ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 19, 2009

18 April 2009

Kaudu' Bekas UMNO Dalam Topeng PAS

Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik ‘peringatan’ Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar di dalam lidah rasmi Anwar Ibrahim di dalam PAS, Harakah Daily pada 11 April, pertumpahan darah dan huru-hara akan berlaku di Perak seandainya DUN Perak tidak dibubarkan dan pilihanraya di seluruh negeri itu tidak diadakan?

Apa pula motif sebenar sokongan yang diberikan oleh de facto PAS, Nik Aziz bahawa huru-hara yang dimaksudkan oleh budak Anwar itu akan berlaku sepertimana di Bangkok dan Pattaya, Thailand seandainya kehendak Pakatan Rakyat tidak dituruti oleh SPR dan Kerajaan Persekutuan?

Apa masalah sebenarnya budak Anwar yang bersuara lunak itu, yang kaya raya dan berkawan rapat dengan tauke judi TOTO sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri itu? Apakah kapasitinya selaku Setiausaha Agung PAS, mewajarkan dia untuk memberikan ‘peringatan’ berkenaan?

Ke mana sebenarnya ‘peringatan’ bekas Ketua Bahagian UMNO Tumpat yang tidak pernah menang dalam pertandingan politik tetapi dilantik sebagai Setiausaha Politik Tun Ghafar Baba itu?

Apakah selepas kemenangan di Bukit Gantang dan keberkesanan enjin-enjin promosi Pakatan Rakyat untuk menimbulkan suasana chaos di Tanah Melayu ini, mendorong budak Anwar itu mengeluarkan kenyataan seperti itu?

Namun persoalan paling utama, apakah peranan penaja Malaysia Malaysian, DAP di belakang kenyataan yang dikeluarkan oleh budak Anwar itu?

p/s: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang. - maksud dari ayat 12 Surah Al-Hujurat.

Cucu Tok Wan

No comments: