ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 31, 2010

PROGRAM A/PARLIMAN BERSAMA HANYAR DIPEKAN SUNGAI MAS SG. MANGGIS.

KEMPIN KESEDARAN BARAH.

Bertempat pekan Sungai Mas Sungai Manggis diperkarangan Pejabat PERKIM mengadakan "kempin kesedaran barah" dengan kerjasama Persatuan Barah Kebangsaan Malaysia. Progrem berlangsung dari jam 9am hingga jam 1pm. Urustia program sdr Majed dan semua urustia memberi penerangan kepada kami tentang keburukan kanser. Dalam pada masa yang sama rawatan secara percuma juga diadakan. Kami dijemput turut serta dan meraikan program itu.
Ahli Parliman K.Lgt  serta hanyar sedikit sebanyak  berkongsi pendapat, dan berjanji akan jadikan program ini untuk semua JKKK disekitar K.Lgt turut membantu memperhebatkan penerangan Kanser ini perlu diketahui umum.













Jul 30, 2010

APA TANGGUNGJAWAB AHLI MAJLIS DAN DAH MASUK PENGGAL KE3

GERAI MAJLIS SEPERTI MELEPAS BATUK DITANGGA.














Batu tanda yang indah rupa dari apa yang sebenar.(gambar atas)

Salah satu tapak gerai MDKLgt plan yang dibina semasa pemerintah BN dulu. terlalu banyak kelemahan keterlaluan. Tapak laman tidak mengikut spek cara yang betul. Laman tar sama label dengan kaki lima gerai. Longkang tidak teratur.serta masih banyak gerai kosong. Apabila hari hujan, ruang meja untuk pelanggan menjamah selera dibasahi dengan tempias air hujan. Dan seperkara lagi, iaitu tandas yang tidak boleh dikawal kerana tidak mempunyai kelengkapan pintu.
Yang menjadi tanda tanya kenapa apabila peniaga yang menyewa gerai disitu mengadu, yang bertanggungjawab tidak mengambil perhatian dengan tindakan?
Sepatutnya Ahli Majlis dizon berkenaan perlu faham tanggungjawab sebagai Ahli Majlis.

Ahli Majlis yang faham tugas sebagai Ahli Majlis, ada 2 perkara penting iaitu 
1- menerima aduan walau dimana saja masaalah aduan dinegeri Selangor. 
2- Melaksanakan Dasar di PBT berkenaan untuk kemajuan kepada penduduk Kuala Langat.

Telah penggal ke3 Ahli majlis berkenaan kekal menjawat jawatan tersebut dizon itu, tetapi masih tiada perubahan kemajuan dan makin menjadi lemah.
Apa yang Hanyar tahu apabila sampai pemilihan baru Jawatan Ahli Majlis, berebut jawatan untuk kekal. tetapi untuk kemajuan tidak teserlah.
Diaharap juga, setiap Ahli majlis yang bersungguh-sungguh ingin menjadi dan telah terpilih menjadi Ahli Majlis perlulah memikul tanggungjawab dengan amanah sebagai wakil mata dan telinga kerajaan negeri sepertimana matlamat asal semasa berkempin dulu.


Inilah rupa laman tapak "Gerai Taman Ria Jenjarum" (gambar bawah)





Tandas yang terbiar dan tidak membawa menafaat.(gambar bawah)














Jul 29, 2010

TAHNIAH JIKA MAHU PERUBAHAN PELAKSANAAN.

KSSB sedia kaji lombong pasir di tanah persendirian

Lembaga pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menimbangkan kandungan memorandum yang diterima daripada persatuan pengusaha pasir di Selangor.

Antara kandungan memorandum yang akan diteliti itu termasuk cadangan untuk membolehkan pasir dikeluarkan daripada kawasan tanah persendirian yang berpotensi dalam pengeluaran sumber tersebut, kata seorang daripada pengarah syarikat itu Shuhaimi Shafiei.

Beliau yang juga pembantu pengerusi pemodenan pertanian, pengurusan sumber alam dan pembangunan usahawan Selangor berkata langkah berkenaan adalah sebahagian daripada tindakan penambahbaikan dasar pengeluaran pasir yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
"Semua polisi ini adalah buatan manusia. Maknanya kita boleh ubah bila ada keperluan," katanya lagi ketika ditemui di pejabatnya di Kota Kemuning, Shah Alam.
"Bukan maknanya kita sekat terus, tidak. Kita sedang mengkaji dan kita akan kemukakan cadangan kepada (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) MMKN untuk diberi kelulusan, untuk kita kaji semula.

"Barangkali mungkin kita boleh pertimbangkan sedikit, terutamanya di kawasan yang kita katakan sebagai berpotensi dan kita sedang mengkaji untuk sediakan mekanisme yang kita boleh katakan mesra kepada keseluruhan rakyat, terutama kepada pengusaha kecil," katanya lagi.
Katanya lagi, hasil mesyuarat berkenaan kemudiannya akan dikemukakan sebagai cadangan supaya mesyuarat kerajaan negeri Selangor meluluskan semakan ke atas polisi pengeluaran pasir.
Keluasan minimum

Menurut beliau hasil mesyuarat berkenaan kemudiannya akan dikemukakan sebagai cadangan supaya MMKN Selangor meluluskan semakan ke atas polisi tersebut, kata Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda.
Katanya, polisi kerajaan negeri setakat ini menetapkan syarat keluasan minimum 20 ekar untuk membolehkan hasil dikeluarkan di tanah persendirian.

"Polisi kerajaan negeri juga, semua anak syarikat kerajaan negeri tidak boleh melombong sendiri.
"Maknanya kalau (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) PKNS, (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) PKPS, (Permodalan Negeri Selangor Berhad) PNSB, mempunyai tanah, kuasa untuk mengeluarkan hasil bumi itu mesti melalui KSSB. Itu polisi kerajaan negeri," kata Shuhaimi lagi.
Beliau berkata, MMKN juga berkuasa untuk memberikan hak penguatkuasaan kepada mana-mana agensi di bawah kerajaan negeri, termasuk KSSB.

"KSSB ini bukan bertindak untuk lakukan penguatkuasaan, tidak ada. Kuasa penguatkuasaan itu masih berada di bawah pentadbiran pejabat tanah dan daerah. Ataupun di peringkat Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
"Ini kuasa yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara, melainkan MMKN memutuskan untuk memberi kuasa penguatkuasaan kepada mana-mana yang dikehendaki.
"Tetapi pada waktu ini KSSB hanya melaksanakan tugas dia untuk memungut (hasil) bagi pihak orang perseorangan yang mempunyai 20 ekar tanah dan lebih dan juga tanah milik anak-anak syarikat negeri.

Tambahnya, KSSB perlu memohon kepada kepada sekurang-kurangnya lapan agensi kerajaan untuk membolehkan aktiviti perlombongan dijalankan ke atas tanah terbabit.

Agensi berkenaan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Pihak Berkuasa Tempatan, Lembaga Urus Air Selagor, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta Jabatan Alam Sekitar.
Mohon dahulu

"KSSB hanya koordinator, dia masih memohon kepada pejabat daerah. Bezanya, dulu, semua orang memohon perlu pergi ke pajabat tanah dan daerah.

"Pejabat tanah dan daerah akan luluskan mana-mana kawasan dan terlalu banyak orang boleh dapat permit untuk keluarkan pasir ini sehingga kegiatan itu tidak terkawal.
"Sekarang ini, hendak mohon mesti melalui KSSB. KSSB akan hantar kepada semua agensi terlibat dan akhirnya akan diluluskan oleh pejabat tanah dan daerah setelah dapat ulasan," katanya.
Tambahnya, lesen untuk melombong itu hanya dikeluarkan apabila permohonan tersebut didapati telah mematuhi garis panduan ditetapkan.

"Kemudian barulah KSSB maklumkan, kawasan ini sudah lulus, (dan selepas itu) barulah dibuka untuk ditender oleh sesiapa yang terlibat secara tender terbuka. Mana-mana saja syarikat yang berminat daripada seluruh negara.

"Yang mungkin nampak kesukaran itu adalah tanah hak milik persendirian bawah 20 ekar. Yang itu ada rumit sedikit sebab (kita bimbang) kalau kita buka semua, tanah yang dulunya elok, boleh buat rumah, tiba-tiba dah jadi tasik," katanya.
Sengaja dipolitikkan Umno

Shuhaimi juga berkata, beliau melihat isu melibatkan kegiatan perlombongan di tanah persendirian kini sengaja dipolitikkan oleh Umno di Selangor.

"Ini untuk menarik minat pengusaha yang dulu mungkin melakukan secara haram atau melakukannya secara terlindung bawah pimpinan Umno, jadi hari ini bila tidak ada lagi proses melibatkan pejabat daerah.
"Jadi (sebab) it
u (pengusaha pasir) rasa tertekan, mungkin tersepit dengan hutang, mungkin sebab itu dia salahkan kerajaan negeri.

Menurut beliau, KSSB juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pengusaha pasir untuk memperbaiki dasar tersebut.

"Kita alu-alukan cadangan, kita tidak pernah menutup ruang perbincangan. Mana-mana pihak yang ada cadangan untuk beri nilai tambah, kerajaan negeri terima.

"Tapi cadangan mesti disalurkan mengikut cara betul, bukan dengan gunakan ejen tertentu," katanya yang menambah, KSSB setakat ini telah menerima sekurang-kurangnya lima memorandum daripada persatuan pengusaha pasir di negeri itu.

Beliau turut mengalu-alukan kerjasama daripada wakil rakyat BN di Selangor untuk menyertai kerajaan negeri dalam usaha membanteras kegiatan pengeluaran pasir haram.

"Cara yang terbaik, apa salahnya kalau dia nampak maklumat, kalau betul kawasan itu curi pasri, maklumkan kepada kerajaan negeri, kita akan ambil tindakan.

"Bahkan kalau dia rasa hendak terlibat sama kita akan jemput dia turun sekali. Siapa yang rasa hendak membantu, tidak kira daripada parti mana pun tetapi demi kepentingan rakyat.

"Kita kena buanglah sentimen kepartian itu. Takkanlah setiap masa hendak bergaduh bab politik. Itu lebih penting daripada bercakap benda-benda yang sejak Azali lagi Umno tahu yang pasir kena curi di Selangor," tegasnya.

KEARAH LEBIH TELUS, TAHNIAH MB SELANGOR PR.

ELAK SURAT SOKONGAN PERNIAGAAN



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menasihati semua pemimpin di negeri ini supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan.

Beliau berkata hal berkenaan ditujukan kepada semua pemimpin termasuk wakil rakyat, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak timbulnya konflik kepentingan serta boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Jul 28, 2010

NOTA:

mari kita fahami berita ini :

ianya membuktikan masih ada di kalangan kita
yang tercicir dalam kehidupan. hidup dalam penuh
kemiskinan. ada pelbagai sebab kenapa kemiskinan
melanda keluaraga ini.
siapa hendak kita salahkan? diri kita sendiri. kita benarkan ini
berlaku dihadapan mata kita sendiri.

masalah ini sebenarnya adalah tanggung jawab kita
semua jika kita mengakui diri kita sebagai warga yang bertanggung jawab.

para politkus kita – dari parti apa pun – sering menggunakan
kemiskinan ini sebagai kerja dan budi baik mereka. ini salah.
kemiskinan bukan dilawan dengan memberika beras dan ikan masin.
kemiskinan lahir dari struktur masyarakat itu sendiri. agihan kekayaan
yang kurang adil adah penyebab utama.

beri beras , beri gula, beri telor , beri duit – memang boleh melegakan kesusahan
sang keluarga. ini langkah betul. sesiapa yang
melakukannya telah membuat amal yang baik.

tapi untuk berapa lama?

disinilah seharusnya gedung-gedung ilmu kita mengeluar kan pandangan
dan pendapat. mengeluarkan cadangan dan thesis. mengajukan cara
menyuluruh untuk memastikan tidak ada sesiapa yang tecicicir jatuh
miskin.

kita bersedih bila membaca berita ini.
kita bersimpati apabila menghayati berita ini.
tapi bersimpati dan menghayati hanya pembuka mata.
kunci nya pada diri kita sendiri.

dalam dunia ini yang jahat bukan ramai
kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa.


Jul 25, 2010

DENGAR, KENAPA TAK NAK PANDANG/BERTINDAK?

 Yaakob Sapari Jangan Cuba Bersekongkol Dengan KPU ini.......




 LIHAT MINIT KE7. KEMPIN CAKAP POLITIK.
Orang yang menyampaikan protes di bangunan SUK adalah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali (gambar). Kenapakah dia yang memberikan protesnya?

Suhaimi bukan ada buat kerja dan lakukan apa-apa untuk UMNO Selangor. Pergerakan Pemuda UMNO Selangor lembab dan tidak bermaya bawah kepimpinannya.

Kalau siapa-siapa mahu tahu Suhaimi adalah juga "Raja Pasir" yang pernah terlibat curi pasir waktu malam di kawasan Sepang. Kontraktor yang jalankan untuk Suhaimi begitu teruk sekali hingga sebuah jambatan kampung di Sepang hampir runtuh dari hakisan.

Zahrain Pernah Minta Kontrak Pasir Dari Selangor Sebelum Melompat

Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru, menjual obat di Parlimen kononnya Anwar mahu memecat Elizabeth Wong. Namun, tahukah anda, Zahrain yang sama pernah berjumpa Tan Sri Khalid untuk meminta kontrak pasir dari KSSB?

Yang hairannya, sudahlah si Zahrain ni tidak bermoral, anak lelaki Zahrain pun hendak diajar budaya korupsi ini. Ini kerana Zahrain telah bertemu Tan Sri MB bersama-sama anak lelaki beliau meminta kontrak pasir dari KSSB.

Tetapi Tan Sri menolak permintaan Zahrain dan anak lelaki beliau ini. Kiranya Tan Sri melayan permintaan Zahrain dan anak lelaki Zahrain ini, nescaya Zahrain tidak akan melompat UMNO seperti sekarang.

Saya juga mencabar Zahrain menafikan kisah ini, kalau dia benar-benar bersih.

Saudara/ri pembaca wajib sedar, Tan Sri diserang kiri dan kanan dalam isu pasir kerana Tan Sri tidak mahu melayan permintaan-permintaan yang datang seperti yang datang dari Zahrain ini. 
Terima kasih sdra Storm62. Andai ada yang masih kurang yakin, sebaiknya anda tanya Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam Parlimen Sepang, dalam DUN Dengkil terutamanya. Ramai kalangan Ketua-Ketua UMNO Cawangan di DUN Dengkil yang menyampah kepada Suhaimi kerana mereka tidak dapat merasa habuan yang mereka hajatkan sekalipun beberapa permit melombong pasir telah dikautrakus oleh para kroni Suhaimi semasa dia menjadi wakil rakyat UMNO DUN Dengkil pada sessi yang lalu.

Perjuangan UMNO adalah perjuangan untuk mendapat kuasa merompak khazanah negara, mencuri harta rakyat dan mengayakan para cukong..!!!

Jul 24, 2010

SUDAH LARI MATLAMAT PERJUANGAN ASAL. (SIAPA MEREKA SEBENAR?)


PKR sekali lagi akan menganjurkan pemukiman (retreat) hari ini dan esok dalam usaha memperkukuh kepemimpinan, yang dianggap tidak mencapai tahap yang dikehendakki.

"Retreat" itu, yang akan di adakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan, adalah kesinambungan dari seminar tertutup baru-baru ini, dalam usaha Pakatan Rakyat untuk merampas kuasa kerajaan pusat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ini belum dapat tawan Putrajaya beb, kalau dah dapat.... pemimpin PKR tidak bermeeting, berbincang di sini lagi, apatah lagi untuk ber"retreat". Mereka tak mainlah meeting dalam negara. Mereka akan berbincang, paling tidak pun kat London atau Paris....!!!

Pemimpin utama pusat termasuk ketua umum Anwar Ibrahim dan dari bahagian (cabang) di seluruh negara akan menghuni dibilik mewah ini sepanjang tempoh pemukiman.

Patutpun Ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam tidak gembira dengan pemukiman (retreat) parti di Port Dickson.

"Kalau sekadar bincang mengenai persiapan mengenai jentera pilihanraya diperingkat bahagian atau negeri tidak perlulah buat retreat.

"Cukup dengan perbincangan oleh MPP dan biro politik sahaja," katanya yang berasal dari Perak.

Bila menjelang pilihanraya, pemimpin mendendang lagu sedih dan sayu, minta bantuan dan sumbangan daripada ahli dan penyokong. Bila suasana reda dan mereka ingin bersuka, maka dianjurkanlah beranika rencana merancang helah untuk mereka bergembira di sana...!!!

PKR semakin hari semakin tidak dapat mengawal limpahan hanyir muntah dan lendirnya.!!! Keladak yang selama ini terpendam dan disorok rapi telah mula timbul...!!!

Saya benar-benar berharap apa yang pernah didengar luahan seorang sahabat "Aku ingatkan permata, rupa-rupanya kaca...! " sebagai tidak tepat. !!! Walau apapun, saya sudah mula meluat dengan beberapa pemimpin kanan PKR, keladak haprak UMNO masih pekat dalam diri mereka sebenarnya!!!

Saya kira, andainya mereka mendapat kuasa di Putrajaya... mereka mungkin lebih rakus dan khianat daripada pemimpin UMNO yang ada hari ini..!!!
petikan isa

Jul 21, 2010

Polis batal lagi geledah ibu pejabat PKR

Polis 'serbu' ibu pejabat PKR


Polis membatalkan lagi tindakan menggeledah ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.

Ketua Komunikasi PKR Johnson Chong berkata lima orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".

Sebelum itu, kira-kira 11.30 pagi tadi, berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin, polis tiba di tempat kejadian bagi mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog itu.

Badrul bagaimanapun tidak berada di pejabat pada masa itu.

Menurut ketua penerangan PKR Latheefa Koya kedatangan polis berkenaan tidak diumumkan dan dilakukan secara mengejut.

Pada 9 Julai lalu, Polis menahan Badrul di Jalan Rahang dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh dilporkan berkata pihaknya mahu merakamkan kenyataan Badrul "kalau ada perkataan dalam blognya itu berunsur menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi raja".

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Bercakap kepada pemberita selepas pihak polis beredar hampir jam 1 tengah hari tadi, Johnson berkata setelah berunding, kedua-dua pihak bersetuju supaya operasi menggeledah ibu pejabat PKR dibatalkan.

Ini kerana, katanya, waran berkenaan tidak menyatakan tujuan penggeledahan itu dibuat serta tidak menyatakan ia berhubung siasatan bawah kes apa.

petikan mk