ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 17, 2009

PERLU TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB

DIHARI MENGUNDI
Pengundian bermula 8 pagi, warga Kuala Terengganu keluar mengundi

Seawal pagi kami pusing sekitar P36, suasana sunyi, tidak seperti Permatang Pauh. Waktu sembahyang subuh kami singgah di masjid Terapong menunaikan solat subuh. Selepas solat, kami keluar dari masjid apa kedengaran hanya bunyi bising kereta peronda polis entah apa yg diexcod tidak ketahui. Tepat jam 8 am ramai polis daripada petugas parti.

Buat ketika ini keselamatan masih terkawal, di harap sehingga selesai proses pengundian , kaselamatan terkawal.

Semoga pengundi-pengundi dapat turun awal dan semua petugas-petugas dapat pastikan semua pengundi turun mengundi untuk menunaikan tanggungjawab dan beri kemenangan pada PR.

Hampir 80,000 warga Kuala Terengganu mula melangkah ke pusat-pusat mengundi untuk memilih ahli Parlimen yang baru pagi ini.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil ini yang dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menyaksikan persaingan tiga penjuru.


No comments: