ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 8, 2009


Keputusan 3 pilihanraya kecil di kedua-dua bukit dan juga di Batang Ai telah pun di umumkan.




Perdana Menteri mee segera. Janji PRK dari Kerajaan Pusat, jangan cakap tak serupa bikin.




Bukit Gantang bersejarah, BN sangka calon anak tempatan rakyat pilih, apa sebalik yang terjadi?






Ramai penganalisis politik menyifatkan kemenangan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Bukit Gantang semalam sebagai satu referendum (pungutan suara) sekalipun anggapan itu tidak diterima oleh pemimpin parti pemerintah.

Dengan keangkuhan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Pengarah Pilihan Raya BN bagi tiga pilihan raya kecil semalam enggan menerimanya sebagai referendum jelas membelakang suara dan keputusan rakyat yang bakal mengundang padah yang lebih besar selepas ini.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang itu dilihat sebagai satu referendum samada rakyat memilih Nizar dari Pakatan Rakyat atau Datuk Zambry Abdul Kadir dari BN, yang telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak dengan perkenan Sultan Perak pada Februari lalu.

"Keputusan itu akan memberi tekanan terhadap kerajaan negeri yang sedia ada menunaikan segala janjinya kerana di dalam hal tertentu pilihanraya kecil tersebut adalah satu referendum tentang siapa sebenarnya yang dikehendaki oleh rakyat Perak sebagai peneraju kerajaan negeri," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.

"Jurang kemenangan juga mengesahkan bahawa undi di peringkat negeri masih kukuh untuk Pakatan Rakyat dan jika diadakan pilihanraya negeri, keputusan akan tetap serupa," tambahnya.

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

3 comments:

semut merah said...

Allah dah menentukan pada yang hak. Tiada kuasa yang bolih mengatasinya.
Pakatan rakyan itulah kearah kebenaran.

wan kancong said...

...Kita sudah berusaha sehabis baik. Perjuangan tanpa mengenal erti penat lelah. Terima Kasih pada bloggers network. Usaha anda hanya Alllah yang mampu balas. Wujud kini generasi baru pejuang dikalangan pakatan rakyat. Semoga berjuang tidak kenal erti jemu. Tahniah para bloggers semua

intim said...

...Kita sudah berusaha sehabis baik. Perjuangan tanpa mengenal erti penat lelah. Terima Kasih pada bloggers network. Usaha anda hanya Alllah yang mampu balas. Wujud kini generasi baru pejuang dikalangan pakatan rakyat. Semoga berjuang tidak kenal erti jemu. Tahniah para bloggers semua