KHAIR TOYO DIUGUT BUNUH DAN TELAH BUAT LAPORAN POLIS.
Hanyar mengucap tahniah keatas mantan MB umno Selangor kerana pantas membuat laporan polis kerana surat ugutan bunuh atau disumpit beracun. Rakyat Malaysia mengharapkan pihak PDRM perlu tegas bertindak untuk siasatan demi kebaikan Khair, rakyat marhain serta Pakatan Rakyat.
Hanyar menitik berat perkara ini kerana kebiasaan apabila penyokong dari parti pembangkang menerima ugutan seperti itu, pihak bertanggungjawab kurang memberi layanan. Malah dituduh pula sengaja mengadakan propaganda.
Apa yang berlaku kepada YB Karpar Singh dahulu? Hambar je.
Yang penting, Pakatan Rakyat perlu berhati-hati melalui liku-liku yang diamanahkan dari rakyat untuk menerajui Kerajaan PR dengan baik. Satu penggal bukan bermakna sudah selesai janji-janji manifesto PRU12.
Pakatan Rakyat menang bukan dari pengundi karat pembangkang. Kemenangan adalah bantuan dari pengundi atas pagar. Pengundi atas pagar, amat bermakna dan penting untuk kemenangan. Pengundi atas pagar perlu dipupuk dan perlu diberi layanan dengan adil.
Pimpinan yang berjawatan besar mau pun kecil perlu sifar kepada dendam atau sakit hati.
Janganlah bila ada kedudukan yang berjawatan agak baik sikit sudah menjadi sombong.
Itulah harapan Hanyar untuk melihat Pakatan Rakyat terus memerintah Malaysia sehingga mata dunia menjadikan contoh lebih baik dari BN dulu.
JANGAN NAMPAK CANTIK KERANA BERMEKAP.
KALAULAH NISBAH 10001 ORANG SEPERTI PEMIMPIN INI (Kor Ming), SUDAH TIDAK MENJADI MASAALAH KEPADA RAKYAT DAN NEGARA.
Benar pun Islam bukan untuk melayu, tetapi untuk semua. Tak caya Tanya ulama (KIAI)
Kenyataan Iklas TGNA (Mursidul Am PAS)
No comments:
Post a Comment