PERBICARAAN HARI KE3, PENGGAL KE 2 (SELCAT)
KLIK KE SENARAI VIDEO
Pilihan Video sekitar Persidangan 2009, Pendengaran Awam SELCAT dan Komentar Bajet 2008
Kemaskini pada 8 September 2009
Hari ini telah selesai perbicaraan penggal ke 2 hari ke 3 dan masih ada beberapa hari lagi perbicaraan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan ketelusan (SELCAT). Beberapa soalan telah diajukan kepada Pegawai Daerah serta Pegawai Kerani yang dipanggil untuk memberi keterangan mengenai peruntukan ADUN RM 500 ribu untuk setahun pada Januari hingga March 2008. Peruntukan itu diberi kepada ADUN-ADUN BN pada ketika itu masih BN memerintah Selangor.
Kalau didengar dalam perbicaraan itu, jelas sekali sikap pimpinan BN adalah tidak bertanggungjawab terhadap rakyat jelata yang membayar cukai.
Pagi tadi, salah seorang Pegawai Daerah sehingga mengaitkan alasan agama islam untuk mengukuhkan jawapan tetapi memang tidak menepati langsong dengan apa yang dilakukan beliau. Beberapa soalan diajukan dari jawatankuasa SELCAT amat terang lagi nyata memang tidak ada ketelusan semasa pimpinan Kerajaan BN dimasa itu.
Peruntukan sebanyak RM 500 ribu adalah untuk mesra rakyat kepada setiap satu ADUN untuk semua ADUN-ADUN di Selangor. Atas sikap rakyat Selangor yang bertanggungjawab kepada negeri tercinta, maka pada PRU 12 yang lepas, pengundi yang bolih dikatakan tidak pernah mengundi PAS,DAP dan KEADILAN bersatu memberi undi untuk memenangkan dan menukar Kerajaan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Wang peruntukan rm 500 ribu itu adalah wang pembayar cukai rakyat. Maka amat perlu diberi semula kepada rakyat secara berhemah dengan adil. Pegawai Daerah di setiap daerah perlu bertanggungjawab menasihati ADUN sekiranya pengunaan tuntutan jika tidak jelas. Bukannya akur pada ADUN tetapi tidak adil pada rakyat yang membayar cukai.
Sepertimana di Kuala Langat juga ketelusan teserlah tidak ada kejujuran Pegawai Daerah melaksanakan tanggungjawab dan perlu diawasi. Bukanlah satu tuduhan fitnah, tetapi ada kebenaran dan ramai boleh kehadapan menjadi saksi. Sebelum tuduhan keterlaluan dilemparkan, perlu kita awasi terlebih dahulu untuk kebaikan bersama.
Di blog ini tiada amalan ampu dan bodek, pemimpin parti politik maupun penjawad awam yang korup pasti kena godam, Hanyar tak peduli samada UBN atau PR. Hanyar mencari kebenaran dan kejujuran demi generasi masa hadapan.
8 - 14 September 2009
Siaran Langsung "Pendengaran Awam Selcat" Kedua - dengan isu peruntukan ADUN
Masa mula : 10 pagi
Bagi melihat semua koleksi video sila klik di sini
~ Bagi Siaran Tertunda Persidangan Dewan Selangor, Klik Sini ~
Sila E-mel maklumbalas anda mengenai Siaran Langsung ke webadmin@selangor.gov.my atau klik sini
Antara syarat utama mencapai kejayaan dan kemajuan adalah bersedia berubah dan menerima perubahan, Pengalaman silam adalah pengajaran terbaik bagi yang ingin terus maju kehadapan. Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Hanyar memohon MAAF jika sekiranya ada penggunaan BAHASA yang agak kasar, itu adalah manifestasi perasaan benci kepada yang terlibat melakukan korap.
No comments:
Post a Comment