UMNO JANGAN SESEKALI MENCABAR HAK RAKYAT dan POLIS MENJADI MANGSA POLITIK SEMPIT. MENGAPA?
Setelah 50 tahun berlalu rakyat berdiam diri kerana diberi peluang memerintah
Hanyar berani cabar BN kerana lebih 10 tahun berada dalam parti dan sehingga memegang jawatan ketua bahagian. Hanyar meneliti dipelbagai sudut apa yang BN diterajui umno, amat bebas untuk kepentingan parti mereka sehingga tidak menitik beratkan kebajikan rakyat.
Umno perlu membuktikan pada rakyat, setiap kerja yang telah terlaksana semenjak pemerintahan umno. Contoh di Selangor, setiap projek pembangunan yang dilaksanakan adalah projek kepentingan. Sebab itu semua projek amat tidak memuaskan dan bolih dikatakan tersasar dengan kos yang tidak munasabah.
Berbalik pada program semalam iaitu Progrem PR yang diadakan dipadang batu 14 Ulu Langat, Kajang, pihak polis telah mengguna kuasa atas arahan umno, menghalang orang ramai dan mengepong pentas untuk gagalkan program kerajaan negeri. Pihak berkuasa polis telah mencabar hak rakyat memilih kerajaan. Kerajaan yang dipilih rakyat adalah kerajaan yang sah olih SPR.
Dalam perkara ini kerajaan PR perlu ambil tindakan keatas polis, agar menghormati kerajaan pemerintah serta Demokrasi Berparliman. Sekarang rakyat bangun menentang kerajaan BN diSelangor melalui undi semasa PRU 12 yang lepas. Takut kalau-kalau, rakyat menentang dengan cara tidak bersopan pula.
Pihak berkuasa polis perlu tegas dengan undang-undang, pada masa yang sama juga jangan sehingga rakyat menghitung, polis ikut telunjuk umno.
No comments:
Post a Comment