ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 24, 2009


24 March 2009

Tan Sri Khalid Saman GERAK



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pengerusi sementara Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus.

Saman yang difailkan oleh peguam beliau, Sankara Nair, pada 11.30 pagi tadi, adalah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree yang mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan belian aksesori serta alat ganti untuk kereta milik peribadi beliau.

Satu lagi saman ialah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree kononnya Abdul Khalid menggunakan wang kerajaan negeri Selangor bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada Hari Raya korban tahun lepas.

Pada 25 Feb lepas, peguam Abdul Khalid telah menuntut supaya Mohd Nazree menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi terhadap dua kenyataan itu tetapi beliau enggan melakukannya.

Abdul Khalid juga memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan selain injunksi untuk menahan Mohd Nazree membuat kenyataan berbau fitnah.


24 March 2009

Proses Penyiasatan Polis ke atas Pimpinan GMP



Malaysiakini : PPSMI: Sasterawan negara disiasat polis

Puan Ainon Mohd : Pada jam 3 petang tadi tiga orang pegawai penyiasat dari balai polis Dang Wangi telah menyoal siasat barisan pemimpin GMP di Rumah PENA.

Tujuan soal siasat itu adalah bagi mendapatkan maklumat nama-nama individu yang menjadi tulang belakang Perhimpunan Anti-PPSMI pada 7 Mac 2009.

Saya sendiri ditanya 14 soalan. Sebagaimana yang dinasihati oleh peguam, semua soalan itu saya jawab dengan berkata: "Saya akan jawab kemudian di mahkamah."

- (UNIKA PTS)

No comments: