ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 31, 2010

Turun Padang Antara Ciri Penting Wakil Rakyat: PM

NAJIB BERCAKAP "CAKAP TAK SERUPA BIKIN"

Sedap dengar bunyinya, "Turun Padang Antara Ciri Penting Wakil Rakyat". Apakah benar yang berlaku sepertimana PM ni berkata-kata?
Hanyar lebih nampak hanya bercakap sebagai pemimpin berkepentingan sahaja. Bercakap sememangnya mudah dari fakta sebenar. Banyaknya PM bercakap hanya seperti menanam tebu dihujung bibir sahaja.
PM yang bertanggungjawab tidak perlu bercakap lagi perkara ini kepada umum, tetapi perlu ada tindakan dan rakyat akan bercakap bagi pihak pemerintah.

Ingatlah; Jgn cakap, org yg baik hatinya, mulia akhlaknya, tidak mungkin Allah akan bagi hidayah kpd dia utk kembali semula kpd Islam. Ya, kita semua lahir sebagai Islam, kita dah berjanji pd ALlah sebelum roh ditiup kedlm janin akan mengaku Allah itu Satu.

Baca petikan dari Bernama, ucapan PM.

Turun Padang Antara Ciri Penting Wakil Rakyat: PM

KUALA LUMPUR: Rajin turun padang, adalah antara empat ciri utama yang perlu ada pada setiap wakil rakyat bagi membolehkan mereka diterima secara menyeluruh oleh rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, seseorang wakil rakyat perlu rajin turun padang untuk meninjau sendiri masalah rakyat di kawasan mereka.

"Bunyinya mudah tetapi kadang-kadang tidak juga dilakukan oleh kita dengan sepenuhnya," katanya dan menambah, seorang wakil rakyat juga mesti mudah dihubungi serta dapat menyelesaikan masalah rakyat.

"Mereka juga mesti sentiasa menunaikan janji sebagai wakil rakyat. Characteristic seperti ini patut ada sebagai wakil rakyat," katanya semasa melancarkan Malam Amal Badan Amal Selangor (Kasih), di Hotel Grand Dorsett, di Subang Jaya dekat sini, malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merangkap Yang DiPertua Kasih; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar; dan isteri Noh, yang juga merupakan Naib Yang Dipertua Kasih, Profesor Datin Seri Dr Aishah Salleh.

Najib berkata, isteri wakil rakyat dan bekas-bekas pemimpin juga perlu sentiasa bergerak aktif dalam badan-badan amal seperti Kasih kerana ia boleh 'complement' tugas dan tanggungjawab suami mereka sebagai pemimpin masyarakat.

Program-program amal yang dilakukan ini selaras dengan apa yang selama ini ditekankan oleh kerajaan, selain merupakan salah satu prinsip utama yang ditekankan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan hari ini, katanya.

Beliau berkata, MEB menekankan supaya pembangunan negara bersifat 'inclusive', iaitu tidak ada mana-mana rakyat yang akan disisihkan, ditinggalkan dan dipinggirkan daripada mendapat manfaat pembangunan dan pembaharuan yang akan diusahakan di negara ini.

Bagi menjayakan pembangunan 'inclusive' itu, bukan sahaja kerajaan perlu menentu dan melaksanakan program-program amal, tetapi NGO seperti Kasih juga diharap dapat membantu mencapai objektif ini melalui aktiviti dan program anjurannya, kata Najib.

"Jadi melalui jaringan sosial seperti ini lebih ramai orang kurang upaya, golongan daif dan kurang upaya dapat dibantu, dan dengan ini pembangunan secara inclusive dapat dicapai," katanya. Perdana Menteri berkata wakil rakyat, sebagai suami pula perlu redha sekiranya para isteri tidak ada di rumah kerana membuat kerja-kerja amal.

"Kalau buat kerja amal kita redhalah...tetapi kalau perkara-perkara lain kena buat permohonan dululah," katanya yang disambut tepukan tetamu yang hadir.

Terdahulu Rosmah dalam ucapannya menyeru supaya lebih ramai isteri pemimpin dan mantan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor tampil menjadi ahli Kasih yang kini hanya mempunyai keahlian kira-kira 70 orang.

Beliau berkata, Kasih mempunyai peranan yang penting dalam menzahirkan komitmen isteri para pemimpin untuk menyumbangkan bakti kepada rakyat Selangor, khususnya kaum wanita dan kanak-kanak bagi membantu mereka dalam aspek kebajikan dan kemasyarakatan.

"Janganlah masa kita berkuasa masing-masing berebut ke depan tetapi bila kuasa tiada di tangan puan-puan hanya duduk menyepi," katanya.

Rosmah berkata, isteri pemimpin mempunyai peranan untuk membantu suami sebagai pemimpin dalam mendekati dan mendampingi rakyat agar sama-sama memahami rintihan dan keluhan mereka.

Kepada para suami pula, Rosmah turut berharap dapat menggalakkan isteri masing-masing untuk mendaftar dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti Kasih.

Sempena majlis itu, sejumlah RM2.8 juta berjaya dikutip dan akan diagih-agihkan kepada golongan kurang bernasib baik di Selangor. - BERNAMA



Mar 28, 2010

Mar 27, 2010

ALMARHUM MENINGGAL AKIBAT SAKIT BARAH OTAK

AL FATIHAH BUAT AL MARHUM MP HULU SELANGOR

Hanyar mengucapkan setinggi-tinggi TAKZIAH kepada seluruh keluarga Datuk Zainal, Ahli Parliman Hulu Selangor yang telah kembali kerahmatullah pada malam Jumaat 25 Mach 2010. Al-Fatihah.











Mar 24, 2010

TUNGGU DAN LIHAT

SIAPA MAU TELAN, SIAPA KENA TELAN

Perbankan tempatan berkemungkinan besar (99.9%) akan dikukuhkan lagi dengan penggabungan antara bank-bank di-pusingan kedua.

Pada penggabungan kali ini kita boleh lah lihat siapa yang akan makan siapa, siapa yang akan menelan dan siapa yang akan kena telan. Begitu juga dengan anggota dan kakitangan bank mana pula yang terpaksa menerima tawaran VSS.

Yang terbaru yang sedang hangat menjadi cakap-cakap ialah Hong Leong Bank yang mempunyai 199 cawangan akan menelan EON Capital Bhd., yang mempunyai 140 cawangan EON Bank.

Dan jika penggabungan ini menjadi kenyataan maka aset yang dicampurkan diantara EON Bank dan Hong Leong Bank akan berjumlah sebanyak RM 121.41 billion dan boleh mengambil alih kedudukan bank keempat terbesar dalam Malaysia iaitu RHB Bank yang mempunyai aset bernilai RM 110.5 billion.

Serius dan Bertanggungjawab

PR MENYERU KEMENTERIAN PERTAHANAN SERIUS ISU KESELAMATAN NEGARA

KUALA LUMPUR 23 MAC: Pakatan Rakyat hari ini mendesak Kementerian Pertahanan supaya lebih serius dan bertanggungjawab dalam soal keselamatan serta tidak mempertaruhkan nyawa rakyat.

Desakan dibuat Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berikutan kementerian itu dilihat semakin acuh tidak acuh terhadap keutuhan benteng pertahanan dan kedaulatan Negara.

Selain kes kehilangan enjin jet belum diselesaikan, katanya, isu kapal selam tidak boleh menyelam hingga terpaksa dibaiki dan kini kementerian itu gagal mengawal pengintipan keselamatan negara pula.

"Kita mendesak Kementerian Pertahanan supaya tidak memandang remeh isu keselamatan dan kedaulatan negara," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Saifuddin juga menyifatkan jawapan dangkal Menteri Pertahanan berhubung isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat, menunjukkan kawalan keselamatan di negara ini longgar dan membuka ruang kepada negara luar mencuri rahsia sulit negara.

Beliau disokong Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang merujuk kepada isu pembelian kapal selam KD Tunku Abdul Rahman yang cuba ditutup kerajaan Umno Barisan Nasional dari diketahui umum.

Mar 23, 2010

GERAKAN DALAMAN UMNO SENDIRI, MENGAPA UMNO KECOH? ZAHRIN YANG PERLU DISIASAT.

16 SEPT, PR DAN BN SETUJU BUKAN LAGI ISU


KUALA LUMPUR, 22 MAC - Wakil-wakil rakyat BN dan pembangkang menganggap pelan peralihan kuasa yang dibangkitkan oleh wakil rakyat bebas Zahrain Mohamed Hashim, bukan isu yang perlu dihebohkan atau mempunyai kesan langsung kepada politik negara hari ini.

“Tiada asas, apa yang berlaku pada waktu itu ialah satu gerakan dalaman Umno yang bergerak untuk menjatuhkan kepimpinan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada masa itu, itu satu benda yang tidak boleh dinafikan.

“Pertama sekali berdasarkan beberapa kenyataan-kenyataan tidak puashati terhadap kepimpinan Pak lah pada masa itu dan perbahasan di Parlimen oleh wakil-wakil dari Sabah, protes dari beberapa orang wakil Sabah yang dilantik untuk jawatan sekurang2nya Timbalan Menteri untuk menolak tawaran itu, itu protes terhadap PakLah dan Umno Barisan Nasional.

“Saya nak katakan apa yang berlaku untuk 16 September bukan dari pembangkang dan sebagainya tetapi daripada dalaman Umno yang cuba menjatuhkan kepimpinan Pak Lah pada waktu itu. Ia satu sejarah yang tidak boleh dinafikan ada dalam negara kita,”kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz omar.

“Nama-nama yang didedahkan merupakan nama-nama yang digunakan pihak berkenaan untuk menyakinkan, saya juga sempat berjumpa beberapa Ahli Parlimen, mereka katakan pernah diberi janji dan tuduhan contohnya Yang DiPertuan Agong telah perkenan..dikatakan beberapa Ahli Parlimen akan melompat dan mereka tolak bulat-bulat...dan kalau betul seperti apa itu berlaku dan mereka masih tidak melompat ke sebelah sana, saya kagum kerana ini menunjukkn kesetian mereka kepada Barisan Nasional,”kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zahrain Rabu lalu mengemparkan semua pihak dengan mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) diantara nama yang dipetik Zahrain dalam usahanya menyerang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Parlimen sepanjang tiga hari berturut-turut.

Meskipun Umno mendapat peluru baru untuk menyerang gagasan pembangkang, namun pemerhati politik berpendapat impak tuduhan Zahrain tidak meninggalkan luka pada tubuh Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Apa yang berlaku sekarang ini agak ganjil, sebab benda ini pun Umno buat kenapa sekarang kata orang lain tak boleh buat dan macam-macam lagi? Membabitkan Yang DiPertuan Agong dan angkatan Tentera dan sebagainya, mana ada bukti? Isu yang membuang masa, isu yang tidak logik dan tidak masuk akal sebenarnya, benada yang saya pelik dengan orang yang buat laporan polis dan Ibrahim Ali cadang hendak buat suruhanjaya sedangkan mereka pun buat. Menjatuhkan kerajaan lawan dia(Umno) kemudian membeli memujuk dan melompat..benda ini dibenarkan, apa salahnya ?,"kata Penganalisis Politik, Prof. Dr Abdul Aziz Bari.

Mar 21, 2010

TAK SUNGGUH, TAK KATA

BUKAN KAKI ARAK SAJA TAPI JUGA KAKI BETINA, TANYA MENTERI TU!.

Pemimpin Umno dalam Dewan Rakyat melenting kemarahan apabila Ahli Parlimen Machang mencelah semasa perbahasan titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengingatkan betapa beberapa pemimpin Umno tertidur di mesin slot dalam kasino judi di Las Vegas dalam satu lawatan beberapa tahun lalu.

Kejadian bertikam lidah bermula apabila menantu mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bangun untuk memalukan Anwar dengan menimbulkan insiden beliau menari dengan "anak tauke judi".

Anwar dengan tenang berkata, "kita menari sikit dia bising tapi pemimpin Umno muntah kedarah arak takpe".

Saifuddin meminta laluan yang diberi Ketua Pembangkang lalu menyatakan keberanian Khairy berdebat dengan Anwar adalah disebabkan beliau dipinggirkan daripada mennganggotai kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Memang jawatan Ketua Pemuda Umno tapi tak dapat jadi menteri. Itu je supaya nak naik markah sikit kerana Perdana Menteri menyaksi perbahasan ini," kata beliau Khamis lalu.

Khairy yang tidak berpuas hati terhadap kata-kata sinis Saifuddin terus "mengamuk" seolah-olah hilang akal dan berusaha keras untuk terus memalukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Dosa besar dalam Umno kalau menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno dan ini berdosa besar kepada parti agama, bangsa, negara. Judi ok, arak ok.

"Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini, berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda Umno dulu. Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

"Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat. Jangan cabar, waktu "wedding anniversary", pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika itu Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cuba menenangkan kerajaan apabila Ahli Parlimen Pasir Salak turut terasa tempias daripada ucapan Saifuddin.

“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, pemimpin Pemuda Umno itu pun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini, berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” sambung Saifuddin lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut mengikuti perbahasan itu melahirkan rasa terkejut beliau di atas sikap hipokrit pemimpin Umno yang sering bercakap mengenai Islam tetapi melanggar hukum agama.

"Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni," kata Mahfuz.

Saifuddin seterusnya berkata beliau sanggup mengulangi di luar Dewan jika dicabar dan akan mendedahkan lagi banyak keburukan peribadi pemimpin Umno yang bertopengkan Islam.

Mar 19, 2010

SALING INGAT MENGINGATI.........


Engkau mendengar luahanku,
ketika ku sedih.
Engkau memberi rahmat-Mu,
ketika ku gembira.
Engkau kurniakan hidayah-Mu,
ketika ku lalai.
Engkau mengampuniku,
ketika ku sujud..
bertaubat pada-Mu.

Ya Allah...aku cinta pada-Mu
Kuatkan hati ini dengan cinta,
Jernihkan jiwa ini dengan kerinduan,
Zahirkan perbuatan ini dengan ketaatan,
Bentengkan nafsu ini pada ketakutan..
pada Mu, ya Ilahi.
Teguhkanlah iman ku,
Bimbinglah ilmu ku,
Mudahkan lah urusanku..
dalam menghadapi ujian-Mu,ya Allah.
Tiada daya upaya melainkan
dengan izin-Mu
Bukakanlah hijab yang menghalangi,
dalam mengenali..makrifah pada Mu, ya Allah.

Agar diri ini..
mencapai derajat taqwa,
cinta dari Mu..
Oleh Mu,diri mendengar..
Oleh Mu,diri melihat..
Oleh Mu,diri bicara..
Oleh Mu,diri marah..
Oleh Mu,diri melangkah..
Supaya wajah ini dapat menghadap..
Wajah redha Mu..
Tuhan bagi segala keindahan.
Segala puji bagi-Mu,ya Allah.
Harumkan lah cinta ini mewangi,
di sepanjang kehidupan fana ku.
Aku rindu..aku mengharap..
pertemuan dengan Mu,
..bersama dengan keredhaan Mu.

Mar 18, 2010

UPAHAN SIAPA?

PKR balas salakan ‘anjing penyerang’ BN

Setiauasaha agung PKR Saifuddin Nasution (bawah) hari ini melabelkan empat bekas ahlinya yang kini menjadi ahli parlimen bebas, khususnya Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim (Bayan Baru) sebagai 'anjing penyerang' Barisan Nasional.

saifuddin parliament"Mereka digunakan sebagai 'anjing penyerang', 'askar upahan',” kata Saifuddin ketika sidang media di lobi parlimen.

Katanya, MP bebas itu kini adalah senjata terbaru BN untuk menyerang Pakatan Rakyat kerana terlalu sedikit MP Bn yang mampu berbuat demikian.

Semalam, ucapan sulung Zahrain selaku wakil rakyat Bebas yang mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR, menyebabkan suasana persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.

Malah kurang lima minit selepas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap mulai jam 5.05 petang semalam, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain (bawah) mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 September".'Pemimpin Umno hidangkan arak'

penang pkr chief zahrain hassimBagaimanapun menurut Saifuddin, fenomena itu hanya halangan kecil dan tidak akan mengalihkan perhatian Pakatan daripada musuh sebenar mereka - Umno dan BN.

“BN adalah musuh politik utama kita. Kita berdepan dengan pembunuh Altantuya, kita menghadapi mereka yang merompak kekayaan rakyat dan kita berdepan juga dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah,” katanya.

