Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein sekeras-kerasnya menafikan pembebasan kali ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil.
Berikut senarai lima anggota Jemaah Islamiah (JI) yang dibebaskan dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang ini.
1. Abdullah Daud
2. Mat Sah Mohd. Satray
3. Ahmad Kamil Md. Hanapiah
4. Mohd. Nasir Ismail
5. Muhammad Amir Md. Hanafiah.
Antara lima yang dibebaskan itu, Abdullah Daud merupakan tahanan yang paling lama ditahan iaitu selama tujuh tahun enam bulan. – Utusan.
Sewaktu Najib menjawat PM 1Malaysia Mac lepas dibebaskan tahanan ISA yang sekumpulan besarnya dari Kumpulan Hindraf... Kerana PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau......, dan kenapa senarai 5 orang ini ditahan lagi menderita di KEMTA manakala anak isteri di rumah turut menderita, malah tahanan Saudara Abdulah Daud sampai 7 tahun 6 bulan.... kenapa jadi begitu... bukankah pihak PDRM cekap serba serbi, buktikan diMahkamah, buat tuduhan.. jangan main tahan tanpa bicara...
Malah ada satu ketika KPN Norian Mai pernah membuat kenyataan kononnya Tahanan ISA yang aku ingat Tian Chua, Hishamudin Rais, Mat Ezam sewaktu ditahan mereka dituduh dengan bermacam-macam jenis kesalahan sehingga menggunakan senjata pemanacar roket kalau aku tak silap, tetapi tuduhan tersebut senyap sampai sekarang sehingga mereka dibebaskan, malah Mat Ezam pun diam tak bersuara ketika ahli politik Malaysia sibuk berbincang hal ISA..
Trend pembebasan tahanan ISA memang yang lepas-lepas selalunya dilakukan berhampiran hariraya.. apakah ini sebagai nak ambik hati tahanan tersebut...aku pun tak pasti...
Tetapi yang aku PASTI Insyallah Perbuatan Pemimpin UMNO yang menyiksa manusia tak kira agama apa pun ditahanan ISA yang mana tahanan itu tidak bersalah pun, maka Pemimpin UMNO itu, Ahli-ahli UMNO yang menyokong pemimpin Itu dan juga umat ISLAM yang menyokong akta ISA itu, Tok Mufti Perak dan Ahli Majils Fatwa yang berdiam diri semuanya, anda semua semua jangan bimbang....
JAWABLAH DIDEPAN ALLAH NANTI DIRABBUL JALIL.. KENAPA ANDA BOLEH JADI BEGITU......
No comments:
Post a Comment