Pantai Pulau Carey Tercemar dan Rosak.
Hanyar diberitahu penduduk berdekatan, sejak kapal mengorek pasir laut yang tidak jauh dari pantai sejak dulu lagi. Pada hari ini kesannya, pantai telah menjadi dalam, air kotor dan jalan tar juga runtuh.
Penduduk juga berkata masih ada lagi kerja-kerja mengorek pasir laut beroprasi.(terbukti kerana air yang dulunya bersih dan kini kotor serta tiada lagi ikan).
Hanyar mengharapkan pada yang terlibat dengan pentadbiran, perlulah bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Kerajaan Negeri Selangor perlu meneliti mengapa bolih perkara begini terjadi. Dimaklumkan pantai itu runtuh sejak sebelum Pakatan Rakyat memerintah lagi. Masaalah rakyat perlu diutamakan (beri penerangan sebenar agar tidak diputar belit olih BN) .
Sekiranya dibiar begitu saja, akibatnya buruk pada pemerintah. Lebih lagi pada Pakatan Rakyat yang setahun jagung.
1 comment:
Untuk makluman Hanyar, bukan dipulau carey saja. Tetapi kesan curi pasir berdekatan pantai morib juga, nampak kesannya. Tebing yang nampak kukuh, tetapi telah menjadi runtuh. Amat merbahaya pada pengunjung yang datang. Lebih-lebih lagi pada kanak-kanak.
Diharap Hanyar datang memantau.
Kami yang selalu berada disini merasa sedih akibat korapsi pemerintah terdahulu.
Harap-harap PR tidak begitu.
Tetapi setelah setahun PR memerintah? Kami faham. Sekurang-kurangnya datang beri taklimat.Agar tidak diputar belitkan olih orang ramai yang mengharapkan.
Post a Comment