Tahniah Pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh YAB Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid. Rakyat Selangor amat berbangga kepada pimpinan yang begitu prihatin walaupun ditohmah oleh pihak lawan (BN). Mereka rasa tidak senang dengan berbagai cara menidakkan takbir urus Kerajaan PR yang diberi mandat oleh rakyat semasa PRU12 lepas.
Hanyar mengucapkan tahniah kepada rakyat Selangor yang memberi laluan kepada PR melalui PRU12 yang lepas, dan hasilnya terserlah benar ketelusan yang ditunjulkan terbukti.
Sekali lagi buat Menteri Besar Selangor membuat kejutan, yang pendapat orang ramai tidak masuk akal, iaitu alaun RM 1 sebulan. Dan hakikatnya adalah benar dan amat teruja dan dipersetujui. Bagi pimpinan prihatin, alaun bukan soal utama, tetapi hak rakyat perlu dititik beratkan.
Inilah sikap pimpinan yang mengutamakan keperluan rakyat diutamakan, akhirnya akan dapat merasa madu bersama-sama.
Inilah Pimpinan contoh yang perlu diketengahkan dan diharap pimpinan politik yang lain turut ikut bersama. Yang dimaksudkan ialah YB Datuk Sri Anwar bin Ibrahim dilantik oleh Menteri Besar Selangor sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang menerima alaun RM 1 sebulan. Tahniah DSAI.
No comments:
Post a Comment