ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 16, 2009

16/06/09. Selasa.

MALAYSIA AGAMA RASMI "ISLAM" YANG MANA LEBIH WAJIB?


Semasa perjalanan ke tempat kerja tadi diibu kota, Hanyar mendengar radio IKIM. Dalam bual bicara itu mereka membincangkan berkenaan saranan kerajaan untuk mewajibkan lulus bahasa Inggeris dalam SPM.

Pelbagai pandangan dan pendapat di lontarkan oleh pendengar, namun ramai yang membantah. Hanyar secara peribadi juga membantah cadangan kerajaan tersebut.


Sepatutnya kerajaan mewajibkan mata pelajaran agama berbanding bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM. Keadaan masyarakat yang kronik dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral, mata pelajaran agama lebih penting kerana ia dapat mengisi jiwa yang kosong dengan ilmu-ilmu kerohanian. Sekiranya kerajaan mewajibkan pelajar SPM lulus bahasa Inggeris bermakna mereka wajib belajar bahasa Inggeris. Dalam soal ini sepatutnya mata pelajaran Agama diwajibkan untuk belajar dan lulus dalam SPM.

Sebenar ada baiknya jika ramai pelajar yang mahir berbahasa Inggeris atau memperolehi kecemerlangan tetapi akhlak dan moral mereka amat rendah serta tandus ilmu-ilmu agama. Amatlah tidak membanggakan negara Malaysia. Bahasa Inggeris bukanlah tiket untuk mencapai kemajuan, negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan Jerman boleh maju dalam semua bidang tanpa mewajibkan pelajar-pelajar mereka lulus dalam bahasa Inggeris dan pencapaian mereka jauh lebih baik.

Sewajarnya pihak Kementerian Pelajaran menyelesaikan terlebih dahulu isu PPSMI yang ditentang oleh banyak pihak dan rakyat di negara ini sebelum mencadangkan pelbagai lagi dasar-dasar yang membebankan rakyat. Sepatutnya kerajaan lebih prihatin dengan tuntutan rakyat, mewajibkan kelulusan bahasa Inggeris dalam SPM akan memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar terutama pelajar di luar bandar. Dan sudah pastinya keciciran akan berlaku pada anak-anak melayu di luar bandar yang menjadi mangsa kepada dasar-dasar kerajaan yang sedia ada seperti PPSMI.
Namun begitu, ini bukan bermakna penentangan secara total atas usaha-usaha ini. Bahasa Inggeris perlu diperkasakan dengan tidak meminggirkan bahasa ibunda. Di samping itu, pihak kerajaan sebenarnya perlu melihat tenaga-tenaga pengajar untuk memastikan mereka betul-betul mahir dalam Bahasa Inggeris.

No comments: