ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 10, 2009

10/06/09. Rabu.

BANGSA MELAYU TERUS TINGGAL NAMA UNTUK JENERASI AKAN DATANG....

Menteri Pelajaran Malaysia mengemukakan cadangan untuk mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris bagi kertas SPM. Beliau meminta pandangan ramai tentang perkara ini. Mungkin juga, gimik politik UBN sahaja atau sebaliknya.

Rasionalnya untuk mewajibkan bahasa penjajah, ini tidak jelas dalam menyatupadukan masyarakat di Malaysia ini. Kenapa bahasa Inggeris tidak BAHASA MELAYU? Apa kurangnya bahasa Melayu ini? Dahlah PPSMI bangsa Melayu di luar bandar jauh ketinggalan ini kan pula nak menjalankannya diperingkat SPM? Saya rasa bangsa Melayu akan tinggal nama sahaja selepas ini.

Saya lihat UBN ni terlalu mengutamakan bahasa penjajah ini bermula era mahathir lagi. Lihatlah di eranya PPSMI berlaku, sekolah agama rakyat dipinggir, yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana, hinggakan menyalahkan zaman Nabi Muhammad SAW tidak ada pisau cukur. Rakusnya UBN telah terlalu teserlah hingga tidak boleh dibendung lagi, sekarang cuba pula untuk meminggirkan bahasa Melayu lagi yang menjadi dokongan setiap rakyat Malaysia.

Bahagian Pendidikan juga dijadikan tapak berpolitik. Ingatlah UBN! Pendidikan jangan jadi tapak untuk kita menghamburkan gimik politik. Pendidikan kita serahkan kepada mereka yang lebih arif dan tahu untuk mengajar anak-anak didik mereka iaitu GURU. Bila pendidikan dicampurkan dengan politik maka yang ruginya adalah bangsa Malaysia juga. Bak kata pepatah Melayu, " kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan ".

Janganlah diagungkan bahasa penjajahtu. Wajibkan sahaja bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris, itu lagi baik kerana ia bahasa pertuturan setiap rakyat Malaysia. Manik Urai bertindaklah secara bijak. Ingatlah! penduduk Manik Urai khususnya bangsa Melayu, seandainya bahasa Inggeris juga dipilih maka BANGSA MELAYU akan tinggal nama sahaja selepas ini...







No comments: