ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 22, 2010

APA KE JADAHNYA

MARAHKAN PIJAT KELAMBU DIBAKAR!



22.01.2010. Jumaat-

Hanyar amat terkilan apabila berita mengenai terbubarnya PKR Cabang Kuala Selangor, yang kenyataannya dilakukan oleh timbalan Cabang sendiri. Boleh dianggap tak dapat masuk akal, kerana cabang itu diketuai sendiri oleh Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor).

Apa makna timbalan Cabang melakukan kenyataan begitu. Sepatutnya beliau sebagai timbalan ketua Cabang, memangku menyelaras Cabang sebaik mungkin dan bukannya menekan Tan Sri khalid. Adalah bersifat tidak cerdik dan tiada untung untuk parti yang ketika ini menerajui kerajaan di Negeri Selangor disamping membina perubahan kepada keadilan.

Bukan masanya kepada kebaikan Cabang untuk maju. Umno tentu gembira dengan kenyataan begini.

Masalah ini bukan sahaja menuntut keprihatinan PKR, malah keprihatinan PAS dan DAP juga. Runtuhnya cabang PKR tidak dapat dinafikan akan turut memberi kesan yang tersendiri kepada PAS dan DAP (PR).

PAS dan DAP tidak boleh merasa gembira dengan apa yang menimpa PKR Kuala Selangor. PAS, DAP dan PKR sahabat yang tiada tolok bandingan. Bukan bersahabat untuk kepentingan dan harapan seorang atau dua orang, tetapi bersahabat untuk kepentingan dan harapan rakyat.

Mana boleh seorang sahabat ketawa menyindir apabila sahabatnya ditimpa musibah. Dia mesti menghulurkan tangan membantu sahabatnya yang jatuh itu. Bangunkannya kembali, pimpin dia dan bekalkan apa sahaja keperluannya untuk membolehkannya meneruskan persahabatan dengan kita.

PAS dan DAP Selangor tidak boleh memandang kecil isu itu. PAS dan DAP Selangor dan PAS DAN dap Kawasan Kuala Selangor mesti bertindak sesuatu dengan segera. Sekiranya pendokong cabang PKR di situ sebelum ini hilang kepercayaan dengan pimpinan parti itu, PAS perlu mengenal pasti mereka yang berada di luar PAS dan DAP untuk diaktifkan dan digerakkan sebagai aktivis PKR cabang itu. Tindakan ini tidak boleh ditangguh lagi. ‘By hook or by crook’.

Semua akui, Khalid Ibrahim tidak sempurna. Ya, mana ada manusia sempurna. PKR juga ada kelemahan dan kesilapannya, sama macam parti-parti lain juga.

Kewajipan kita kini, bukan menampilkan kelemahan, meriuh-rendahkan kesilapan, tetapi memperbaiki kelemahan itu dan menampung kesilapan yang ada dengan kelebihan dan keupayaan kita. Jangan biarkan PKR keseorangan berhadapan dengan masalah itu.

Seseorang sahabat sangat mulia pekertinya jika dia sanggup bersusah-payah untuk meringankan bebanan sahabatnya.

Seburuk-buruk PKR, buruk lagi Umno. Jangan kita menghukum PKR kerana kesilapan yang dilakukannya dalam tempoh setahun tetapi merelai kesilapan Umno yang dilakukan selama lima puluh tahun. Seburuk-buruk Khalid Ibrahim, dia lebih baik Khir Toyo.

Kalau orang PAS dan DAP sayangkan persahabatan PR, mesti membela PKR. Kalau orang PAS dan DAP sayangkan persahabatan PR, tetapi turut membantu untuk melemahkan PKR, orang itu adalah ‘musuh’ dalam selimut.

Ini bukan masanya untuk komponen PR mencari kesilapan antara satu sama lain tetapi adalah masa untuk menjulang harapan rakyat. Kini ada tiga penjulang dan kalau salah satu daripadanya keletihan, mampukah yang dua lagi untuk terus menjulang?

No comments: