PARLIMEN BERSIDANG HARI INI, LANGKAH PERTAMA DSNJ.
Dato Seri Nizar akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang di hadapan Speaker Dewan Rakyat pada pagi ini iaitu 15 Jun 2009. Kehadiran beliau di Parlimen akan menghangatkan lagi persidangan kali ini.
Rombongan wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak dan penyokong-penyokong bersama hadir ke Parlimen . Rombongan ini bertujuan memberi semangat dan sokongan moral kepada Dato Seri Nizar yang akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Taniah diucapkan kepada Dato Seri Nizar.
No comments:
Post a Comment