ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 6, 2009

06/07/09. Isnin.

BUDAYA MALAYSIA HADIAH, BUKAN RASUAH.................


MEDIA terutamanya TV hari ini heboh menceritakan tentang Najib sudah pun mencapai 100 hari menjadi Presiden Umno. Semuanya menceritakan kehebatan Najib yang dikatakan banyak berubah dan telah membawa Umno kembali mendapat sokongan rakyat terutamanya bagi orang-orang Melayu. Maka, seperti kelazimannya `burung-burung belatuk dan kakak tua' pun mengangguk sambil mengipas-ngipaskan kepaknya bersetuju bahawa Najib memang hebat.


Ketua Pemuda Umno yang dibuktikan terlibat di dalam rasuah politik wang juga turut memuji Najib yang mungkin padanya lebih hebat dari Pak Mertuanya dahulu. Naib Ketua Pemuda Umno pun begitu juga tidak mahu melepaskan peluang untuk turut `mengipas'. Mungkin juga jika ditanya pendapat KM Melaka Ali Rustam yang juga terlibat di dalam rasuah politik wang, sudah tentu Ali Rustam akan berkata Najib memang hebat. Bahkan, jika ditanya pada raja sesumpah Ezam, mungkin jawapannya hampir sama cuma raja sesumpah akan menambah sedikit pujian tersebut dengan menyatakan kehebatan Najib tidak akan terlawan oleh DS Anwar. Bukankah selalunya raja sesumpah tidak pernah terlepas dari menyebut nama DS Anwar? Memang hebat dan betul kata raja sesumpah itu tentang Najib kerana raja sesumpah itu tahu bahawa DS Anwar mana ada menyimpan pasu besar dan berharga di rumahnya, sedangkan Najib ada. Itu yang tidak terlawan oleh DS Anwar. Aku tahu cerita pasal pasu besar dan berharga di rumah Najib tu dari raja sesumpah yang bagitahu di dalam ceramahnya dulu.

Satu lagi kehebatan Najib di dalam 100 hari beliau menjadi Presiden Umno adalah kerana hanya menang satu kerusi di dalam banyak-banyak pilihanraya kecil baru-baru ini. Itu pun di luar Semenanjung. Di Semenanjung satu pun Najib tak dapat kerusi untuk Umno/Bn di dalam pilihanraya kecil. Bukankah hebat itu? Kehebatan luar biasa semasa Najib jadi Presiden Umno adalah tertubuhnya kerajaan negeri melalui Mahkamah. Hebat juga tu. Soal-soal lain banyak lagi kalau nak cerita tentang kehebatan Najib ni seperti kuota bumiputera, biasiswa dan berbagai-bagai lagi yang teramat menguntungkan Melayu. Kehebatan Najib juga tidak terbatas kepada dirinya sendiri bahkan isteri beliau juga dilihat hebat juga. Kadangkala kehebatan isterinya mengatasi populariti Najib sendiri.

Memandangkan kehebatan beliau itu, maka aku syorkan agar kita hadiahkan sesuatu yang amat bernilai untuk beliau agar dikenang sepanjang hidupnya. Apa kata kita hadiahkan `batu nisan' yang bertanda nama Umno di Manek Urai nanti? Jika sempena perpisahan Pak Lah sebagai Presiden Umno dan PM dulu kita sudah hadiahkan benda yang sama di Kuala Terengganu, kini apalah kiranya kita beri pada Najib pula sempena 100 hari beliau menjadi Presiden Umno. Hadiah ini adalah buat `Pemimpin Umno Terakhir...!!!

No comments: