2/Sirul: Bebaskan atau bicara semula kes babitkan 3 tertuduh
Dari petikan kisah Sirul amat menyayat hati warga rakyat malaysia. Rakyat Malaysia bagaikan tidak selamat ketika berada seperti mereka. Amat hairan, kenapa dan mengapa mereka berdua dikelambukan kepala sehingga menjadi tanda tanya orang ramai.
Rakyat Malaysia mahukan Kehakiman yang telus, adil serta bijak. Kebelakangan ini banyak kes-kes mahkamah amat mengelirukan kerana campor tangan politik ugutan. Perlembagaan Malaysia menetapkan Hak Asasi Manusia (HAM) untuk faedah semua. Baca petikan cerita mStar di bawah.
SHAH ALAM: Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini meminta dia dibebaskan ataupun sebagai alternatif, mengisytiharkan sebagai kesilapan perbicaraan bagi membolehkan ia didengar semula membabitkan kesemua tiga tertuduh.
Peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin membuat penghujahan pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin.
Selain Sirul, turut dituduh ialah anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri.
Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya di lokasi antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober 2006.
Tertuduh ketiga, Abdul Razak Baginda, penganalisis politik, sudah pun dibebaskan akhir tahun lalu.
Awal bulan ini, Sirul berkata, dia telah "menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat mereka."
Sirul yang juga tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Altantuya berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam.
"Saya tidak pernah mengenali mangsa di dalam kes ini dan tidak pernah mempunyai sebarang urusan peribadi atau sebaliknya dengannya. Saya juga tidak mengenali Abdul Razak Abdullah Baginda dan tidak mempunyai urusan.
"Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira sepanjang perbicaraan kes ini, saya mengikuti prosiding dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutama dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mereka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa mengubah cerita apabila disoal balas," katanya.
Sambil mengesat air mata, Sirul merayu kepada mahkamah yang katanya berada dalam kedudukan serta mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan matinya, supaya tidak menghukumnya.
Katanya, Azilah meminta pertolongannya untuk membuat rondaan di sebuah banglo di Bukit Damansara iaitu rumah rakan Deputi Superintendan (DSP) Musa Safri yang dimaklumkan mempunyai `masalah perempuan'.
2 comments:
apa yg ditakutkan nanti ialah Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin pulak yg hilang......
Peguam ni hebat kenapa lama sangat buang masa.
Post a Comment