Saturday, February 07, 2009
Mufti: Tidak taat kepada raja adalah derhaka
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.
Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.
''Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati.
''Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
"Raja Adil, Raja Disembah. Raja Zalim Raja Disanggah"
ulasan;
Dalam tulisan ini Datuk Harulsani tidak sebut pun Sultan itu Sultan Perak atau Sultan Azlan Shah.
Jadi betullah kenyataannya itu.
Kita hanya perlu taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau pun raja.
Raja dan pemimpin yang dimaksudkan itu ialah pemimpin dan raja yang taat kepada Allah dan rasul. Kalau jelas ianya tidak taat kepada Allah dan rasul tidak ada arahan supaya kita patuh kepada pemimpin dan raja tersebut.Malahan adalah tangung jawab rakyat untuk membetulkan raja dan pemimpin yang zalim.
"Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asal tidak bertentangan dengan syariat,wajib dihormati".
Apa yang dilakukan oleh Sultan Perak menyokong kerajaan BN dan meruntuhkan kerajaan PR, apakah kita boleh meletakkan raja itu "bijaksana"??????????????.
Datuk Harulsani memberikan soalan yang perlu kita jawab.
Kita pun tahu takkan nak suruh dia jawab untuk katakan tindakan raja itu tidak bijaksana. Kesianlah kat dia.
Tlg comen kat ruang ulasan, beri pandangan anda dengan akal yang waras dan tidak berpolitik perkauman.
No comments:
Post a Comment