ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 29, 2009

29 April 2009. Rabu

DIMANA SILAPNYA PRIMES-PRIMES PERNIAGAAN BOLIH BEROPERASI TANPA KELULUSAN YANG SAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG.

Pada 27 April 09. Ahli Majlis Jawatankuasa Perlesenan dan Penguatkuasa Majlis Daerah melakukan pemeriksa dibeberapa buah premis kilang yang telah diadu olih penduduk kampong dan didapati kesemua nya menjalankan perniagaan dengan tidak mengikut peraturan tetap Majlis Daerah Kuala Langat. Jawatankuasa Keselamatan Kampong Bt9 Sejangkang (JKKK) serta rombogan AMK K.Lgt dan wakil penduduk turut memantau dalam operasi mengejut itu.

Hanyar telah diadu olih penduduk kampong tersebut dengan sokongan JKKK, kilang-kilang tersebut sememangnya telah beroperasi dah lebih setahun berlalu. Persoalannya mengapa MDKLgt tidak mengambil tindakan yang sewajarnya agar kepentingan hak orang lain diutamakan. Apa yang dilihat bila aduan diterima, hanya sekadar tindakan saman yang dikeluarkan sahaja dan tidak melaksanakan sesuatu untuk menjamin ekonomi negara dengan betul.

Seperti gambar yang dipaparkan semua primes yang menjalankan perniagaan adalah tidak mengikut peraturan undang-undang MDKLgt.


Sebuah kilang kerja logam tidak mempunyai lesen MDKLgt dan telah menerima saman sebagai kesalahan menjalankan perniagaan kilang haram.Bangunan kilang ini terletak diJalan Melati Batu 10 Kebun Baru.


Di Jalan Enggang, Kedai runcit bebas menjual minuman akhol. Tiada lesen.Di Lorong Jalan Enggang, menjalankan perniagaan barang lusuh tanpa lesen dikawasan industri.


Bangunan kilang DBTS terletak diJalan Nuri. Telah beroperasi sejak beberapa tahun tanpa CF dan retakan pada bangunan jelas kelihatan. Mengguna tenaga pekerja Asing .

Bangunan kilang ABLEACE ASSET SDN BHD, diJalan Kasawari. Dipercyai kilang membuat sabun dan telah beroperasi beberapa tahun. Mengapa MDKLgt mengeluarkan Lesen Sementara?


Sebuah bangunan kilang dalam pembinaan yang tidak mempunyai kelulusan dari MDKLgt. Penguatkuasa Majlis bertanggungjawab menyita. Bangunan ini terletak dijalan Kasawari.
Kepada Ahli Majlis (jawatankuasa perlesenan) serta JKKK perlu lebih telus memastikan kepentingan rakyat untuk menjana ekonomi penduduk. Pastikan YDP MDKLgt dan Ahli Majlis bekerjasama kearah slogan kerajaan negeri. Rasuah akan membantutkan ekonomi Negara/Negeri.


No comments: