ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 14, 2009

14/05/09. Khamis.


Isa: Kes Azalina Othman apa cerita yea… senyap jer… dah tutup kes ke??? Ada sesiapa yang boleh tolong jawap…. SPRM apa khabar

Piiiraahhh… cakap tak serupa bikin… banyak lagi pembaziran yang masuk ke tembolok puak UBN yang perlu dipantau dan dipertikaikan. Janganlah demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan sebuah negeri dikatakan membazir pula, membazir kepala bana u.

Mengandaikan bahawa bakal ada sesuatu yang akan berlaku dalam sehari dua ini.

Samada UBN sudah kehabisan langkah untuk mengelakkan pilihanraya atau Istana Perak sudah mula bersuara terhadap kemelut yang melanda Negeri Perak.

Sebagai parti yang terkuat di alam ini, sejak bila pula UBN tidak bimbang untuk menghadapi pilihanraya, bukankah selama ini mereka memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan pilihanraya. Kalau tidak masakan mereka berani melanggar perlembagaan dan undang-undang bagi menghalalkan matlamat mereka. Pasti ada sesuatu yang tidak terhidu oleh kita semua.

Pada hal dari awal lagi, pembubaran DUN Perak adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini. Jika seperti apa yang TPM (Mat Sembab) katakan dua tiga hari lepas, setiap keputusan berkaitan negeri Perak, ianya akan mengambil kira akan kepentingan rakyat. Jadi demi kepentingan rakyat bubarkan DUN, itu sahaja… Dan biarlah rakyat yang membuat pilihan. Mengapa perlu berdalih dan berkias lagi, lawan secara jantan, kalau berani.

Yang aku risaukan di sini ialah kenyataan Presiden Umno seperti hendak melepaskan diri dan mempersalahkan pihak Istana. Nah… presiden umno dah katakan, terserah kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membuat keputusan.

Jadi sendiri mau ingatlah… demi kepentingan rakyat dan negeri buatlah keputusan yang bijak. Sendiri mau ingatlah....

Kenyataan presiden umno pula janganlah jadi seperti
“mulut bercakap manis, tangan pula mencengkam telor” dalam bernada manis ada nada ugutan. Konon ingin menunjukkan beliau dan UBN bersih.

Berkaitan dengan Chedet, sejak bila pula prihatin soal pembaziran jika diadakan pilihanraya, apakah selama ini dalam semua PRK dari Kuala Terengganu hingga yang terbaru tidak membazir, dimanakah pembaziran sebenarnya.

Yang berhabis berjuta hengget… dengan meletakkan anggota polis beramai-ramai tu sapa suruh, kat situ saja puluhan juta dihabiskan. Tak usahlah bersikap poyo… dengan alasan keselamatan ketenteraman awam, rakyat malaysia tidak seperti si baju merah thailand, yang perlu di jaga adalah puak-puak dari UBN dan SB-SB korang tu yang selalu menimbulkan provokasi. Selama ini dari pihak Pakatan Rakyat masih dalam kawalan dan beretika.

Jadi tiada isu pembaziran di sini, selama ini banyak pembaziran dan kebocoran yang puak UBN songlap kenapa tidak di beri perhatian, contoh yang jelas seperti setiap tahun Jabatan Audit Negara mendedahkan penyelewengan dari setiap kementerian pun senyap jer…

Hingga kini… kes pensil berharga seringgit lima puluh sen sebatang pun sampai sekarang tak selesai… nak bercakap soal pembaziran… apa barang beb...


No comments: