30/10/09. Jumaat.
UBAH SEBELUM TERLAMBAT
Antara syarat utama mencapai kejayaan dan kemajuan adalah bersedia berubah dan menerima perubahan, Pengalaman silam adalah pengajaran terbaik bagi yang ingin terus maju kehadapan. Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
CENDIKIAWAN
Ada 4 tanda-tanda orang berakal:-
Cinta pada ilmu,
Tidak berubah mukanya waktu menerima umpat dan puji,
Bagus jawapannya dan
Banyak benarnya.
TAK HERAN PADA 4 ADUN YANG KELUAR PARTI. ADUN-ADUN NI, YANG TAK SEDAR DIUNTUNG.
Kemasukan Badrul Hisham ADUN Port Kelang ke dalam UMNO janganlah menjadikan masaalah besar pada parti, kepimpinan parti perlu muhasabah dan mara kedepan sama-sama perbaiki diperingkat akar umbi. Kerana tindakan pengecut beliau tidak mahu mengosongkan kerusi Port Klang (ada baiknya), iaitu akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO, Khir Toyo dan Barisan Nasional. Namun yang lagi penting adalah proses pembersihan dalam PKR wajib diperbetulkan segera.
PKR parti baru. Tidak sampai umurnya 15 tahun. Pada masa PAS berumur 11 tahun, PAS baru sahaja memerintah Terengganu 2 bulan. Di waktu itu UMNO bercadang untuk mengadakan usul tidak percaya kepada PAS. Speaker DUN Terengganu pada waktu itu bernama Taib Selamat dan beliau mewakili PAS.
Seharusnya beliau yang dari PAS boleh melakukan berbagai perkara untuk menghalang usul tersebut dari berjalan. Namun Taib Selamat ini telah "DIBELI" dan beliau telah membenarkan usul tersebut berjalan yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu yang baru berumur 2 tahun itu jatuh.
Kemudian PAS juga telah mengalami berbagai-bagai peristiwa pembelotan oleh kepimpinan PAS. Misalnya, bekas SU Agung PAS sendiri pernah lari kepada UMNO, bekas Ketua Dewan Muslimat, bekas Ketua Pemuda. Malahan bilangan ustaz/ustazah yang lari dari PAS kepada UMNO juga cukup banyak. Malahan, golongan ustaz/ustazahlah yang paling banyak meninggalkan PAS kepada UMNO berbanding golongan bukan ulama.
Selepas PRU 1982, PAS menang 5 kerusi Parlimen di Kelantan. PAda waktu itu, bekas Presiden PAS menubuhkan HAMIM dan membawa 4 wakil rakyat PAS di KElantan pergi ke Barisan Nasional. Tinggal Tok Guru Nik Aziz sorang2 dalam Parlimen mewakili PAS.
Dan kemuncak dari pembelotan adalah kemasukan Dato Asri sendiri, bekas Yang Dipertua Agung PAS ke dalam UMNO. Ertinya, Presiden PAS sendiri pernah lari masuk ke UMNO. Apa nak heran.
Kalau nak kata DAP pula, siapa dari DAP yang tak pernah lari ke BN/MCA/Gerakan. Kalau saudara ingat, Chua Jui Meng itu dulu pernah aktif dalam DAP, seterusnya Kerk Kim Hock bekas SU DAP pun skrang dah join dgn BN, kita ingat lagi Liew Ah Kim dan Wee Chee Keong yang lari dari DAP dan tubuhkan MDP. Dulu kita pernah dengar nama Hu Sepang di Seremban juga telah hilang. Dan banyak lagi contoh orang2 DAP yang telah lari meninggalkan perjuangan parti mereka.
Jadi, janganlah kita pula bukak mulut kita dan menyalahkan PKR atas apa yang berlaku pada PKR sekarang ini. Orang2 PAS harus melihat sejarah mereka dahulu yang penuh dengan pembelotan dan pengkhianatan oleh ahli dan pemimpin2 mereka satu masa dahulu.
SAya masih ingat lagi waktu saya bersekolah, saya dengar Mustafa Taib kuat mengatakan UMNO kafir, tapi pada tahun 1998 saya seperti tidak boleh percaya mendengar suara Mustafa Taib memberikan ceramah beliau dalam satu majlis UMNO di TTDI Jaya.
Oleh sebab itu, saya tak heran sikit pun bila Ezam masuk UMNO sekaligus menjilat semua ludah beliau. Ini kerana saya telah melihat orang yang pernah mengkafirkan UMNO menjilat balik UMNO. Apa nak heran Ezam Mat Nor?
Kemuncak Pembelotan Dalam PAS Adalah Usaha Membawa PAS Kepada UMNO
Kemuncak ujian kepada PAS sekarang ini adalah bagaimana PAS sebagai sebuah jemaah dan parti dapat menghalang usaha membawa PAS kepada UMNO.
PAS pada waktu ini sedang dikawal perjalanan mereka oleh orang2 yang mahukan PAS bersama UMNO.
Ujian besar kepada PAS adalah bagaimana menghalang PAS itu sendiri dari belot kepada rakyat Malaysia terutama mereka yang telah mengundi PAS 2004.
Dan saya mahu mengingatkan semua ahli dan penyokong serta kepimpinan PAS di semua peringkat supaya jangan putus asa dan jangan lari dari ujian ini.
Mesti kita berlawan walaupun kita berseorangan dalam perlawanan ini. Usaha membawa PAS kepada UMNO wajib dihalang oleh setiap ahli PAS.
Nampaknya, sejarah pembelotan kepada PAS ni bermula di Terengganu dan nampaknya penyakit pembelotan itu sekali lagi diekspot oleh Terengganu. Sepertinya, produk utama PAS Terengganu ni adalah "pembelotan".
No comments:
Post a Comment