ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 15, 2009

1/TUNGGU DAN LIHAT KERAJAAN HARAM PERAK HANCUR....

Kutukkan terhadap Osman Jailu dah jadi buah mulut orang kampong. Sejak melompat keluar dari keADILan, tak tau mana Osman pi. Orang lain angkat sumpah, ada yang jadi EXCO..tapi Osman Jailu masuk hospital…cari MC supaya elak ke mahkamah.

Kenduri kendara kat Cangkat Jering, dia tak nampak muka…tak berani balik kampong. Hari ni, semua ADUN makan bersama Sultan di istana. Nizar dan Ngeh yang dikatakan derhaka pun dijemput dan makan bersama Sultan dalam Istana, tapi adun lompat tak nampak muka.

Nak jadi apa? Adik beradik dah tak mengaku saudara, orang kampong dah tak mengaku qariah, orang Umno tak peduli bila depa dah dapat apa yang depa mau.

Jamaludin pun macam tu juga.Nak jadi apa?

Hee lagi teruk, saudara mara dia kena pulau! Tak percaya?..Tunggu masa saja. Mana boleh tahan maa! Dia punya bapak mau beli sayor pun olang tak mau jual. Dia punya culai dekat Beruas pun sudah banyak malah ooo! Dia punya kedai satu olang pun tak masuk ma!!! Ciak beh liao!

Tuhan nak tunjuk, sebelum Anwar Ibrahim bertolak ke Qatar, ada utusan Jamal dan Osman berjumpa DS Anwar, minta berunding…kot-kot Anwar boleh terima balik. Tapi Anwar kata, “umumkan letak jawatan dulu, baru aku mau jumpa.” Terkedu utusan Jamal dan Osman. Tak tau la..apa keputusan Jamal dan Osman nanti, tak mustahil…

Datuk Nasa pun dah menung macam ayam berak kapor. Menyesal tak sudah.Bini dia pun dok maki dia.Belah sini tak suka, belah sana buat tak peduli…dah bercakap sorang..menyesal kerana dipergunakan untuk kepentingan orang lain.yang untung, Hamidah dan Hamdi.

Hamidah ni…ramai wanita Umno tak suka. Dan bila dia jadi EXCO kanan, lagi la orang meluat.

Dan orang yang paling marah ialah Raja Ahmad dan Ahmad Pakeh Adam. 2 orang ni yang banyak memainkan peranan memperdayakan DS Anwar. Ahmad Pakeh Adam ada bersama Datuk Nasa semasa Datuk Nasa mengumumkan masuk keADILan. Dia ni talam dua muka, kat DS Anwar janji, kat Umno pun dia janji. Bila dia sesak…dia jumpa Anwar dan kata nak masuk keADILan, tapi bila dijanjikan macam-macam olih umno, kalau dapat meruntuhkan PR Perak, dia lompat kesana. Bila tak dapat apa-apa, dia cuba jumpa Anwar balik. Dan Anwar kata..”mampuih pi!” La ni terkatong-katong sorang -sorang. Orang Umno tak suka dia, orang PR lagi la meluat.

Oooooo!! Bukan dia sorang-sorang…ada lagi sorang yang nak melompat keluar dari Umno sebab tak dapat-apa-apa.

Raja Ahmad merupakan orang yang memujuk Datuk Nasa supaya belot dan lompat balik keumno Dia yang datang berjumpa Datuk Nasa dan bagi tau Raja Muda nak jumpa. Sebaliknya di angkut ke Putrajaya bertemu Najib.

Tapi bila senarai EXCO diumumkan, Raja Ahmad melepas. Sebab orang Umno pun tak percaya kat dia. Itu pasal dia marah sangat masa ditemuramah di Astro Awani.

Raja Ahmad dan Ahmad Pakeh Adam menghantar utusan untuk berjumpa dengan kepimpinan keADILan Perak untuk berunding. Nasib baik kepimpinan keADILan Perak pun cakap macam DS Anwar…”mampuih pi!

Mampuih pi la kat depa. Depa punya pasai, semua orang susah. La ni..mampuih pi la kat depa..bagi depa rasa sikit macam mana hidup susah.

Enam (6)orang dah hidup macam kera sumbang, nak keluar tak berani..pi masjid pun takut…nak jadi apa?

Letak jawatan la…itu cara yang paling terhormat.

UMNO YANG PUTAR BELIT FAKTA SEBENAR, TOLONG JAWAB.

ZAMRI TOLONG JAWAB.

NAJIB KITA BEKUKAN, AGAR TIDAK MENJADI PM.

2 comments:

Anonymous said...

rAJA2 DALAM mALAYSIA TOLONG AMBIL BERAT MASAALAH INI. mASAALAH BESAR UNTUK RAKYAT.Raja yang adil, Raja disembah.

Anonymous said...

Siapa kena jual........
Siapa altantuya.............
Tadi kat lebuh raya nampak kepala berdarah, siapatu?......
tolong jawab zamriiiiiii.....