ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 5, 2009

LAKSAMAN DOREME:- NAJIB ADALAH MENTERI PASOLA
Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P.Ramlee 'Laksamana Do-Re-Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir yang bersidang di bawah pokok.

-
-
Skot-skot saya dalam bilik bujang pun turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, yang dialognya menyebut: "Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin." Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang patut dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam filem 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi HALAL. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Maknanya, P.Ramlee telah lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an lagi, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap 'akulah aku' dengan tidak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh & mencerca. Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato' yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: Mesyuarat Bawah Pokok tinggallah di bawah pokok".

Menteri Fasola tidak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah 2 ekor kambing meniti titan lapuk. Apabila kedua-dua ekor kambing tidak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah. Sekarang Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang 'takkan lari gunung dikejar'. Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya 'MacBeth', sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya. Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya.
-
Justeru, kebencian rakyat Perak khasnya & seluruh rakyat Malaysia amnya sekarang bukan hanya kepada parti UMNO yang tinggal nyawa-nyawa ikan, tetapi Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden dari kes 'rampasan kuasa' di Perak, cubaan 'rampaan kuasa' di Selangor, kes 'Altantunya' dan macam-macam lagi kes sekarang ini sehingga menyebabkan ekonomi negara menjadi semakin huru-hara.

No comments: