ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 23, 2009

UMNO BUKA PEKONG SENDIRI...

Merujuk kepada isu nombor pendaftaran bernombor "AGS 10" yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry yang menjadi kegunaan rasmi Menteri besar Perak yang telah dijadikan modal atau isu pihak-pihak yang berkenaan "kununnya" berlaku pembaziran wang rakyat didalam urusan pembelian nombor pendaftaran kereta tersebut.

Pihak kami telah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Pejabat Menteri Besar Perak berkenaan nilai tender nombor pendaftaran kereta tersebut.

Mengikut penjelasan pihak yang berkenaan. nombor pendaftaran tersebut (AGS 10) telah diperolehi secara percuma daripada pihak JPJ Negeri dan tidak ada sebarang bayaran pun dikenakan oleh JPJ Negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak keatas nombor pendaftaran AGS 10 yang diguna pakai pada Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut. Terbukti sebelum ini JPJ tidak pernah jual no. pendaftaran kegunaan rasmi Menteri Besar. Kepada pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran, bongkar sahaja sekiranya berlaku tuntutan pembelian nombor pendaftaran semasa pemerintah umno dulu.

Pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran ketika dihubungi menegaskan tidak timbul isu pembaziran wang rakyat keatas isu nombor pendaftaran AGS 10 yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut kerana ianya didapati dengan percuma daripada pihak JPJ.

Saudara Amran juga menyelar tindakan beberapa pihak yang menuduh tanpa bukti dan menjadikan nombor pendaftaran tersebut sebagai isu kononnya berlaku pembaziran sedangkan kenyataannya ialah tiada sebarang pembayaran dilakukan untuk nombor mendapatkan nombor pendaftaran tersebut.

"Carilah isu lain yang lebih kukuh dan sertakan sekali sekurang-kurangnya 1 bukti sebelum menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak melakukan pembaziran. jika tidak, pihak yang memainkan isu akan dilihat sebagai politikus murahan yang kehabisan modal" katanya sebelum mengakhiri perbualan sejurus sebelum majlis Menteri Besar Perak bersama Unit Amal PAS, Bloggers dan Media dikediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh....... . Sebenarnya tidak ada bukti untuk umno buat tuduhan pada pemerintahan Pakatan Rakyat.

p.rakyat

3 comments:

Anonymous said...

bulih percaya ke no pendaftaran tu percuma?
Kalau prcuma, apa ertinya nombor bagi JPJ?
Sebelum ni tak pernah dengar, nombor spt tu percuma.
Nilah kerakusan PR memerintah....
Patut pun, 10 bulan je, dah kena guling.
Nasib lah Pr..............

Anonymous said...

Percaya atau tak, AGS 10 dah jadi kenyataan. sokong benar kat pemuda pangkor.

Anonymous said...

JPJ Perak perlu disiasat.
PR telah salah guna kuasa.
mempengaruhi/merasuah.