ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Sep 29, 2009

29/09/2009. Selasa.

KERJA GILA KDN, DIANGGAP ADA BENARNYA. (TAKUTKAN BAGAN PINANG BN KALAH DITANGAN PAKATAN RAKYAT).


Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan ditahan polis pagi semalam sebaik sahaja beliau keluar dari Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk sebutan kes beliau menghalang polis menjalankan tugas pada hari penamaan calon DUN Permatang Pasir hujung Ogos lalu.

Difahamkan Gobala dibawa ke Balai Polis Seberang Perai, Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke Balai Polis Cameron Highland. Polis belum memberi sebarang penjelasan kenapa Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu ditahan.

Setelah menghubungi isteri ahli parlimen tersebut, puan Vasanthi Ramalingam. Beliau mempersoalkan waran tangkap tamat tempoh yang digunakan untuk menahan suaminya.

"Apabila dia keluar dari mahkamah, wartawan ambil kenyataan dari beliau. Tiba- tiba ada seorang datang dan keluarkan waran tangkap. Waran tangkap itu salinan sahaja dan bukan yang asal. Waran itu bertarikh Ogos lepas dan sudah tidak boleh digunakan lagi. Gobala pada asalnya tidak mahu ikut sebab ragu- ragu dengan waran itu. Tapi polis kata ini adalah arahan. Dia dibawa ke Balai Polis Seberang Prai dan kemudiannya ditukarkan ke Balai Polis Cameron Highland," kata Vasanthi.

Vasanti berkata pihaknya hanya dimaklumkan penahanan ahli parlimen ini atas kes terdahulu di Mahkamah Majistret Tapah, pada tahun 2004 lalu.

"Saya tidak tahu kes itu . Saya tidak dimaklumkan. Kami hanya diberitahu kes Mahkamah Majistret Tapah, tahun 2004 lalu," tambah beliau.

Vasanti bersetuju apabila ditanya adakah penahanan Gobala berhubung kait dengan pilihanraya kecil Bagan Pinang bulan hadapan. Penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober dan hari mengundi pada 11 Oktober ini.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi berdaftar dengan 2,834 orang merangkumi pengundi kaum India.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional .

"Saya rasa besar kemungkinan dia dihalang daripada pergi berkempen di Bagan Pinang. Itu yang saya percaya," ujarnya lagi.

Buat rakyat Malaysia yang cintakan Negara kepada keamanan, rakyat Malaysia yang ada hak untuk mengundi, buatlah keputusan bijak semasa memangkah dimasa pilihan raya.

Sudah jelas uBN bukan mementingkan 1 Malaysia untuk semua, sepertimana laungan Najib. uBN cuba memecah belahkan pemikiran rakyat agar kemenangan BN kekal dan seterusnya hak rakyat diraih sesama kroni mereka.


LAWAN TETAP LAWAN. YANG PENTING LAWAN ADA KEPENTINGAN UNTUK RAKYAT.


No comments: