ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Nov 1, 2009

1/11/2009. Ahad.

RAKYAT MENDESAK ATAU MELETAK JAWATAN YB?

Setelah Perak dan Kedah, ADUN dari keADILan dan DAP melompat parti kini melanda di negeri Selangor. Undang-undang SPR tidak menjadi kesalahan jika YB tersebut melompat parti.Yang menjadi kesalahan besar pada YB berkenaan adalah jika meletak jawatan sebagai YB. YB itu tidak boleh bertanding semula selama yang ditetapkan SPR.

Berbalik pada ADUN Pelabohan Klang yang melompat parti, konunnya menjadi ADUN BEBAS, tetapi menyokong BN kerana alasan ugama didahulukan, itu bukan alasan tepat untuk beliau mengeluarkan kenyataan kepada rakyat. Mana ulama yang membenarkan beliau guna pakai.

Tidak percaya kepada sesaorang pemimpin yang beliau bertaut pada parti, wajib beliau berfikir untuk membuat keputusan yang baik dan adil. Kerana beliau adalah pilihan rakyat yang menyokong datangnya dari penyokong PAS, keADILan dan DAP. Bukannya hantu-hantu BN yang memilih beliau semasa PRU 12 .

Apabila beliau meletakkan agama perkara utama, Hanyar ingin bertanya selama beliau menjadi ADUN kenapa beliau tidak bekerja untuk rakyat dengan baik ? Malah bermacam-macam rungutan didengari dari rakyat kawasan beliau mengatakan beliau tidak buat kerja. Yang menyokong dari karat Umno setuju kerana kepentingan kerusi bertambah kepada BN sahaja. Sepatutnya beliau yang mengaku seorang pemimpin yang berkalibar untuk rakyat, wajiblah mempunyai maruah/beradab kerana beliau meletakkan agama didahulukan. Agak keterlaluan jika Hanyar berkata beliau tidak mempunyai agama. Atau islam hadhari yang BN rosakkan telah menular pada diri beliau.

Penyokong PR berhak menolak/mendesak untuk YB seperti ini meletak sahaja jawatan yang disandang. Menjadi YB bukan untuk bersenang atas keringat orang lain. Rakyat juga berhak mendesak pada YB-YB yang lain samaada dari PR maupun BN, jika mereka tidak menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dengan adil. Umno jangan merasa selesa kerana YB dari PR melompat ke BN. YB melompat parti keBN bukanlah YB terbaik untuk keadilan rakyat. Semuanya adalah YB bermasaalah dan Hanyar amat menyokong YB seperti ini, untuk bersama umno kerana YB ini berperangai buruk sepertimana YB-YB yang berada di kelompok BN. Tetapi tidak menyokong sebagai beliau wakil rakyat.

Menjadi YB juga adalah pilihan rakyat semasa berlakunya Pilihanraya diadakan. Bukan dipilih kerana kelulusan mata pelajaran menggunung.

Beliau yang berfikiran waras wajib bermuhasabah diri. Janganlah dipermainkan atau dikambing hitam untuk kepentingan peribadi. Tidak keterlaluan juga Hanyar menyebut setiap gaji yang diambil dari kerajaan atas nama YB adalah HARAM dimakan untuk diri dan keluarga.

Akhir kata, Hanyar cabar YB ini supaya buktikan yang beliau bertanggung jawab kepada rakyat Pelabuhan Klang yang BN itu AMAL MAAROF NAHI MUNGKAR. Kalau tidak kamu terima lah azab dunia dan akirat nanti.

1 comment:

Anonymous said...

saudara,
saya minta pendapat saudara dalam hal ini.
Dari penelitian saya, PR akan lebih banyak merugikan Islam dan org Melayu sekiranya berkuasa. Saya lebih cenderong PAS menilai semula keahlian dalam PR demi agama Islam. PR lebih menumpang PAS demi kuasa, walhal sekiranya PAS bersama PR maka akan rugilah Islam.....DSAI hanya menumpang platform PAS untuk berkuasa. masa dalam UMNO dulu DSAI memusihi PAS sama seperti pemimpin UMNO yang lain.
Apa kata saudara?