ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 13, 2010

isu pasir di selangor...

 KHIR TOYO CUBA NAK BERSELINDUNG...........

Kerajaan negeri Selangor menjelaskan bahawa ganjaran RM5,000 yang diberikan kepada pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang berjaya membantu kerajaan negeri membanteras jenayah curi pasir adalah untuk melengkapi usaha penguatkuasaan pejabat daerah.

Oleh itu tidak timbul persoalan ketidakpercayaan kepada pejabat daerah yang mempunyai peranan utama dalam membanteras rasuah, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, ini kerana ganjaran ini adalah untuk menggalakkan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), ketua kampung membantu pejabat daerah dalam menangani kecurian pasir di tempat mereka.

"Sepertimana yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tawaran ganjaran ini dibuat untuk memberi peluang kepada pemimpin masyarakat mengambil bahagian dalam menaikkan kutipan hasil perlombongan pasir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya tidak faham bagaimana ketua pembangkang Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo boleh membuat tafsiran bahawa ganjaran adalah kerana kerajaan negeri mengambil sikap “lepas tangan' dalam membanteras curi pasir serta tiada kepercayaan kepada pejabat daerah.

"Kritikan-kritikan beliau menunjukkan ketua pembangkang ini tidak memahami proses pentadbiran perlombongan pasir – baik yang dahulu atau yang baru diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selepas Mac 2008.

"Mungkin sebab itu beliau telah memberi maklumat yang salah dengan mendakwa bahawa pada 2007 beliau telah berjaya mengutip RM20.5 juta dari royalti pasir sedangkan laporan rasmi oleh Pejabat Tanah dan Galian mengesahkan hanya RM2.9 juta dikutip pada tahun itu," katanya.

Di samping itu, Nik Nazmi menegaskan bahawa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), tiada kuasa mengeluarkan lesen.

Sebaliknya, kata beliau, lesen dikeluarkan oleh Pejabat Tanah kepada KSSB yang kemudiannya membuat tender terbuka bagi memilih kontraktor kerja melombong mengikut lesen yang dikeluarkan.

"KSSB juga memantau untuk memastikan syarikat membuat pengisytiharan yang betul dan membayar royalti kepada kerajaan negeri," katanya sambil menambah, yang jelas, kutipan royalti jauh lebih tinggi daripada kutipan melalui cara lama.

"Sebenarnya kerajaan terdahululah yang telah “lepas tangan” dalam pengurusan dan pentadbiran perlombongan pasir sehinggakan banyak syarikat atau kontraktor yang tidak membuat pengisytiharan yang benar (under-declare) sehingga mengakibatkan negeri ini kehilangan royalty bernilai ratusan ribu ringgit," kata Nik Nazmi.

Menurunya, kerajaan terdahulu juga tidak pernah membuat apa-apa usaha dalam untuk membanteras jenayah curi pasir sehinggalah keadaan menjadi teruk pada masa kini.

"Dr Khir Toyo tidak pernah memanfaatkan potensi industri pasir di Selangor. Adalah tidak masuk akal apabila beliau tiba-tiba memperjuangkan isu ini sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah melakukan apa-apa untuk meningkatkan sistem ketika beliau mentadbir Selangor.

"Kerajaan negeri komited untuk membanteras jenayah curi pasir dan berharap rakyat terus memberi sokongan kerana royalti pasir dipulangkan semula kepada rakyat menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor," tegas Nik Nazmi.

Jun 12, 2010

amanah dakwah dan amanah memerintah negara!

Apa yg diFatwakan Dewan Ulama PAS Kelantan (1963):

“ORANG ISLAM BERKONGSI DENGAN ORANG-ORANG KAFIR MEMERINTAH NEGARA MENJADI KAFIR ATAU HARAM” !

Ia adalah amanah urusan negara!

AMANAH yg PAS gagal seperti kata NA ialah AMANAH DAKWAH...

".....INI KERANA SETELAH BEBERAPA LAMA ALIM ULAMA KITA TERMASUK TOK-TOK GURU DI PONDOK-PONDOK TIDAK MELAKSANAKAN TUGAS DAKWAH MENYEBARKAN ISLAM KEPADA KUMPULAN NON MUSLIM (CINA, INDIA, SIAM ATAU ORANG ASLI) MENYEBABKAN SEBARAN DAKWAH BAIK DI PONDOK ATAU DI SEKOLAH-SEKOLAH ARAB HANYA BERKISAR DI KALANGAN SESAMA ISLAM SAHAJA. MELAYU AJAR MELAYU SAHAJA....".

nampaknya umno dan pas sama ....GAGAL melaksanakan AMANAH .... !!!

dalam urusan memerintah negara keduanya telah melanggar fatwa ulama pas kelantan itu....umno dgn bn dan pas dengan pr!

tapi PAS lebih berani kerana mereka gagal atas nama ISLAM....umno masih lagi atas nama kebangsaan melayu....jadi segala kesalahan mereka itu perbuatan mereka tidak berkaitan islam bukan sperti pas segalanya atas nama islam !

Jun 11, 2010

JANGAN-JANGAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PUN NAK JADI SAMA.....

KERAJAAN BIAWAK- LIDAH BERCABANG



Malunya Malaysia punya menteri sebegini! Dalam sehari dua ini Parlimen Malaysia menjadi tempat pertunjukkan "spesis" lidah bercabang!

Yang pertamanya PM Najib menyatakan dalam Parlimen,beliau belum lagi keluar lesen judi bola. Beliau tunggu reaksi rakyat dahulu. Manakala diluar Parlimen, dengan bangganya Vincent Tan menyatakan Berjaya telah diberi lesen untuk kegiatan judi bola.

Yang keduanya, Menteri Nazri Aziz menjawab secara bertulis kepada MP Kota Melaka bahawa kabinet telah PUTUSKAN untuk buat bangunan Parlimen baru berharga Rm800juta di Putrajaya. Manakala dalam sidang media di luar Parlimen, Nazri menyatakan kabinet masih BERBINCANG untuk membuat keputusan.

Adakah menteri kabinet kita begitu "bodoh" matematik tidak tahu nilai RM150 juta untuk baiki Parlimen lebih murah berbanding buat bangunan baru dengan harga RM800 juta?

Atau dalam kepala mereka sudah terbayangkan habuan komisen projek RM800 juta?

Benarlah kata Sasterawan Negara A.Samad Said, Malaysia punya menteri yang mempunyai lidang bercabang dua dan telinga satu!


Tok Pepijat

Jun 10, 2010

Anwar: KEADILAN Parti Masa Depan, Demokratik Yang Hebat

JANJI DSAI SEMASA PENUTUP KONGRES TAHUNAN KEADILAN DIKELANTAN 2010

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat perubahan pimpinan dalam beberapa jawatankuasa dengan tujuan memantap serta mengukuhkan perjalanan parti.

Kata beliau penyusunan tersebut akan dibuat dalam kadar segera sebagai respons kepada isu yang dibangkitkan oleh perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN yang berakhir tempoh hari.

"Penyusunan semula ini akan dibuat dalam kadar segera yang akan mengadunkan tenaga lama dengan yang baru. saya lihat penyertaan Angkatan Muda dan Wanita lebih terserlah pada Kongres kali ini dan penyertaan kedua komponen ini akan diterapkan dalam barisan pimpinan pusat," kata Anwar semasa ucapan pengulungan beliau petang tadi.

Beliau berkata permerhatiannya terhadap Kongres sejak 2004 telah memperlihatkan kematangan dalam mutu perbahasan dan peningkatan pemikiran perwakilan dalam membahaskan usul dan isu yang dibangkitkan semasa Kongres.Tanggungjawab Pemimpin

"Saya mahu semua barisan pimpinan yang duduk di atas pentas ini supaya turun padang ke setiap cabang dan bertemu dengan ahli-ahli".

Selangor
"Semua cadangan dan kritikan terhadap Menteri Besar dan pentadbiran kita dengar dengan sikap terbuka. Bandingkan Selangor di bawah Umno-Barisan Nasional dan bezakan dengan banyak perubahan yang dilakukan dalam tempoh dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Di bawah BN, negeri rosak kerana Menteri Besar rampas hasil mahsul negeri, rasuah dan rakus mengambil hak rakyat. Apabila kita ambil alih sumpah dan janji kita kepada rakyat ialah pentadbiran yang bersih daripada rasuah dan penyelewengan. Ini yang berjaya dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya menaruh kepercayaan kepada kepimpinan samada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan".

Unisel
"Saya beri tempoh dua minggu kepada Rektor supaya hormati suara pelajar. Berikan sedikit ruang dan perbezaan pendapat kepada pelajar untuk menegur universiti. Kalau dia tidak menukar sikap sata akan pastikan di keluar dari Unisel".

Projek
"Antara isu yang dibangkitkan ialah kelembapan dalam kelulusan projek untuk manfaat rakyat di Selangor. Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor supaya dipercepatkan kelulusan projek tetapi dengan syarat ia mesti mengikut peraturan".

GLC
"Calon yang dikemukakan untuk menyertai atau menerajui anak syarikat kerajaan negeri mestilah layak, profesional dan punyai 'track record' dan hanya mengambil elaunnya sahaja dan tidak rasuah. Calon itu juga mesti ikrar ketaatan kepada parti dan kerajaan negeri dan mesti dibenarkan dipantau dan dihukum jika sedikit menyeleweng".

KEADILAN
"Umno-BN boleh cakap apa saja, nak runtuh, nak reban, nak karam, 'wahtever' tetapi satu yang mesti saya nyatakan di sini KEADILAN telah berjaya mentransformasikan budaya politik negara ini. Mana pernah kita terfikir pemimpin Cina memetik hadis dan Al-Quran dan menerima pelbagai budaya dengan cara terhormat".

"We are a great party with a great future. We are a democratic party. Oleh kerana itu Umno-BN lanyak Anwar dan media mereka serang kita tidak henti-henti. Kita adalah sebuah parti bersikap terbuka. Bandingkan dengan Umno dan BN pemimpin samada Menteri Besar, Ahli Parlimen, ADUN dan pimpinan parti boleh dikritik hebat dan kita menerima segala kritikan dengan sikap terbuka dan dada yang lapang.

"Bagi pemimpin yang berkiblatkan wang ringgit dan kebendaan biarlah mereka lacurkan diri kepada Umno-BN".

Subsidi
"Dari dahulu kita sudah nyatakan bahaya apabila melihat keadaan defisit yang semakin membengkak. Yang biasa ialah defisit 1, 2 tahun tetapi apabila masuk lima tahun mula ada 'orange effect' dan tujuh tahun 'red effect' dan kita punyai 12 tahun berturut-turut maka ia kekal sebagai red effect'. Ekonomi negara rosak di bawah Umno-BN sebab pemimpinya rakus dan rasuah.

"Kita cadangakn tiga perkara asas untuk perbaiki ekonomi negara - tarik subsidi orang kaya, banteras rasuah dan jangan boros, selepas itu barulah kita minta rakyat semua supaya berkorban. Ini tidak pemimpin Umno-BN mahu rakyat berkorban sekarang sebab mereka mahu terus 'enjoy'".

Khianat
"Kepada Tian Chua dan Gobalakrishnan saya beri jaminan parti akan tetap mempertahankan anda daripada konspirasi Umno-BN. Kita akan pertahankan hak anda. kita beri amaran kepada Najib, biarlah mereka buang, guling sebagai ahli parlimen atau buat pilihan raya baru, kita akan tetap lawan tindakan zalim mereka".


Jun 9, 2010

Hishamuddin Terkencing Jawab Siapa Padam Rekod Perjalanan Altantuya Dari Jabatan Imigresen

Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.

"Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini.

"Hishamuddin menjawab bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab dalam memantau pergerakan berdasarkan aspek keselamatan dan ancaman kepada negara. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan itu sudah tentulah Jabatan Imigresen memerlukan satu pengkalan data bagi memastikan segala maklumat warga asing akan disimpan dengan baik, agar menyenangkan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Pada masa yang sama saya inginkan penjelasan dari kementerian apakah bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk memadamkan dan menghilangkan rekod perjalanan warga negara asing khususnya Altantuya.

"Sekiranya rekod ini dipadamkan siapakan yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita melihat tindakkan memadam rekod pergerakkan warga asing adalah satu jenayah yang besar dan perlu diambil serius. Perkara ini perlu diatasi bukannya membiarkan begitu sahaja," jelas beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Azmin juga merasa dukacita dengan tindakan Hishammuddin kerana cuba mengelak memberi jawapan kepada soalan beliau sehingga jawapan yang diberikan terdapat percanggahan.

"Saya dukacita dengan kenyataan yang diberikan oleh Hishammuddin terhadap soalan tersebut, beliau cuba untuk mengelak memberi jawapan. Saya dapat melihat dengan jelas beliau cuba mendapat isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan berada di dalam Dewan.

"Kenapa perlu tunggu isyarat dari Najib dan apa kaitannya dengan Najib, bukankah itu adalah tanggungjawab Jabatan Imigresen yang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Reaksinya jelas tidak mahu memberi jawapan dan akhirnya beliau memberitahu jawapan telah diberikan sebelum ini.

"Bagi saya tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh kementerian terbabit berhubung rekod warga Mongolia yang telah dipadamkan itu. Tindakan kementerian yang cuba mengelakan dan membuat penafian ini jelas menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kita perlukan jawapan yang jelas dari kementerian, beliau bukan selalu ada di Dewan jadi kesempatan inilah yang sepatut digunakan untuk memberi penjelasan bukan membuat penafian. Kita tahu kehadiran Altantuya di Malaysia tetapi kenapa rekod perjalannya memasuki Malaysia telah dipadamkan, kementerian perlu berani berhadapan dengan situasi sedemikian," tegas Azmin lagi.

Jun 8, 2010

Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi

EFFECTS OF COLD WATER

Please be a true friend and send this article to all your friends you care about.

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....


Artikel ini berguna untuk semua.


Jun 7, 2010

KONGRES PARTI SOSIALIS MALAYSIA KE 12

KENYATAAN AKHBAR KONGRES PARTI SOSIALIS MALAYSIA KE 12 6 JUN 2010

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Berjaya mengadakan Kongres Parti ke 12 antara 4-6hb. Jun yang dihadiri oleh 250 orang perwakilan dan pemerhati di Dewan perhimpunan Cina, Selangor.



Kongres juga membentang tiga kertas kerja mengenai 1)1Malaysia dan Model Ekonomi Baru Najib, 2) Isu transisi kepimpinan dalam PSM dan 3) isu Krisis cuaca dunia dan menyelamatkan Alam Sekitar.
Kongres juga telah membincangkan 26 usul yang dibawa oleh cawangan dan fron PSM.

16 usul telah diterima, 5 usul telah ditolak, 3 usul telah ditarik balik dan 2 usul akan dibincang di bahagian Jawatankuasa parti yang lain.

Mengenai usul mengenai Pakatan Rakyat (PR), usul ini dibincang panjang lebar dan Kongres dengan majoriti besar memutuskan bahawa PSM buat masa ini tidak mempunyai sebarang hasrat membentuk kuasa ketiga tetapi tegas bahawa musuh utama adalah Barisan Nasional yang telah mencabul hak, demokrasi dan kesejahteraan rakyat Malaysia untuk 53 tahun.

Justeru itu PSM akan berkerjasama dengan Pakatan rakyat dan kumpulan-kumpulan progresif lain untuk menamatkan pemerintahan BN.

PSM juga akan mengadakan perbincangan susulan dengan PR mengenai kerjasama ini termasuk kerjasama semasa pilihanraya.

PSM juga terbuka untuk penggunaan logo bersama dan manifesto bersama untuk pilihanraya akan datang.

Selain itu, PSM berpendapat bahawa untuk memenangi pilihanraya akan datang, PR harus memperkasakan rakyat dengan fahaman perjuangan dan pendidikan. Sekadar memberi bantuan kebajikan (hand-outs) tidak memadai. Bantuan dan pertolongan kebajikan adalah penting dan harus diteruskan tetapi yang lebih penting adalah pemahaman tentang perlunya perubahan.

Antara usul-usul lain yang dilulus yang menarik adalah mengenai permintaan untuk membuat satu protes terhadap bencana alam sekitar dan kapitalisma dan juga satu pameran seni kiri iaitu satu program membawa bersama pelbagai artis dan seniman progresif.
Sebagai kesimpulan, PSM melihat bahawa Pemerintah telah memulakan perang terbaru apabila mahu menarik balik subsidi.

Ini merupakan serangan terkini terhadap rakyat pekerja biasa di negara kita, PSM akan memobilisasi rakyat untuk mengekalkan subsidi ini.


Jun 1, 2010

HARAP PAGAR PAGAR MAKAN PADI....

Pengakuan saksi skandal pasir

Bekas kontraktor Kumpulan Semesta Sdn Bhd hari ini telah mendedahkan kegiatan melombong pasir secara haram di sekitar sungai Selangor .

Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam hari ini mendedahkan saksi bagi menguatkan dakwaannya bahawa syarikat kerajaan Selangor terlibat dalam operasi perlombongan pasir secara haram.

"Hari ini bukan cakap kosong, saya bawa saksi," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Manikavasagam juga menayangkan rakaman video lokasi yang didakwa berlaku kejadian curi pasir di Selangor bagi serta rekod bertulis berkaitan bagi membuktikan dakwaannya itu.

Sementara itu, saksi tersebut Zahar Rusili memberitahu pemberita beliau mendapati terdapat bukti berlakunya aktiviti perlombongan pasir di Sungai Rasa, Near Rawang, dekat tempat kerjanya.

Zahar berkata, aktiviti penyeludupan pasir haram tersebut dipercayai dilakukan oleh beberapa pihak melibatkan Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan pihak berkuasa berkaitan.

Kontraktor itu juga mendakwa telah mengadu perkara tersebut kepada pelbagai pihak, termasuk KSSB, polis, pejabat Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Bagaimanapun, menurut Manikavasagam, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang akan memulakan pendengaran awam berhubung kes itu esok telah menolak Zahar selaku saksi.