ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 27, 2009



DS Nizar: Beri Tanah Pada Yang Berhak - malaysiakini

MB kat Masjid Tinggi Bagan Serai, Amran (Setiausaha Sulit MB) bagi kat aku satu surat. MB dah jelaskan hal ini dalam ucapan beliau tadi. Ini pulak sumber dan bukti yang Perak betui-betui ada bagi tanah kat orang melayu.

Banyak tulis pun tak guna, klik kat gambar sebelah, baca sendiri apa surat tu kata. Aku malas nak cerita panjang. Kalau nak tau cerita lanjut baca kat sini, sini, sini, sini, sini, sini dan sini. Nak tau lebih lanjut lagi tanya kat Pakcik Google.

Aku cukup heran, sampai la ni isu tanah kat Perak ni Umno masih lagi main, sekurang-kurangnya di alam maya. Baru sehari dua lepas aku dapat lagi email dari kawan-kawan yang tak puas hati pasai isu tanah kat Perak ni.

Depa-depa ni cukup percaya kelentong Umno yang kata Hj Nizar boneka DAP pasai luluskan tanah untuk orang cina. Aku pun heran, takkan depa-depa ni tak pernah langsung terbaca jawapan balas menjawab isu ni. MB sendiri dah jawab isu ni dan jawapan dia tu ada kat banyak blog, macam kat sini dan kat sini.

  • Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Memang aku pun tak mau nafi Perak ada bagi kat cina. Persoalannya cina yang duduk kat perak ni bukan warganegara ka? Depa sebagai warganegara tak layak dapat tanah? Sungguh-sungguh Umno jaja isu ni sampai ada yang kata Kerajaan PR Perak nak gadai negeri. Andaian yang cukup bodoh tetapi cukup jijik. Aku kata jijik pasai depa tak pernah pun bagitau kat kita apa yang depa dah buat sebelum ni.
  • 22,000 ekar ( Ya! DUA PULUH DUA RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
  • 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

  • 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

  • Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

  • 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
Depa mungkin kata semua tu untuk pembangunan perak. Tapi isu sekarang semua tanah tu adalah dari jenis 'Simpanan Melayu' yang patut diganti dengan tanah lain yang sama keluasannya. Ada Umno buat? HARAM. Bukan takat di Perak ja, seluruh Malaysia depa buat macam tu. Pasai tu la tanah rizab melayu semakin berkurangan.
  • Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.
  • Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.
Petikan kat atas tu aku cedok kat web mindarakyat yang diterbitkan tahun 2000. Sapa-sapa yang ada angka terbaru tolong terbitkan, aku takdan nak cari. Artikel tu bukan takat cerita pasai isu tanah ja tapi banyak lagi isu lain yang menunjukkan betapa UMNO ternyata gagal dalam perjuangannya untuk kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara.

Lagi satu aku nak minta tolong kat sapa-sapa yang berkenaan, tolong semak pasai status dan cerita 'menarik' tanah tapak TESCO ka apa tah yang kat Taiping tu. Aku nak cerita tak berani pasai tak dak bukti. Ada member mintak aku tolong semak tapi aku tak dak kabel.

(source :
Cenangau/Al-Banjari Online,)

3 comments:

Anonymous said...

tanah tu kalau bagi bangsa ASING khasnye CINA janganla bagi selama-lamanya.. tanah bapak aku pun 99 tahun je..aku yang melayu ni pun paham pasal apa tanah tu 99 tahun je.. tu tanah beli tu..selamanya ni masalahnye banyak.. ko tanyala orang pejabat tanah ke apsal polisi 99 tahun tu ada.. apsal ada tanah pegangan bebas,pegangan bumiputera.. semua tu ada kepentingannya untuk negara la.. haram jadah betul.. cuva ko check ngan YTL.. kalau dia guna tanah tu status dia apa.. 99 tahun ke 1000 tahun ke 999 tahun ke ke selama-lamanya.... cakap banyak tak guna .. ko ada tanah ke?. aku ada walaupun tanah tu tinggal tak sampai 99 tahun.... kalau CINA CINA tu halau ko cakap tu tanah dia apa ko nak jawab?.. kalau bukan hak milik kekal kan ada alasan tu tanah kerajaan lagi

Anonymous said...

umno dan juak2 nya takkan melihat lagi kebenaran. Mereka hanya melihat kekayaan duniawi. Pakatlah lambakkan berkotak2 bukti, hampas mereka nak percaya, sebab apa, umno lah tuhan mereka. Tak percaya? siapa yang dok cakap kata tanpa umno melayu tak maju, tanpa umno Islam tak terbela, tanpa umno Malaysia akan hancur dan lain2 lagi kenyataan khurafat seolah2 menafikan Ujudnya ALLAH.

Anonymous said...

ahakkkss...

ni haaaa... dah nampak ke bukti...
ada bg woiii.... ermmmm tapi dah jadi ke sekolahnye tu...

Skolah Jedi yang aku pegi dulu xde sapa pon nak sponsor tanah... )