ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 23, 2012

Debat PTPTN dan KENALI PEMIMPIN YG BERKALIBAR.

HUJAH BERNAS DAN RAKYAT AKAN MENILAINYA




Mereka ini boleh lah dianggap seperti buah durian yg cukup masa, masak jatuh dan susah dibuka, tetapi bau nya tetap akan dirasai oleh semua orang yang disekitarnya.
Samaada isinya rosak atau pun elok isinya.
Jika isinya busuk/rosak, permukaan kulitnya pun sudah dapat dikenali.
Fikir-fikirlah....


Klik utk lihat PUSINGAN pertama. dua dan tiga.

http://www.ustream.tv/recorded/22775934
http://www.ustream.tv/recorded/22776393
http://www.ustream.tv/recorded/22776957




Mar 18, 2012

JOHOR BERKELAKUAN BAIK. Polis bekerjasama mengawal keselamatan untuk Keamanan. adalah tanggungjawab mereka.

Warga Pengerang bersatu sekata mengadakan perhimpunan menentang pembinaan kilang penapis gas 


Bandar  Pengerang, Johor .
Lebih 200 orang warga Pengerang Johor  mengadakan bantahan terhadap rancangan Petronas untuk membina sebuah bangunan kilang penapis gas di Pengerang, Johor mendapat perhatian dan sokongan keselamatan dari pihak penguasa Polis.



BILA DEKAT PRU, MACAM-MACAM ADA CERITA KONON BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT NEGERI.

MAIN WAYANG SAJA



Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup mendesak para pemimpin atasan BN supaya segera "melepaskan" rakyat Sabah daripada kerisauan dan kebimbangan tentang masa depan mereka ekoran kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) di negeri ini.

"Pendirian PBRS dalam perkara ini amat jelas iaitu mengharap dan mempunyai keyakinan penuh agar kerajaan Pusat menyegerakan pewujudan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk mencari penyelesaian masalah tersebut.

"Saya percaya kerajaan Pusat sedar serta memahami tentang keadaan ini dan kita mengharapkan agar penubuhan RCI akan menjadi realiti dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama selepas majlis ulang tahun PBRS ke-18 di Kota Kinabalu, malam tadi.

Penubuhan suruhanjaya itu adalah antara cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya.

PSC semasa inkuiri awam yang dijalankan di Sabah pada November lalu menerima banyak aduan berhubung Projek IC.

Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.

azlanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Najib semasa lawatan dua harinya ke Sabah pada 16 Februari lalu sepatutnya dikatakan membuat pengumuman berkenaan tetapi tidak berbuat demikian.

Pada ucapannya, Kurup mengajak rakyat Sabah supaya memberi kemenangan yang besar kepada BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.










Orang Asli diTanjung 12 Ada Cerita diSebalik Keturunan Raja-Raja diSelangor.

Akibat Kuasa-kuasa Besar yg mempengaruhi Politik, mereka Orang Asli menjadi Renggang hubungan dengan Raja-Raja Selangor.



Temuan Orang Asli Kuala Langat percaya mereka mempunyai sejarah yang panjang dengan Raja-raja Melayu diSelangor.

Dewi Malam, anak Batin Malam anak Gerchang menceritakan kisah Kesultanan Selangor.

Mar 16, 2012

"MALAYSIA BANGKIT"



MAHASISWA BERPOTENSI, RAKYAT MALAYSIA WAJIB BERI SOKONGAN GERAKAN "MALAYSIA BANGKIT" .





Feb 13, 2012

UBAT YANG BERAT

Luka melarat telah menjadi kudis, ubatnya kemudian?
Apa sebenarnya berlaku pada Kerajaan Pakatan Rakyat?
BERSEDIAKAH Kerajaan Pakatan Rakyat, untuk mentadbir Malaysia?
Bersedsialah dengan sejata berpeluru yang sesuai. (jangan tembak tupai dgn peluru kapor)



Alhamdulillah setelah lama berlalu ketika disaat saat akhir dan sehingga gerombolan pimpinan mahasiswa berdemo, baru pucuk pimpinan PAS mahu membincangkan masaalah AUKU yg menimpa pada pelajar/mahasiswa KUIN di Kedah.
Adalah menjadi aneh dan tidak hairanlah jika umno menjadikan modal untuk mereka memanipulasikan keadaan.



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap isu lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang digantung pengajian mereka berada pada tahap akhir dan meminta pihak yang bertelagah menyelesaikannya secara damai.

Saya telah berjumpa dengan Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) dan peguam pelajar Hanipa Maidin (yang juga ahli majlis pusat PAS), saya minta semua pihak menyelesaikan secara damai.