ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 7, 2009

KITA MERANCANG, ALLAH MENENTUKAN

DSAI mahu Kuala Terengganu percepat menuju Putrajaya

Rabu Januari 7, 2009KUALA TERENGGANU: Selepas dua sasaran untuk membentuk kerajaan persekutuan gagal, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan harapan itu hari ini dengan mengatakan bahawa "kemenangan di Kuala Terengganu" akan membantu mempercepatkan rancangan pihaknya bertapak di Putrajaya.

"Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai (ketika ceramah perdana malam tadi dan ketika penamaan calon). Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau ketika berucap merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini, pagi ini.

Ia merupakan majlis kedua Anwar selepas berucap dalam ceramah perdana malam tadi.

Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat diterajui Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Kemudian ia gagal menjadi kenyataan, beliau menjangkakan ia boleh dilakukan menjelang Hari Raya Aidiladha bulan lalu.

Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, menggantinya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh juga bertumpu kepada aspek membentuk kerajaan baru dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun ketika ditemui wartawan pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan.

Pun begitu, katanya, matlamat utama pihaknya sekarang ialah membolehkan penduduk Kuala Terengganu mempunyai seorang wakil rakyat yang boleh mewakili kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri dan kroni.

Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala PAS, anggota komponen Pakatan Rakyat, menurunkan Mohd. Ahmad Wahid Endut manakala calon Bebas ialah Azharudin Mamat @ Adam.

Kempen bermula semalam selepas proses penamaan calon manakala pengundian pula diadakan 17 Januari.


No comments: