Hari ini bersejarah yang tak bolih dilupakan. 3 negeri berlangsungnya hari penamaan calon serentak.
DiPerak kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang, akibat kematian YB dari PAS. Kedah pula kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau akibat tekanan BN dan YB nya(keADILan) mempunyai maruah yang tinggi lagi murni, meletak jawatan. Dan di Serawak kekosongan kerusi DUN Batang Ai YB dari BN juga akibat kematian.
Di 3 tempat berkenaan, juga sudah sesak dengan kenderaan sejak awal pagi dan sehingga kini jam 10 pagi.
Penyokong Pakatan Rakyat telah mengatasi BN di3 tempat penamaan calon.
Di Bukit Gantang melebihi 50,000 orang
Di Bukit Selambau mencecah 15,000 orang dan
Di Batang Ai hampir4,000 orang.
Berita dari Perak.
Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaludin muncul di kawasan penyokong PR dan cuba untuk bersalaman dengan sebahagian penyokong. Sorakan penyokong PR berkumandang di udara.
9.50 pagi
Dianggarkan 60-80,000 orang penyokong Pakatan rakyat terdapat di Taiping hari ini. Gambar diatas hanya yang terdapat di kawasan padang Majlis Bandaran Taiping. Ramai lagi yang tersekat di kawasan bandar dan hampir seluruh kawasan Taman tasik Taiping dipenuhi oleh penyokong PR.
Kalau aku bagi 500 orang…sikit sangat. Kalau aku kata 2,000…aku bohong. Kalau hangpa nak kata 1000 orang penyokong BN…boleh la. tapi yang banyak bendera merah hitam. Tu bendera sapa?
No comments:
Post a Comment