ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Oct 27, 2012

PERANAN ULAMAK MENASIHATI PEMIMPIN PEMERINTAH


           
 


Dalam satu sungai terdapat beberapa kumpulan ikan. Yang sentiasa bermain di celahan batu. Ada yang alim ada yang nakal. Dalam banyak-banyak ikan itu, berlaku lah perbincangan di kalangan mereka. Ikan yang alim dengan rasa sayang kepada rakannya yang lain memulakan sembang-sembang spt dlm video ini.

“Saksikanlah ikan-ikan sekalian. Di darat terdapat manusia. Mereka akan memperdayakan kita. Apabila kamu terlihat sebarang cacing ataupun umpan yang ada bersama di atasnya tali, maka tinggalkanlah. Kerana di dalam umpan tersebut ada mata kail. Hancur robek bibir kamu jika memakannya. Apabila kita memakan umpan tersebut, ditariknya kita dengan kuat sekali. Kemudian kita akan diangkat dan dipegang kuat oleh tangan manusia. Dibuangnya mata kail dari bibir kita sehingga robek bibir kita. Dibiarkan kita sesak nafas kita tanpa setitis air. Kemudian kita akan dipotong ekor, bibir, sisik. Insang kita akan ditarik keluar dengan rakus oleh manusia. Perut kita akan dibuang begitu sahaja.


                                                                             Vol; 2


Kemudian kita akan di masukkan ke dalam minyak yang sangat panas. Sehingga kering segala isi dan tulang kita. Dan akhirnya kita akan dimakan satu persatu anggota badan kita oleh manusia di bumi. Ingatlah pesananku kepadamu tentang bahayanya makhluk di bumi sana kepada kita.” Pesan ikan yang alim kepada ikan yang lain.

            Walaupun ikan disitu semuanya setiap hari mendengar amaran tersebut, namun ramai di kalangan ikan yang memandang ringan pesanan ikan yang alim. Bagi mereka, tidak mungkin mereka tertipu dengan umpan manusia. Mereka beranggapan amaran itu hanya sekadar mainan. Lalu ada sebahagian ikan yang termakan umpan mata kail yang telah diletakkan oleh manusia.

                                                                           Vol; 3



Ikan yang termakan umpan tadi, tidak mungkin kembali semula ke dalam sungai. Yang ada hanyalah penyesalan. Walaupun ikan yang ditarik pancing itu sentiasa menjerit-jerit memberitahu rakan-rakan yang lain agar berhati-hati dengan umpan manusia. Namun, ikan-ikan yang lain langsung tidak mengambil iktibar dari kematian rakan mereka.

            Begitulah perumpamaannya seorang manusia. Apabila datang peringatan dari Allah dan para pendakwahnya, mengingatkan tentang kehidupan selepas kematian. Saat pedih diambil nyawa ketika sakaratul maut. Dihimpit di dalam kubur sehingga bersilang tulang rusuk kita. Dicincang dan di makan ulat. Di bakar dengan panasnya api neraka dan berbagai-bagai lagi seksaan yang tidak tergambar akal manusia.

                                                                          Vol; 4


                                                                          Vol; 5


Namun ramai di kalangan manusia yang enggan. Yang alpa dan leka. Akhirnya mereka tergoda dengan dunia yang penuh dengan tipu daya. Jadilah manusia umpama ikan. Yang sentiasa terlupa wajah Sang umpan.



                                                                 Vol; terakhir

 
Wallahualam.

Oct 20, 2012

Radio Internet CiliFM . . . Pedasss!!!: LAGI INFO TENTANG CILICili (nama saintifik Capsicu...

Radio Internet CiliFM . . . Pedasss!!!: LAGI INFO TENTANG CILICili (nama saintifik Capsicu...: LAGI INFO TENTANG CILI Cili (nama saintifik Capsicum spp.) ialah sejenis sayuran berbuah daripada famili Solanaceae. Ia dipercayai bera...

Kenalilah sejarah Pejuang-Pejuang Negara.





                                                             Ini fahaman Anwar Ibrahim.
                                       Lebih teruk lagi fahaman org yg tidak mahu mencari fakta.




                                                       Sejarah Rashid Maidin Vol 1


                                             Sejarah Rashid Maidin Vol 2

                                          
                                    

                                                     Sejarah Rashid Maidin Vol 3


                                                  Sejarah Rashid Maidin Vol 4


Dengar Betul-Betul Penerangan Orang Yang Terlibat Ketika Sesama Memperjuangkan Negara Untuk  Malaya Merdeka.


Aku tidak bersetuju jika sebut Kumpulan Chin Ping pengganas dan membawa idologi KOMINIS. Mereka berjuang bersama Kaum Melayu dan India dan bersatu untuk menghalau Jepun dan selepas itu Ingeris. Apa yang berlaku terhadap mereka semuanya propaganda UMNO kerana kepentingan British, UMNOlah menjadi dalang HARAMJADAH.

May 23, 2012

Debat PTPTN dan KENALI PEMIMPIN YG BERKALIBAR.

HUJAH BERNAS DAN RAKYAT AKAN MENILAINYA




Mereka ini boleh lah dianggap seperti buah durian yg cukup masa, masak jatuh dan susah dibuka, tetapi bau nya tetap akan dirasai oleh semua orang yang disekitarnya.
Samaada isinya rosak atau pun elok isinya.
Jika isinya busuk/rosak, permukaan kulitnya pun sudah dapat dikenali.
Fikir-fikirlah....


Klik utk lihat PUSINGAN pertama. dua dan tiga.

http://www.ustream.tv/recorded/22775934
http://www.ustream.tv/recorded/22776393
http://www.ustream.tv/recorded/22776957




Mar 18, 2012

JOHOR BERKELAKUAN BAIK. Polis bekerjasama mengawal keselamatan untuk Keamanan. adalah tanggungjawab mereka.

Warga Pengerang bersatu sekata mengadakan perhimpunan menentang pembinaan kilang penapis gas 


Bandar  Pengerang, Johor .
Lebih 200 orang warga Pengerang Johor  mengadakan bantahan terhadap rancangan Petronas untuk membina sebuah bangunan kilang penapis gas di Pengerang, Johor mendapat perhatian dan sokongan keselamatan dari pihak penguasa Polis.



BILA DEKAT PRU, MACAM-MACAM ADA CERITA KONON BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT NEGERI.

MAIN WAYANG SAJA



Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup mendesak para pemimpin atasan BN supaya segera "melepaskan" rakyat Sabah daripada kerisauan dan kebimbangan tentang masa depan mereka ekoran kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) di negeri ini.

"Pendirian PBRS dalam perkara ini amat jelas iaitu mengharap dan mempunyai keyakinan penuh agar kerajaan Pusat menyegerakan pewujudan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk mencari penyelesaian masalah tersebut.

"Saya percaya kerajaan Pusat sedar serta memahami tentang keadaan ini dan kita mengharapkan agar penubuhan RCI akan menjadi realiti dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama selepas majlis ulang tahun PBRS ke-18 di Kota Kinabalu, malam tadi.

Penubuhan suruhanjaya itu adalah antara cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya.

PSC semasa inkuiri awam yang dijalankan di Sabah pada November lalu menerima banyak aduan berhubung Projek IC.

Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.

azlanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Najib semasa lawatan dua harinya ke Sabah pada 16 Februari lalu sepatutnya dikatakan membuat pengumuman berkenaan tetapi tidak berbuat demikian.

Pada ucapannya, Kurup mengajak rakyat Sabah supaya memberi kemenangan yang besar kepada BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.