ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 22, 2009

22.3.09

Hang Tuah Vs Hang Sial?


Sengaja mengaitkan nama pahlawan Melayu dalam tajuk kali ini kerana teruja dengan perihal buku "Tuah & Sial: Khairy Jamaluddin" tulisan Yahaya Ismail. Almaklumlah, keris keramat akan dijulang lagi di Pemilihan UMNO akan datang. Tang tu, Harimau tidak pernah ada masalah. Cuma perkhabaran dari Malaysia Insider { sini} dan blogawan Pemuda Besut { sini } bahawa Khairy Jamaluddin mendakwa bahawa beliau telah diugut RM 100k. Ini yang mengetuk kepala jendul Harimau lewat petang ini.

Siapa Yahaya sehingga berani mengugut Khairy Jamaluddin?

Mengapa Khairy tidak melaporkan sejurus selepas diugut?

Apa isi kandungan buku tersebut?

Pada Harimau, jika hanya perkataan "Tuah" sahaja yang menjadi tajuk, perkara ini tentu tidak akan ke Balai Polis. Kehadiran "Sial"lah yang menjadi kata-kunci kepada "kecelakaan" buku tersebut. Jika benarlah buku tersebut "menelanjangkan" keburukan peribadi Khairy Jamaluddin, maka wajarlah Khairy mengamuk dan berasa marah.

Namun, seandainya hebohan media itu hanya membuat kita mencari-cari buku tersebut dan isinya hanya bercerita kehebatan Khairy Jamaluddin dari beberapa sudut dan seterusnya membibitkan perasaan kasih dan taksub kepada Khairy; nampaknya satu Malaya dah kena kencing. Ini sudah kes kencing tarak bau!

Pokok pangkalnya, usah jadi hamba muslihat Yahaya atau Khairy; perwakilan UMNO yang 2 ribu setengah wajib memilih pemimpin yang benar-benar boleh memimpin. Sudah lama benar perwakilan tidak menggunakan "otak" ketika membuat pilihan pemimpin.

Di saat orang menyebut "Merakyatkan Pemimpin", kita perlu berusaha "Mempemimpinkan Rakyat".

Barulah sama rata dan sama rasa.
Harimau: teringat buku "50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM".

No comments: