ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 4, 2009

28 ADUN PR dipanggil Polis 4.3.09

28 Adun Pakatan Rakyat akan dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung dengan perhimpunan Sidang DUN pagi semalam yang disifatkan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haram. ADUN Pakatan Rakyat yang telah dipanggil polis dan sudah memberi keterangan kepada pihak polis ialah YB Thomas SU (Pasir Pinji). YB Thomas telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh. Petang esok, dijangka tiga orang lagi ADUN akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah yang sama.

High drama in Ipoh - Malaysiakini










P. Ramlee sudah ramal sidang DUN bawah pokok




Persidangan 'kerajaan buangan' di bawah pokok ini disebabkan terdapat pihak yang terlalu kemaruk untuk berkuasa. Rampasan kuasa yang dilakukan oleh 'Raja Pasola' dari negeri Pasir Berdengung begitu caca marba sehingga menjadi lawak jenaka dan perhatian dunia. Pertembungan yang melibatkan kuasa dan maruah. (psssst .. ada lambang PAS kat topi)



!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Zamri di Parit Buntar Hari ini???...............

Saya menerima beberapa talipon dari kawan seperjuangan mengenai lawatan dan taklimat yang diadakan oleh MB Kudeta di Parit Buntar pada hari ini. Saya tidak dapat kepastian dimana pertemuan diadakan. Tetapi yang pasti semua ketua jabatan telah dikerah dan diwajibkan ke sana.

Begitulah suasana di Perak kembali kepada takok lama. kalau selama 11 bulan kami memerintah Perak tidak ada arahan sebegitu sehinga menganggu kerja penjawat awam.

Kalau tidak cukup ramai, mereka sanggup untuk mengangkut pelajar sekolah untuk meramaikan majlis, kalau semasa ahli cap kati kena bayar dan bagi makan percuma baru kaki nak melangkah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malam kemarin zahid hamidi dalam HUJAH TV9 mengatakan speaker sivakumar seperti tindakan orang takdak akal dan patut hantar ke tanjong rambutan. cubalah anda tengok dan dengar sendiri kenyatan dia dalam youtube. adakah orang yang macam dia yang pegang bahagian agama ISLAM di jabatan perdana menteri yang patut pegang. sungguh agkuh dan sombong sekali setiap percakapan yang dia lontarkan. memalukan orang ISLAM shj.

Tanpa Nama berkata...

saya orang parit buntar. naktau jugak kat kawasan mana dia nak mai nanti. malunya aku ada orang seperti dia yang hidup makan gaji haram, sumber haram.

Tanpa Nama berkata...

butul apa yg YB ckp tu,kalau depa tak angkut pelajar dan kaki tangan awam,alamatnya kerusi kosonglah yang akan dengar leteran dia nanti.lagi satu kalau depa tak angkut pelajar n penjawat awam, sapa yang nak habiskan makanan dan minuman yang depa tempah banyak-banyak tu.kalau tak, membazir pulak nanti.kesimpulannya ceramah UMNO berbeza dgn ceramah PR.

Tanpa Nama berkata...

anakan kalau osman dan jailani buat ceramah atau datang kempen ana tabur duit seringgit2 sebanyak rm100 pada orang ramai yg ada disitu...ana nak buat simbolik.

Tanpa Nama berkata...

YB,Boleh tak buat "Jejak Kasih" nak bagi tau YB Man Jailu... jering dah berbunge..Tak nak balik kawasan makan nasik samer sameer..ker.Tak kan nak bagi alasan mc .Demam aper yer tak kebah kebah.. Manja Kak Ani.

1 comment:

Anonymous said...

Zamri ni nak melawat ibu angkat dan nak tinjau-tinjau sekolah lama dia kut. Sek pang5 bkt gantang, kut-kut nak tabok duit kat situ.
Cerita lama lagi dikenang.