ERTI BERMARTABAT
Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
Mar 2, 2009
TAZKIRAH
" Hai orang-orang beriman,masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya,dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."-Al-Baqarah :208
Terdapat dua perkara dihadapan kita sekarang,sama ada kita menjadi orang-orang yang beriman yang mengamalkan islam secara keseluruhan dan menjadi mukmin yang sebenar ataupun mengambil separuh-separuh yang bersesuaian dengan nafsu kita lalu mengikut jejak langkah syaitan.
Tidak menerima islam keseluruhannya pun sudah dikira menolak islam dan menjadikan syaitan sebagai pedoman.Ingatlah bahawa syaitan itu boleh terdiri daripada kalangan syaitan asli (Jin) atau pun syaitan manusia.
Mereka ini sentiasa mahu memesongkan kita dengan pemikiran dan idologi yang karut-marut daripada ciptaan dan buatan manusia yang akan menyesatkan kita jauh dari landasan islam sebenar,dan jadilah kita orang yang sentiasa dalam keadaan jahil lalu hanya mengikut dan membenarkan segala kata-kata mereka.Ingatlah tidak ada pula istilah "Atas Pagar" dalam islam itu hanya rekaan nafsu semata-mata.
-Telaga Budi
No comments:
Post a Comment