JANGAN persiakan walau sekuman pun harapan menggunung rakyat yang mahukan perubahan diterjemahkan pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.
‘Suara Rakyat Suara Keramat’ – laungan Reformasi yang mencetus sejak sedekad lalu, dibasahi dengan darah dan keringat rakyat, perlu dihayati semula semua pimpinan parti.
Jangan dek kerana seekor kerbau yang membawa lumpur, rakyat menjadi sangsi dan hilang kepercayaan seterusnya merencatkan agenda perubahan Pakatan Rakyat (PR). Secara jujur kita kena akui bibit-bibit keresahan itu, kini mulai menular ke akar umbi. Masalah tersebut tidak boleh diselesaikan hanya menyapunya ke bawah permaidani.
Ingat, kemenangan PR bukan semata-mata kerana kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meluatnya rakyat kepada kerakusan dan kebobrokan pimpinan BN selama ini.
Pemimpin PR kini bukan sekadar berdepan dengan BN, tetapi sedang bergelut dengan ‘pemimpin’ yang akan merosakkan imej PR. ‘Pemimpin’ yang bukan sahaja baghal dalam tindak tanduknya dan tidak tahu diuntung, bahkan turut mewarisi sikap rakus dan bobrok pimpinan Umno/BN.
Blog Alahai ... FAIRUS TKM 1 Penang ini lahir setelah pelbagai pihak termasuk Anwar Ibrahim gagal mengubati 'penyakit mental' yang dihidapi sejak sekian lama oleh Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Kerana selalu bersangka baik, DS Anwar kini terjerat. Selepas kes Shaiful Azlan, beliau kini berdepan dengan masalah Fairus pula. Kita tidak mahu, kerana lambat bertindak kes Fairus akan terus membelit dan sukar dirungkai akhirnya.
Biar apapun anggapan umum, demi masa depan PR Alahaiii…Fairus tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat, lebih-lebih lagi pemimpin bersifat munafik yang sanggup bersumpah semata-mata mempertahankan pembohongan, kerakusan dan kebobrokannya demi kepentingan diri sendiri.
PR tidak memerlukan pemimpin hipokrit- cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap, lebih parah mempunyai masalah mental tahap 'koma' !
Ramai lagi wakil-wakil rakyat dari PR yang hipokrit perlu diambil tindakan untuk kebaikan. Seperti contoh MP Kuala Langat dan ADUN Telok Datuk tidak tahu menghormati rakyat Kuala Langat. Mereka membuat kerja fitnah dan yang tak sepatut mereka buat. Rata-rata rakyat K.Lgt merungut dikedai-kedai kopi cerita pasal wakil rakyat ni. Mereka membawa budaya songsang dalam PR. Fitnah yang mereka lontar, amat buruk sekali. Buat fitnah yang bukan-bukan terhadap Abdul Razak yang berkempin kuat untuk mereka kepada kemenangan PRU 12 yang lalu. Apa salah beliau setelah kemenangan dipertikaikan terhadapnya. Apa kenamengena beliau dengan GERAK dan keADILan? Apa yang kami faham, beliau tetap menyokong keADILan (PR). Setahu kami, beliau masih ketua bahagian Kuala Langat 2007-2010. Kami tahu isi hati beliau, yang tidak suka kepada kuasa mengharap. Menyepinya beliau di bahagian Kuala Langat adalah kerana segelintir bangang-bangang dibahagian tidak tahu berpolitik. Dan memang mereka ini gila kuasa dan ada yang nak jadi ketua bahagian.
Beliau telah memberitahu pada kami, hanya corak 2 wakil rakyat ini yang beliau tidak suka. Kata beliau, MP dolah memfitnah kata “Razak memijak gambar DSAI”. Dolah mencerita pada semua MPT dan semua orang di Kuala Langat yang agak mengenali Razak. Berita ni sampai ketelinga beliau. Dolah kata ada bukti dengan gambar dan saksi 8 orang, kami minta untuk dolah buktikan. Bagi kami sekiranya dolah tidak membawa bukti dan bertemu mata dengan Razak, kami tidak bolih menerima dolah sebagai MP Kuala Langat..
Begitu juga dengan Philip tan tidak tahu kenang budi, seperti kacang lupakan kulit. Beliau bukan meminta jawatan, tapi beliau mahu Philip tan sedar sikit 3 bulan bersama Razak sebelum bubar parlimen. Cerok mana beliau tak bawa untuk mengenali pengundi di kawasan Telok Datuk. Dan akhirnya selepas PRU 12 kepimpinan DAP K.Langat dan Philip tan juga memfitnah beliau berbelanja di 3 tempat mengundi, iaitu Sg, Sedu, Tmn Mahkota dan Sg, Manggis lebih RM17 ribu. Beliau telah menunjukkan butiran terperinci kepada kami hanya kurang RM10 ribu yang dibelanjakan. Malah wang beliau habis dibelanjakan juga.
Barah sedang merebak- kita kena singkirkan ‘virus pemimpin’ sebegini sebelum rakyat singkir PR pada PRU 13 akan datang ! Selamatkan PR sebelum terlambat !
No comments:
Post a Comment