ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 26, 2009

GERAK PERLU BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI BADAN BERTINDAK BUKAN KERAJAAN (NGO)............

Dalam isu salah guna kuasa kerajaan negeri Selangor yang telah dibangkitkan olih GERAK satu perkara yang baik. Walau apapun perlu ditingkatkan lagi untuk meneruskan kerja dengan slogan “Kearah Memperjuangkan Maruah Bangsa Tanpa Rasuah”.

Ada baik nya GERAK bongkar apa saja aduan yang diterima dengan munasabah kepada SPRM untuk siasatan. Dan kini setelah GERAK melaksanakan tanggungjawab, maka timbul berbagai isu salah laku kuasa dari pihak umno BN. Amat tidak adil sekiranya GERAK mengambil sikap menyepi apabila menerima pelbagai aduan rasuah, walaupun mana-mana pihak seperti badan politik maupun individu, untuk aduan kepada SPRM. Terpulang kepada SPRM melaksanakan tanggungjawab yang bijak sana adil dan telus.

Pertikaian yang berlaku sekarang adalah SPRM telah mendahului proses mahkamah.Tidak wajarlah SPRM, pengerusinya Tan Sri Ahmad Said mengeluarkan kenyataan yang bolih menyinggong mana-mana pehak. Sewajarnya beliau mengambil sikap bijak, dan tidak membuat keputusan sendiri melaui media.

Daripada apa yang berlaku berpunca dari laporan GERAK sebuah badan NGO kepada SPRM, ia menjadi satu hikmah pengajaran yang baik. Dari sudut itu,baik buruk ada penampilannya.

Tuduhan aduan GERAK, kepada salah laku kuasa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai olih keADILan, amatlah memalukan.Bagi Kerajaan yang tidak melakukan kesalahan mengikut undang-undang termaktub, itu menjadi satu kebaikan untuk rakyat menilai baik buruk, dengan pilihan mereka semasa pilihan raya umum mac 2008 yang lepas.

Dalam masa sama, selepas isu aduan GERAK kepada SPRM yang diwarkan olih media BN, timbul lagi satu isu YB ADUN Bukit Lanjan yang langsung tidak membawa kearah memertabatkan maruah Malaysia. Olih kerana isu ini telah dibawa kepada pihak mahkamah, Hanyar tidak mahu memanipulasikan dan biar mahkamah dengan tanggungjawab adil dan saksama.

Situasi setelah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, diperkenan mengadap Tuanku Sultan, Tuanku merasa hiba keatas kemelut yang berlaku kepada negeri beliau. Dengan bijak sana Tuanku mengambil sikap tidak bolih mencampuri urusan politik dan memberi mandat kepada memanda Datok Menteri Besar, untuk menyelesaikan secara berhemah dari segala urusan pentadbiran ekonomi dan kebajikan. dengan takbir urus kearah kerajaan yang telus,

Berbalik kepada tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Bin Ibrahim, hormat mengadap Tuanku Sultan Selangor, amatlah wajar dan tidak bolih dipertikai.Perlu seseorang Memanda Datuk Menteri Besar meminta nasihat Tuanku sebagai tidak menderhaka kepada Sultan yang memerintah Negeri.


7 comments:

Anonymous said...

Gerak siasatlah Pihak Najib itu....

dah banyak rasuah...

kalau dah ada bukti tunjukkan kpd rakyat...tak guna simpan shj.
jgn hya memetik beberapa perkara utk menunjukkan kamu org bergerak...

tgk najib cabar sprm siasat rasuah di perak oleh 2 adun...tapi apa sprm pun kaki bodek dan org mereka...so tak apalah...

Anonymous said...

Buat Tan Sri Khalid MB Selangor, perjuangan TSKI adalah kehendak rakyat yang memilih Pakatan Rakyat.Teruskan perjuangan dengan berhemah dan masa kini bagi parti keADILan amatlah mencabar dengan aura DSAI. Dari itu kesan pada Pakatan Rakyat amat menonjul dan mendapat perhatian rakyat yang lebih meyakinkan lagi pada gerak kerja Pakatan Rakyat.Rakyat begitu menyokong sikap Pakatan Rakyat yang terbuka dan kepimpinan tidak bersikap balas dendam.
Tetapi apa yang berlaku, untuk TSKI cuba mendedahkan salah laku bekas pemerintah yang lalu amat terpuji. Biar rakyat menilai cara kepimpinan Pakatan Rakyat mengatur strategi dari pengalaman TSKI semasa berada dalam koperat dahulu.
Teguran dari akar umbi keADILan jadikan sebagai teguran membina untuk memajukan negeri Selangor yg diketuai Tan Sri.
Buat masakini rakyat, sudah nampak ketrampilan TSKI membawa kemajuan mentadbir negeri.
Begitu juga dengan tidak berbelah bahagi bagi negeri-negeri lain yang diperintah olih Pakatan Rakyat.Masing-masing dengan cara yang terbaik mengikut kepintaran acuan tersendiri.
Selut dengan kebijaksanaan Tan Sri.

Anonymous said...

Macamna nak memerintah Malaysia, kalau pemimpinnya jadi haru biru. Lebih baik umno selama ini tidak ada masaalah. Semuanya aljuburi punya angkara.

Anonymous said...

Diaorg punya angkara rakyat menjadi masaalah.Hanyar pun hipokrit. Penipu besar. Apa khalid bayar gaji ke?

hanyar said...

Hanyar jangan buta hati. Rakyat dah menyesal. taada untung sokong PR. Kami Masih susah dan taada projek. PR kayu . Tak tau memerintah. BODOH.

Anonymous said...

Sdr zacq, jangan sesekali cuba menyinggung perasaan orang.Hanyar bolih baca naluri sdr, kerana mungkin merasa tersepit kerana kebiasaan mendapat projek dengan mudah. Mungkin sdr kaki hampu unmo atau sdr juga ketua umno cwg. walau apa pun merasa kesallah terhadap sdr-sdr yang lain.

Anonymous said...

sedih sebenarnya. apa nak jadi org melayu kita? sanggup berpecah belah, kafir mengkafir, fitnah memfitnah, semata2 krn politik.. apa akan jadi pada anak cucu kita akan dtg, klu kita terus macam ni? Cina tepuk tgn tgk kita bergaduh.. senang depa punya keja, x pyh susah2.. kita yg akan bunuh bangsa kita sendiri. Kita kena sedar, klu melayu lemah, apa jadi pd politik m'sia? Tgk le paper the star, NST, ruang 'pekerjaan'.. brp byk company cina yg nak ambik melayu keja? mesti letak syarat "fluent in mandarin" atau "chinese only".. ini yg kita kata klu kaum lain memerintah, nasib kita ttp sama? Kita bgaduh hari ni, berpecah belah hari ni, kita sebenarnya menggadai nasib anak bangsa kita akan dtg. Sepatutnya kita sama2 terus berjuang, mempertahankan apa yg kita nikmat selama ni.. Sanggup ke kita tgk anak bangsa kita merempat di Tanah Melayu kita ? Ini tanah tumpah kita, di sini juga tanah kubur kita! Umno kata dia bagus, PAS kata dia ahli syurga, PKR kata dia bela rakyat.. Aduhh!! Apa nk jadi melayu kita.. Tolong arr.. Dosa pahala Tuhan itu urusan Tuhan. Sape kita nak menjatuhkan hukuman pd org lain, sdgkan kita belajar agama dari kecik, Tuhan lbh mengetahui apa yg terjadi, dilangit dan dibumi. "maksum" sgt ke kita ni, sebesar kuman pun x pernah melakukan dosa? apa hak kita, apa taraf kita utk mengira dosa dan pahala org lain? kita dok mengata org, kita dah jamin k nama kita dah ada di Syurga sana? Bangga ke kita berpolitik sebegini rupa? X boleh ke kita bersatu atas nama org melayu dan Islam? Sedia melihat situsai politik skrg.. semakin menakutkan.. apalah nasib anak cucu akan dtg....