ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 7, 2010

KONGRES PARTI SOSIALIS MALAYSIA KE 12

KENYATAAN AKHBAR KONGRES PARTI SOSIALIS MALAYSIA KE 12 6 JUN 2010

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Berjaya mengadakan Kongres Parti ke 12 antara 4-6hb. Jun yang dihadiri oleh 250 orang perwakilan dan pemerhati di Dewan perhimpunan Cina, Selangor.



Kongres juga membentang tiga kertas kerja mengenai 1)1Malaysia dan Model Ekonomi Baru Najib, 2) Isu transisi kepimpinan dalam PSM dan 3) isu Krisis cuaca dunia dan menyelamatkan Alam Sekitar.
Kongres juga telah membincangkan 26 usul yang dibawa oleh cawangan dan fron PSM.

16 usul telah diterima, 5 usul telah ditolak, 3 usul telah ditarik balik dan 2 usul akan dibincang di bahagian Jawatankuasa parti yang lain.

Mengenai usul mengenai Pakatan Rakyat (PR), usul ini dibincang panjang lebar dan Kongres dengan majoriti besar memutuskan bahawa PSM buat masa ini tidak mempunyai sebarang hasrat membentuk kuasa ketiga tetapi tegas bahawa musuh utama adalah Barisan Nasional yang telah mencabul hak, demokrasi dan kesejahteraan rakyat Malaysia untuk 53 tahun.

Justeru itu PSM akan berkerjasama dengan Pakatan rakyat dan kumpulan-kumpulan progresif lain untuk menamatkan pemerintahan BN.

PSM juga akan mengadakan perbincangan susulan dengan PR mengenai kerjasama ini termasuk kerjasama semasa pilihanraya.

PSM juga terbuka untuk penggunaan logo bersama dan manifesto bersama untuk pilihanraya akan datang.

Selain itu, PSM berpendapat bahawa untuk memenangi pilihanraya akan datang, PR harus memperkasakan rakyat dengan fahaman perjuangan dan pendidikan. Sekadar memberi bantuan kebajikan (hand-outs) tidak memadai. Bantuan dan pertolongan kebajikan adalah penting dan harus diteruskan tetapi yang lebih penting adalah pemahaman tentang perlunya perubahan.

Antara usul-usul lain yang dilulus yang menarik adalah mengenai permintaan untuk membuat satu protes terhadap bencana alam sekitar dan kapitalisma dan juga satu pameran seni kiri iaitu satu program membawa bersama pelbagai artis dan seniman progresif.
Sebagai kesimpulan, PSM melihat bahawa Pemerintah telah memulakan perang terbaru apabila mahu menarik balik subsidi.

Ini merupakan serangan terkini terhadap rakyat pekerja biasa di negara kita, PSM akan memobilisasi rakyat untuk mengekalkan subsidi ini.


Jun 1, 2010

HARAP PAGAR PAGAR MAKAN PADI....

Pengakuan saksi skandal pasir

Bekas kontraktor Kumpulan Semesta Sdn Bhd hari ini telah mendedahkan kegiatan melombong pasir secara haram di sekitar sungai Selangor .

Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam hari ini mendedahkan saksi bagi menguatkan dakwaannya bahawa syarikat kerajaan Selangor terlibat dalam operasi perlombongan pasir secara haram.

"Hari ini bukan cakap kosong, saya bawa saksi," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Manikavasagam juga menayangkan rakaman video lokasi yang didakwa berlaku kejadian curi pasir di Selangor bagi serta rekod bertulis berkaitan bagi membuktikan dakwaannya itu.

Sementara itu, saksi tersebut Zahar Rusili memberitahu pemberita beliau mendapati terdapat bukti berlakunya aktiviti perlombongan pasir di Sungai Rasa, Near Rawang, dekat tempat kerjanya.

Zahar berkata, aktiviti penyeludupan pasir haram tersebut dipercayai dilakukan oleh beberapa pihak melibatkan Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan pihak berkuasa berkaitan.

Kontraktor itu juga mendakwa telah mengadu perkara tersebut kepada pelbagai pihak, termasuk KSSB, polis, pejabat Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Bagaimanapun, menurut Manikavasagam, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang akan memulakan pendengaran awam berhubung kes itu esok telah menolak Zahar selaku saksi.

May 28, 2010

Berita dari orang-orang Fasik

Zulkifli Nordin kata ada video yg menunjukkan Anwar Ibra meliwat Saiful di Dubai.

Ezam pula berkata Wan Azizah ada memberitau dia Anwar seorg peliwat.


Kedua-duanya sudah menjadi org UMNO dn penasihat kepada Najib mengenai liwat Anwar. Baru skrg mau bercerita mengenai hal ini. Kalau mrk org-org yang berjuang untuk agama Islam d menentang liwat, mrk tidak akan menunggu sehingga 'dibeli' dan 'dibela' olh Najib tuk menceritakan perkara2 yg benar. Apa rakyat akan kata jk org-org ini menunggu sehingga dibw bercuti ke USA atau dilantik Senator tuk menceritakn perkara-pkr tersebut? Bohong, tmberang atau fitnah?

Pada hari yang dikatakan Anwar meliwat Saiful di Dubai, Anwar sebenarnya berada di Malaysia bersama dgn beberapa org kwn.
Beliau tdk mmpunyai jet peribadi spt Najib, Muhyiddin atau Daim. Bgmn pula beliau boleh terbang ke Malaysia pada hari yang sama untuk menghasilkan alibi. Zul dah diberitau supaya memberhentikn fitnah tersebut atau menerima padahnya. Tidak jelas apa pula reaksi Zul.

Sesuatu yg pelik mengenai video tersebut adalah ia tdk ditunjukkn di dlm mahkamah sebagai bukti kukuh bhw Anwar seorg peliwat dan hanya timbul setlh beberapa bulan kes liwat2 Anwar berlalu serta tidak pula mau dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti. Seblknya, ada ura2 phk tertentu mau video itu ditayangkan di tv untuk tontonan orang ramai.

Serentak dgn cerita Zulkifli Nordin itu, dtg pula cerita Ezam bahawa Wan Azizah pernah memberitau dia Anwar seorang peliwat. Mgkn cerita Zulkifli itu tidak cukup kuat dan realistik untuk dipercayai org maka Ezam memikirkan perlu bagi dia menokoknambah.

Aksi Ezam itu tdk pula bermakna ceritanya itu cukup realistik tuk dipercayai. Sudah dekat 12 tahun kes liwat1 AI berlalu, apa mimpi sedap Ezam baru sekarang mau berkongsi maklumat penting dgn org rmi? Mimpi menjadi Senator? Ya, sy baru ingat dia baru dilantik Sen dan mgkn akan dilantik Timb Menteri tdk lm lg. Dalam keadaan begitu, sudah barang tentu dia merasakan dia perlu melakukan sesuatu tuk menyatakan terima kasihnya kepada PM Najib di atas jasabaik Najib terhdpnya itu. Apa yang akan memuaskan hati Najib sangat-sangat klu bukan sesuatu yang boleh menyakinkan orang rmi bahawa Anwar adalah seorg peliwat?

Keperluan tuk menyakinkan org ramai mengenai keterlanjuran AI itu kini amat dirasakan oleh Najib dan Rosmah serta Ezam dan lain2 org yg ditemui Saiful sebelum dia mlapurkn liwat AI ke atasnya kpd polis . Dari mahkamah setakat ini, keterangan Saiful pabila disoalbls oleh Karpal tlh gagal meyakinkan orang rmi mengenai tuduhan sex diluar tabii ke atas AI. Sblknya, ia telah berjaya mengukuhkn tahap kepercayaan umum kepada teori konspirasi AI.

Ketidakpercayaan org rmi terhdp kes liwat2 AI amat merbahaya bg pengkonspirasi-pengkonspirasi utama kes tersebut dan balaci-balaci mrk. Mereka mungkin akan pupus lebih awal dr PRU13. Skrg pun telah terdapat desas-desus orang-orang di dlm parti sendiri sdg berusaha untuk membuang pengkonspirasi-pengkonspirasi utama berkenaan bersm dengan balaci-balaci mrka. Tujuan utama 'pemberontak-pemberontak' itu adalah untuk menyelamatkn UBN dr turut pupus dlm PRU13 akibat di ant lain, kesilapan besar orang-orang tertentu mendatangkn kes liwat2 Anwar Ibrahim.

Di luar pula,org rmi sudah merasa jelek dgn tingkahlaku pemimpin-pemimpin UMNO melakukn fitnah demi fitnah terhdp sesama bgsa dan agama krn mau mengekalkn kuasa tuk melindung kepentingn mrk, kepentingan kroni-kroni mrk dan kepentingan mentor mereka. Org ramai sudah bersedia untuk menguburkan UMNO dlm PRU13.

Jika anda pengkonspirasi2 utama kes liwat2 Anwar atau pun salah seorg dr balaci2 pengkonspirasi2 utama berkenaan, apa yang anda akan lakukan apabila melihat kes di mahkamah trlalu lemah d tidak akan berjaya mengejelkan semula Anwar atau klu berjaya pun, tidak akan dapat mencemar imej Anwar Ibrahim dn menghalang beliau dr melangkah ke Putrajaya? Sblknya anda yang akn ghaib dilemaskan oleh tsunami politik kedua di PRU 13. Sudah barang pasti anda akn mengerahkan balaci-balaci anda supaya melakukan apa sja untuk menyelamatkan keadaan. Dan balaci-balaci anda dengan segala kerelaan akn melakukan apa saja, hatta memfitnah dan memfitnah atau berbohong dan berbohong, krn habuan yg sudah diterima dn padah yg sama yg akan menimpa mereka jika 'bos' mereka lingkup.
Dalam konteks inilah cerita-cerita tersebut harus dibaca. Amat tidak bermoral dn murah kerja seseorg balaci ini. Ada lbh baik seseorang balaci itu menjadi pengarah atau aktor filem XXX!

Oleh FGR

May 26, 2010

MANA PEJUANG MELAYU DALAMUMNO???

Amno udah jadi hamba singapura!!!

Kemana pejuang melayu dan PERKOSA dalam Amno apco. Tidak ada satu ekor pun ahli amno yang mendesak Najituya dalam kasus penjualan Tanah Keretapi Tanah Melayu itu !!
Satu lagi Tanah Rakyat Malaysia tergadai semasa Penjajahan Amno apco ini. Batu putih udah tergadai.
Apalagi tergadai selepas ini. Aku udah tidak bisa berkata apa apa lagi sekarang ini karna kesedihan ku menyaksikan kebodohan Amno apco dalam menjajah kita!!!

May 23, 2010

Raja-Raja Melayu disaran turut campurtangan...

Maruah sebuah Negara Islam tergadai kerana JUDI

Amat menyedihkan bahawa kerajaan dengan keputusannya memberikan lesen kepada tokey judi Malaysia. Apa dah jadi dengan kerajaan persekutuan, gadai maruah demi DUIT. Raja-Raja Melayu disaran turut campurtangan dalam soal ini, jangan sampai rakyat bertindak baru nak mesyuarat, manakala kalangan orang-orang Ameno kena sedar bahawa tindakan kepala-kepala kamu membawa musibah kepada negara ini.

Erti kata "Maruah negara dah lama tergadai. Hanya menunggu saat dan ketika nyer utk mampooosss. Sebelum kita semua dikuburkan oleh pengkhianatan umno apco, laksanakan tugas terakhir .....hancurkan saki baki umno al munafikin wal musyrikin laknatullah...."

May 21, 2010

Aminul's family claims police cover-up

Keluarga saksi buat laporan 'cubaan bunuh'



Keluarga saksi utama kes pelajar 14 tahun yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah – Azamuddin Omar membuat laporan polis mengenai apa yang didakwa mereka sebagai percubaan membunuh ke atasnya.

Laporan it
u dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 2.12 petang hari ini oleh abangnya, Mohd Hafizzuddin Omar.

Azammuddin (pertama dari kanan) adalah penumang di bahagian depan ketika kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ditembak.

Remaja itu juga mendakwa tembakan berulang kali dilepaskan ke arah mereka oleh polis dan dia dibelasah selepas kereta mereka terhenti.

Hafizzudin juga meminta Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera.

'Tutup kebenaran'

Serentak dengan laporan polis itu, keluarga Aminulrasyid juga membuat laporan mendakwa pihak polis cuba menutup kebenaran di sebalik kematian remaja itu.

Laporan itu dibuat oleh kakak Aminulrasyid – Norazura Amzah, 39(kiri).

Peguam keluarganya, N Surendran yang hadir pada sidang media berkata laporan polis itu adalah permulaan pusingan pertama tindakan undang-undang oleh keluarga itu bagi membersihkan nama anak mereka.

Menurut Surendran, mereka berharap polis akan memandang berat laporan itu dan menyiasat dakwaan berkenaan.

Katanya, laporan polis itu juga meminta KDN menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.


1 M= Manusia takut pd Orang???


Polis yg prihatin

Begitu pentingnya DSAi di M'sia, meberi ceramah di Permtg Pauh & kelihatan heli pdrm berlegar legar di udara siap pantau dgn. spotlight lagi. Agaknya prihatin,bagi menjaa keselamatan bakal PM? Ataupun mungkin penjenayah yg menembak pegawai istana, letupkan org, tembak remaja yg ketakutan, melenyapkan org yg disoal siasat...semuanya 'not as dagerous as DSAI'...?

Aku nak tambah, Maksiat yang berleluasa, remaja tanam bayi, sudah diambil tindakan ke? Bertahun2 nak buang masa bicara kes DSAI kenapa? Lepas dapat penjarakan DSAI dia nak buat apa? Tanyalah Ezamno dan kumpulan yang dah tak ada maruah tu. Kalau DSAI dipenjarakan makin kuatlah PR sebab kezaliman akan terserlah dan isu untuk menang pilihanraya semakin banyak. Betul tak?


"DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aipkan orang, monyet pun jangan." (catatan dalam face book beliau, 5 hari tidor lokap)



Semoga Allah melindungi rakyat Malaysia, serta' pemimpin yg meperjuangkan keadilan & kesejahteraan anak-cucu kita.


May 19, 2010

Kebijaksanaan Cina Bukan Setakat Berpolitik

BENARKAH SEMUA ITU? APAKAH MASIH MELAYU SANGGUP BERPELUK TUBUH?


1.Bandingkan Bank Cina(Public Bank) dengan Bank Melayu(BSN, Tabung Haji).Public Bank mengutamakan masa pelanggan. Disediakan kaunter yang banyak supaya urusan cepat. BSN dan Tabung Haji menyediakan tv, kerusi empuk dan kasyer yang cantik(BSN) supaya pelanggan boleh duduk lama sambil menonton tv dan menjamu mata.

2. Orang Cina hantar dan ambil anak di sekolah supaya mereka boleh jamin anak ke sekolah. Orang Melayu beli motosikal untuk anak ke sekolah supaya tidak menyusahkan mereka menghantar anak. Akhirnya anak melencong ke lain.

3. Pelajar Cina dan Melayu yang nakal, perangainya lebih kurang sama, malas belajar, ponteng sekolah, melawan guru dan tak faham satu pun apa yang diajar oleh guru. Tetapi apabila keluar sekolah pelajar Cina lebih berjaya. Bezanya, ibu bapa Cina akan mengatur dan menyusun masa depan anak mereka sebaliknya orang Melayu,anak akan mengatur dan menyusun mak bapa.