ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 17, 2009

17/12/2009. Khamis.

SILAP LETAK PRIORITY
15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.

70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.(YB ini menunjukkan keperihatinan untuk menyokong hasrat rakyat kepada tanggungjawab MP PR).ok
la tu!

Persoalannya: dimana prioriti? YB-YB diberi mandat oleh rakyat dan dibayar gaji serta elaun untuk urusan mandat rakyat, bukan kepentingan peribadi. Sudah tahu bahawa tarikh persidangan Dewan Rakyat, tetapi memilih tarikh yang sama untuk melakukan urusan yang tidak ada kena mengena dengan rakyat yang memilih anda!

Apa urusan peribadi yang hebat sangat sampai terpaksa diutamakan dari kepentingan parti dan negara? Apa sebab yang mendesak sangat sehingga terpaksa melakukannya di masa Dewan rakyat bersidang?

Soal tidak tahu berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini pun hujjah yang lemah kerana di dalam apa juga situasi, ahli PR perlu "alert". Di medan perang, musuh boleh menyerang tiba-tiba, dan anda tidak ada! Tidakkah anda merasa berdosa?

Keputusan Bajet 2010 diluluskan melalui majoriti tiga ( 3 ) undi sahaja tidak sepatutnya menjadi Isu besar. Saya bersetuju dengan Tan Sri Speaker yang Ahli Parlimen PakatanRakyat seharusnya bersikap Gentleman dimana kehadiran wakil kita juga kurang. Lirik lagu ” Kita Serupa” nyanyian Zainal Abidin terpakai disini.

Komen Datuk Sri Nazri Aziz (dalam Berita TV) dimana YB-YB dari Pakatan Rakyat pun ramai yang ponteng iaitu kehadiran mereka disekitar 60 orang sahaja. Wakil-Wakil dari Pakatan tidak sepatutnya terikut-ikut dengan cara mereka dalam BN.

Sebagai sebuah Gagasan yang dikatakan cukup bersedia mengambilalih Pemerintahan Negara perkara sebegini sama sekali tidak patut berlaku. Peluang keemasan supaya kita dilihat lebih bersedia dan komited telah terbuang begitu saja.

Ahli-ahli politik PR menghurai kepada khalayak umum betapa borosnya Kerajaan Najib membuat Cadangan Perbelanjaan Tahunan melalui Bajet yang dibentang. Tetapi apabila bantahan itu mahu dikira kehadiran pula tidak solid menentangnya. Peluang untuk meningkatkan moral Pakatan Rakyat telah dipersia-siakan. Tidak secara langsung kita telah meremehkan hasrat pengundi-pengundi kita.

Semua ini terjadi kerana tidak prihatin memberi Keutamaan ( Priority). Alasan seperti terpaksa hadir di majlis-majlis kenduri demi menjaga hati penyokong tidak boleh diterima sama sekali. Di setiap kawasan pihak Ahli Parlimen boleh melantik Pegawai-Pegawai Khas membantu mereka menyelesaikan masaalah rakyat tetapi TIDAK di Persidangan Parlimen. Pelajaran yang macam mana lagi diperlukan supaya bijak meletakkan sesuatu Priority?

Yang terlibat tentu mencemuh saya kerana menegur dan ?????. Saya tak kisah apa orang nak kata. Yang pastinya saya seorang pemilih berdaftar dan turun mengundi semasa PRU dan juga mewakili rakyat marhain bersetuju dengan saya.


No comments: