tetapi kebelakangan ini terlalu ramai ahli aktivis Gerak yang pernah memohon memasuki Gerak merasakan kecewa dengan Gerak yang lemah malah laman sesawang yang pernah saya bina dengan menyimpan bukan sedikit fakta serta salinan bukti rasuah juga sudah terpadam mati. Tiada lagi aktiviti diskusi, forum terbuka dan penyebaran risalah meningkatkan kesedaran rakyat. Sebaliknya Gerak hanya muncul sebagai pertubuhan kenyataan media yang aktif.