ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 23, 2009


Hanyar mengucapkan takziah buat keluarga Tan Sri S.O.K. Ubaidulla Kadir Basha

Ubaidullah, pemimpin veteran MIC meninggal dunia

Pemimpin veteran MIC, Tan Sri S.O.K. Ubaidulla Kadir Basha meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi semalam kerana sakit tua.

Allahyarham Ubaidulla, 90, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di No 10, Lorong Bukit Pantai 6 di sini, meninggalkan seorang isteri Puan Sri Mehrunnisa Mohideen serta dua anak lelaki, Hishamudin dan Hamimudin.

Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar semalam.

Allahyarham Ubaidulla merupakan bekas pengerusi Ubaidi Foundation dan ahli perniagaan terkemuka dengan memiliki syarikat perkhidmatan penerbangan di ibu negara.

Allahyarham adalah antara mereka yang berusaha menubuhkan MIC pada 1946 dan telah menyertai politik sejak 1932.

Tokoh Maal Hijrah itu pernah memegang jawatan Naib Presiden MIC dan kemudiannya telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap MIC meninggal dunia di rumahnya pukul 10.30 pagi ini.

Tokoh politik dan dermawan terbilang

Allahyarham Ubaidulla dikenali ramai sebagai tokoh politik dan dermawan yang sentiasa merendah diri.

Dilahirkan pada 18 Jun 1918 di Chennai, India, Ubaidulla datang ke negara ini pada 1930an dan bekerja dengan sebuah firma di Seremban. Beliau memulakan perniagaan sendiri pada 1940an dengan menjual beg pakaian dan beberapa jenis barangan keperluan harian.

No comments: