ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 19, 2010

UMNO ATAU PAS YANG TAK BETUL?

RAMPAS LE TOUR DE LANGKAWI. UMNO TAK ADA HIDUNG
KELANTAN BERTUKAR MENJADI PROG POLITIK UMNO. DULU UMNO


Kelantan Fiesta: MB, Exco tidak turut hadir malam itu


KOTA BHARU,: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.

“Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlangsung bermula 16 hingga 19 Jun ini.

“Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini tengah hari tadi.

Red Carpet Worldwide, melalui siaran-siaran di seluruh bandar, mengatakan mereka adalah penganjur dengan kerjasama sahaja daripada kerajaan negeri.

“Ini satu gambaran jelas perlanggaran persefahaman oleh Red Carpet Worldwide,” ujarnya.

Takiyuddin menambah, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad, bahawa Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan untuk berucap dalam majlis berkenaan walaupun juga telah dipersetujui sebelumnya.

Pada 5 Mei lalu, Exco telah bersetuju untuk menganjurkan program itu secara bersama antara kerajaan negeri dengan Red Carpet Worldwide dengan beberapa syarat.

Katanya, sebelum ini program berkenaan dirancang antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpect yang bertindak sebagai event management.

“Antara syarat yang dipersetujui bersama antaranya majlis perasmian itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Muhammad Faris Petra.

“Yang keduanya, antara yang bakal berucap pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.

Katanya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Induk juga telah melantik empat orang anggota Exco kerajaan negeri bagi mengurus program tersebut.

(Gambar:Sidang akhbar empat Exco Kelantan mengenai Kelantan Fiesta 2010)

Jelasnya, antaranya Haji Abdul Fatah Mahmud, Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan beliau sendiri mengikut portfolio masing-masing.

Katanya lagi, keempat-empat Exco berkenaan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk telah diberi tanggungjawab untuk mengangkat surat kepada Pemangku Raja untuk menjemput bagi merasmikan majlis berkenaan pada 16 Jun, iaitu malam ini.

“Alhamdulillah dua hari lepas, iaitu 14 Jun lalu saya telah menerima surat dari istana memaklumkan Pemangku Raja telah menyatakan persetujuan baginda untuk berangkat malam ini di stadium.

“Namun beberapa hari ini, kerajaan negeri mendapat maklum dan telah ditunjukkan bukti yang jelas pihak Red Carpet Wordwide tidak mematuhi persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai bersama,” ujarnya lagi.

Katanya, jika Menteri Besar tidak berucap, kemungkinan pihak Red Carpet akan berucap bersama Perdana Menteri.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai program berkenaan di mana semua pemimpin kerajaan negeri, para pegawainya juga tidak akan hadir malam ini.

Jelas Takiyuddin lagi, acara-acara yang bakal dipersembahkan malam ini melalui TIC seperti persembahan 1,000 pesilat, persembahan gendang besar, kejohanan bola sepak street soccer dan program di bawah majlis kerja raya juga ditarik balik.

DULU, KINI & SELAMANYA.....



Pi mapuihlah dengan parti dajai, sesat, rasuah, arak, judi, betina, bunuh orang.

Jangan nak perasanlah konon ada iman.

Maksud hadis:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah kemungkaran itu dengan tangan (kalau ada kuasa). Tak mampu cegah dengan tangan (tiada kuasa), cegahlah dengan perkataan (menegur, ceramah dll). Tak mampu dengan perkataan, cegahlah dengan hati, yakni benci terhadap kemungkaran. Sesungguhnya cegah dengan hati adalah selemah lemah iman".


Maknanya orang yang tak cegah kemungkaran mengikut kemampuan yang ada padanya maka tak ada imanlah.

Orang yang sokong judi, ada iman keeee...???? Lawaklah orang2 ni.... Sokong mungkar, masih mengaku beriman.
 
 
 

Jun 18, 2010

PM: Tarikh Pilihan Raya Satu Kejutan.........

PR tak popular pd mata Rakyat Marhaen, tak gitu?
Apakah kenyataan ini benar?



Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat , beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Jun 15, 2010

Kalau ilmu tidak diAmalkan, Ibarat pokok Berbuah Busuk........

ADUN MALIM NAWAR KELUAR DAP.............



Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Beliau mengumumkan keputusan untuk berpaling tadah itu pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari tadi.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.

Keshvinder memberitahu wartawan yang surat perletakan jawatannya diserahkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, pagi ini.

Katanya, keputusan itu dicapai demi kepentingan rakyat, khususnya di kerusi Malim Nawar kerana berpendapat hanya BN yang boleh membangunkan kawasan luar bandar itu.

Menurut Keshvinder beliau memilih keluar DAP sekarang dan tidak bersama dengan Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) pada Februari tahun lalu - kerana ketika itu tidak menyedari betapa serius masalah di kawasannya.

“Apabila saya mula berkhidmat (selepas Februari 2009) saya dapati ada masalah kemiskinan tegar yang perlu diselesaikan,” katanya.

Keshvinder berkata beliau berharap kerajaan BN akan membekalkan bantuan bagi membolehkannya membantu pengundi di kawasannya.

"DAP kebangsaan dan negeri gagal membantu saya menghulurkan bantuan kepada rakyat. Saya tidak boleh berbuat apa-apa sebagai ADUN pembangkang,” katanya sambil mendakwa selama ini beliau menggunakan dana sendiri untuk membantu penduduk di Malim Nawar.

Beliau juga menafikan bahawa ditawarkan ganjaran bagi meninggalkan DAP dan mencabar mereka yang membidasnya memeriksa buku akaun banknya.

Keshvinder berkata beliau juga tidak didatangi oleh mana-mana ahli BN.

“Saya bersih,” katanya.


Tidak seperti rakan-rakan Pakatan Rakyat yang berpaling tadah sebelum ini, pengumuman Keshvinder keluar parti hari ini tidak diiringi oleh mana-mana pemimpin BN.


Bagaimanapun seorang pengawal peribadi yang mengiringi Keshvinder memberitahu Malaysiakini bahawa dia bekerja untuk seseorang yang dikenali sebagai 'Hamidah'.


Pada 25 Februari lalu, Keshvinder membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.


Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Fahamkan Istilah Pelabur Ekonomi dan Penjenayah Ekonomi.

 Najib memperkukuhkan lagi kuasa yahudi di 1M





Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.

Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.

Penjenayah Ekonomi Antarabangsa

Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu (kami namakan ia Perang Konspirasi Dajjal). Kesemua konspirasi-konspirasi teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group.

Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC).

Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. Mengatakan,

“It’s good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market.”

Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika

Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs di Amerika?

Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire-billionaire Yahudi dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum ekonomi antarabangsa?

Apakah penganalisis-penganalisis yang dijemput berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner (bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) adalah orang suruhan Goldman Sachs?

Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?

Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar bahawa maksud ‘kekayaan’ yang sebenar bukannya dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes tetapi ia bermaksud ‘Siapa Paling Berkuasa”?

(Dari kiri) Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).

Keempat-empat orang di atas adalah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden dan akhirnya Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang dirancang.

Penganalisis Ekonomi di IPT Perlu Aktif

Sepatutunya tugas menghujahkan isu ekonomi seperti ini perlu dipertanggungjawabkan kepada para pensyarah dan profesor-profesor ekonomi melalui blog-blog peribadi mereka. Mereka tidak boleh hanya menyebarkan nota-nota kuliah sahaja tanpa mempamerkan kehebatan sebenar dalam bidang mereka.

Para pensyarah-pensyarah sepatutnya lebih pro aktif di dalam bilik kuliah bagi menyebarkan permasalahan-permasalahan ekonomi di Malaysia dan antarabangsa. Penyebaran dan perbincangan isu-isu itu boleh menimbulkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan analitik.

Isu kemasukan Goldman Sachs di Malaysia bermula awal tahun 2010 ini perlu dihebah dan dibahaskan di kelas masing-masing secara drastik. Mahasiswa-mahasiswa ekonomi perlu didedahkan ilmu cara membezakan pelabur ekonomi dan penjenayah ekonomi.

Kemasukan Goldman Sachs ke Malaysia juga sangat mengecewakan pelabur-pelabur tempatan kerana di dalam dunia saham dan ekonomi, Goldman Sachs dianggap sebagai Gengster Ekonomi yang boleh mengugut sesiapa sahaja bagi mengikut dasarnya hatta kerajaan sekali pun.

Kehadiran Goldman Sachs ke Malaysia dalam suasana ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan kemungkinan berkaitan dengan keputusan agen-agen Yahudi Zionis yang terlibat dalam mesyuarat Bilderberg 2009 lepas.

Kesimpulan

Harus diketahui bahawa keluarga Rothschild sekarang tidak lagi menggunakan istilah ‘Rothschild’ dalam pembinaan penguasaan empayar ekonominya di peringkat dunia. Nama itu sudah menjadi klasik dan sejarah keluarganya dan ia sudah dikecam diperingkat antarabangsa melalui pendedahan pelbagai kes-kes konspirasi.

Kini keluarga Rothschild menjalankan aktiviti konspirasinya melalui bank-bank pelaburan yang mempunyai sejarah tersendiri yang walaupun pada dasarnya tidak kelihatan berkaitan dengan Rothschild tetapi hakikat yang sebenarnya ialah ia dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Rothschild dalam kaedah yang sangat licik dan sistematik.

PADA KAU. WAJIBKAN ANAK2 MELAYU SEMUA BELAJAR


UNTUK MUHYIDIN, JANGAN BUAT SITUASI SEMUA ORANG MELAYU BENCI
BAHASA CINA DAN TAMIL DI SEKOLAH2 IBARAT MENCABAR KESABARAN ORANG MELAYU YANG SELAMA INI TELAH TERLALU BERI MUKA PADA KAUM CINA DAN INDIA INI,
HINGGAKAN SUDAH BERAPA GENERASI MEREKA BERADA DI SINI, 
TETAPI MASIH LAGI TAK BOLEH BERBAHASA MELAYU DENGAN FASIH!!!! 
FIKIRKANLAH WAHAI MUHYIDIN, 
KAU JANGAN JADI PENGKHIANAT ORANG MELAYU. KAU SEPATUTNYA BUAT ROAD MAP UNTUK BASMI SEKOLAH2 VERNIKULAR INI TERUS DARI BUMI MELAYU INI!!!!

Jun 14, 2010

ANAK KERA DISUSUKAN, ANAK SENDIRI KEBULURAN.....


Pernah awak dengar kebuluran di Gaza?

Di Malaysia pernah. Nun di Baling,Kedah dan Kuala Brang, Terengganu.

Di Afrika, termasuk masyarakat2 Islam di Kenya, Somalia dan Ethiopia kebuluran berleluasa. Penyakit pun banyak. Mengapa kita tak bantu? Tak de untung politik? Kurang mendapat nama? Kurang glamer?

Di Palestin, masalahnya bukan makanan sangat. Tak pernah saya melihat anak2 yang kekurangan zat makanan. Yang ada anak2 yang cacat dan anak2 yg tidak mendapat pelajaran dan penjagaan kesihatan yg mencukupi. Juga perumahan dan kebebasan serta keadilan.

Di Malaysia, makanan juga bukan masalah. Yang menjadi masalah ialah penjagaan kesihatan, pakaian, perumahan yg selesa, dan quality of life. Jangan kita keliru dgn limpahan makanan di kenduri kendara kerana itu mungkin dibiayai oleh kad kredit, pinjaman peribadi dr Bank Rakyat atau sumbangan ahli2 keluarga. Lagi pun itu diadakan sekali-sekala bagi memenohi tuntutan adat dan budaya.

RM12 juta dirompak Yahudi selain drp barang2 bantuan untuk Gaza. Ada kawan kata aktivis2 berkenaan pergi Gaza macam pergi rumah perompak untuk serahkan barang dan duit. Itulah bezanya di antara 'beeing brave' dan 'being foolish'. Nak syahid konon. Dua tiga bulan lagi akan tumbuhlah spt cendawan penempatan2 baru Yahudi di Tebing Barat dan Gaza menggunakan bahan2 binaan dan duit yg dirampas dari kapal2 berkenaan. Ramai juga orang kampung berpesan lain kali kalau nak pi Gaza bawa satu Armada bersama lengkap dengan jet2 pejuang, kapalselam dan senjata nuklear. Atau pun serahkan saja barang2 tu kepada orang kampung. Ahli2 politik memanglah suka acara2 spt itu kerana mereka dpt nama.

Jun 13, 2010

isu pasir di selangor...

 KHIR TOYO CUBA NAK BERSELINDUNG...........

Kerajaan negeri Selangor menjelaskan bahawa ganjaran RM5,000 yang diberikan kepada pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang berjaya membantu kerajaan negeri membanteras jenayah curi pasir adalah untuk melengkapi usaha penguatkuasaan pejabat daerah.

Oleh itu tidak timbul persoalan ketidakpercayaan kepada pejabat daerah yang mempunyai peranan utama dalam membanteras rasuah, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, ini kerana ganjaran ini adalah untuk menggalakkan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), ketua kampung membantu pejabat daerah dalam menangani kecurian pasir di tempat mereka.

"Sepertimana yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tawaran ganjaran ini dibuat untuk memberi peluang kepada pemimpin masyarakat mengambil bahagian dalam menaikkan kutipan hasil perlombongan pasir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya tidak faham bagaimana ketua pembangkang Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo boleh membuat tafsiran bahawa ganjaran adalah kerana kerajaan negeri mengambil sikap “lepas tangan' dalam membanteras curi pasir serta tiada kepercayaan kepada pejabat daerah.

"Kritikan-kritikan beliau menunjukkan ketua pembangkang ini tidak memahami proses pentadbiran perlombongan pasir – baik yang dahulu atau yang baru diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selepas Mac 2008.

"Mungkin sebab itu beliau telah memberi maklumat yang salah dengan mendakwa bahawa pada 2007 beliau telah berjaya mengutip RM20.5 juta dari royalti pasir sedangkan laporan rasmi oleh Pejabat Tanah dan Galian mengesahkan hanya RM2.9 juta dikutip pada tahun itu," katanya.

Di samping itu, Nik Nazmi menegaskan bahawa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), tiada kuasa mengeluarkan lesen.

Sebaliknya, kata beliau, lesen dikeluarkan oleh Pejabat Tanah kepada KSSB yang kemudiannya membuat tender terbuka bagi memilih kontraktor kerja melombong mengikut lesen yang dikeluarkan.

"KSSB juga memantau untuk memastikan syarikat membuat pengisytiharan yang betul dan membayar royalti kepada kerajaan negeri," katanya sambil menambah, yang jelas, kutipan royalti jauh lebih tinggi daripada kutipan melalui cara lama.

"Sebenarnya kerajaan terdahululah yang telah “lepas tangan” dalam pengurusan dan pentadbiran perlombongan pasir sehinggakan banyak syarikat atau kontraktor yang tidak membuat pengisytiharan yang benar (under-declare) sehingga mengakibatkan negeri ini kehilangan royalty bernilai ratusan ribu ringgit," kata Nik Nazmi.

Menurunya, kerajaan terdahulu juga tidak pernah membuat apa-apa usaha dalam untuk membanteras jenayah curi pasir sehinggalah keadaan menjadi teruk pada masa kini.

"Dr Khir Toyo tidak pernah memanfaatkan potensi industri pasir di Selangor. Adalah tidak masuk akal apabila beliau tiba-tiba memperjuangkan isu ini sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah melakukan apa-apa untuk meningkatkan sistem ketika beliau mentadbir Selangor.

"Kerajaan negeri komited untuk membanteras jenayah curi pasir dan berharap rakyat terus memberi sokongan kerana royalti pasir dipulangkan semula kepada rakyat menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor," tegas Nik Nazmi.