Saifuddin juga mendakwa dia didatangi oleh seorang anggota kanan MP Umno yang juga seorang menteri kabinet dan diberi amaran agar menghentikan membuat pendedahan yang memalukan Umno dan BN.

Menteri kanan itu dikatakan tidak senang dengan kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat semalam bahawa ada pemimpin Umno yang menghidangkan minuman keras pada ulang tahun perkahwinannya.

Saifuddin juga memberitahu Dewan Rakyat dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Umno ke amerika syarikat, seorang pemimpin parti itu tertidur di kasino dan gagal mengikuti rombongan berkenaan.

Posted by Biaqpila

PERINGATAN PADA AHLI PARLIMAN YANG LAIN...

MOHSIN PEMBOHONG YANG GANAL












Sewaktu mula-mula datang bertemu saya,sebelum PRU Ke12,sekitar bulan Jan 2008 dulu,Mohsin hanya membawa beg plastik"AJI NO MOTO"kuku tangannya hitam,kaki dipenuhi"cangu".Masya Allah cukup teruk macam pengemis nak minta sesuap nasi.Saya tanya dia "nak bertanding ??? " dia kata "nak".Saya tanya lagi "duit ada tak ???" dan dia kata "tak ada".Dia datang untuk bertanding hanya membawa teluk saja.
Namun bagaimanapun,sebagai orang parti kami akur dengan berkerja keras untuk memenagkan parti,waktu itu parti kami dahulukan.
Lawan punya lawan menanglah Keadilan di Bagan Serai.Mulalah kadok memanjat junjung.Mohsin mula tunjuk taring,kalau dulu kita tegur dia buat bodoh saja tapi sekarang dah mula berlagak,YB lah katakan!!!!!!!




Hah...hah...hah..Kulaan Bgn Serai telah menyedikan kubur untuk Hj Tempirai.Hang masuklah sendiri sebelum kami masukan.

Mohsin lah ni,bukan Mohsin dulu.Dia dah mula buat hal sendiri tanpa peduli parti lagi.Pegawai yang kononya tidak amanah sebenarnya tidak dibayar satu sen pun.orang mati ka.....kendurikah....dia tak peduli.Namun pegawai yang di lantik oleh parti hanya boleh bertahan selama 6 bulan saja.Sepatutnya Mohsin kena ingatlah,siapa yang berkerja keras dulu untuk memenagkan dia dan keadilan,siapa yang bagi dia ruang untuk dia bertanding di Bagan Serai??Tapi tidak.....dia sombong dia ingat dia ada kekuatan dia sendiri.Ingatlah Mohsin!!!!!!!awak orang tak kenal pun dulu,dalam Keadilan nilah orang yang kenal hang pun!!!!
Dari sudut kenyataan dia pun orang dapat tahu,bahawa dia ketinggalan dan tertinggal jauh......sebenarnya bukan kami di peringkat Cabang yang tinggalkan dia tetapi dia tidak pernah hadir untuk mesyuarat Cabang.Cabang hantar SMS....,Cabang bagi surat,dia tak pernah hadir sebaliknya bagi macam- macam alasan,lembu sakitlah,kambing sakitlah,sebab itu.....kita dah mula gunakan Cabang,dia masih terkial-kial sebut Bahagian lagi...Bodoh bahlul punya YB.Ada kelulusan pun tak guna kalau tak ada akai!!!!!Bini dia pernah halau seorang pengadu di pejabat dia,sebab nak minta bantuan......."Hangpa ingat ni pejabat welfare kah??".....inilah ungkangkan bini Hj Mohsin.Boleh pakai ka bekas 'CC' macam ini.Betuilah kata salah seorang pengundi kamu,yang telah menghantar 'e-mail' katakan yang Mohsin dah kena "nasi kangkang".
Mohsin ingat PKR ini,mak bapak dia punya,bini jadi Pegawai Khas,anak jadi Pegawai Khas,menantu jadi kerani,awat.....dia ingat Cabang Bagan Serai ni tok nenek dia punya.
Banyak masa Mohsin benggong ni habiskan di kandang kambing dia di Relau,rakyat tidak pernah di pedulikan.Rujuk artikal saya yang lepas dia berhutang dng MARA untuk projek kambing dia.Mohsin ni jenis binatang yang tak reti bayar hutang,binatang yang suka berbohong,penipu.Hutang keliling pinggang,hatta hutang alat-alat dan pekakas dalam pejabat dia punya pun tak dibayar apatalagi hutang abang dia yang yang tinggal di Parit Satu,Bagan Serai,berpuluh ribu ringgit.
Seperkara lagi yang saya perlu jelaskan,pada peringkat awal,dia kata dia keluar parti kerana isu "Allah" dan tak puas hati PKR dok hentam SPRM,Polis dan SPR.Tapi sekarang,tak puas hati dengan Cabang pulak,jelan lidah kamu tengok bercabang ka tidak???Memang betul lah kamu ni pembohong yang ganal.Kalau dah kamu tak reti berpolitik,orang cakap tu,kena dengar lah!!!Kamu ingat A.P dah boleh buat apasaja kepada parti???Parti kena dengar cakap hang???Bodoh!!!!Belajar lah kalau dah bodoh!!!!Betulkanlah bila di tegur..
Untuk makluman semua,Mohsin tak pernah bagi sekupang pun dekat Cabang Bagan Serai,dia mentekedarah duit eluan haram,duit titik peluh kami di Cabang samatu,yang dia makan,Haramjadah punya Mohsin.Semenjak dia datang ke Bagan Serai saya selaku Ketua Cabang tidak pernah dia belanja pun secawan teh,malah aku yang kena bayar bila bertemu pengundi.Aku tak halal dunia sampai akhirat,hang makan belanja aku.Mampus esok hang jadi hantu "Mohsin".Pada bulan Julai 2009 ada dia bagi sekeping Cek RM 1000.00 untuk Cabang,tapi malangnya Mohsin sengkek ni tak ada duit,cek tendang!!!tak reti malu punya A.P.Dia bagi cek ini pun setelah dia sendiri yang bagi persetujuan dalam pertemuan bersama Azmin Ali di Pejabat Keadilan Di Kuala Lumpur,tetapi dia sendiri yang khinati perjanjian ini.Inilah wajah-wajah Mohsin yang sebenarnya.Penipu,pembohong,pemiutang yang "kadakhandak di bayari"
"Amun Kadakhingkat lagi berkhidmat,lepas aja jawatan ekam"......"Berotak tak berakal,berilmu tak beramal".

(Ketua Cabang Tan Kuda)

Mar 16, 2010

KENAPA NAK DITANGGUH?

16 Mach2010. Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST perlu ditarik balik dan bukan setakat ditangguh sahaja kerana ia merupakan bebanan kepada rakyat kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap keputusan Parlimen pada kali ini yang tidak akan membincangkan tentang GST sebagai satu kemenangan Pakatan Rakyat.

"Kerajaan perlu membangunkan ekonomi rakyat dahulu sebelum menjalankan beberapa usaha untuk meningkatkan hasil cukai negara. Perkara ini bukan senang untuk dilaksana tetapi ada banyak pandangan yang merasakan kos perkhidmatan dan barangan akan meningkat.

"Pakatan Rakyat merasakan GST perlu ditarik balik bukannya ditanggungkan," kata Khalid selepas perasmian sidang Dewan Rakyat di Parlimen.

Pendapat beliau disokong Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan rakyat belum lagi bersedia menerima perlaksanaan cukai seperti ini.

"Sepatutnya rang undang-undang ini perlu ditarik balik kerana jika sedang kali ini tidak dibentang tetapi pada sidang yang akan datang ia akan dibentang juga.

"Alasan kerajaan untuk mendapat respon dari rakyat adalah silap, sepatutnya sebelum merangka GST ia perlu mendapat respon dari rakyat. Jika rang undang-undang telah dirangka bagaimana respon rakyat boleh dimasukkan walaupun boleh mengemukakan pindaan tetapi kita melihat ini umpama tikus membaiki labu kerana kita lihat ia tidak dapat memastikan rang undang-undang memberi kesejahteraan kepada rakyat sepenuhnya," jelasnya.

Mahfuz juga menganggap rakyat belum bersedia untuk menghadapi GST kerana pendapatan rakyat masih rendah.

"Pendapatan rakyat masih rendah kerana 93 peratus rakyat tidak layak dicukai kerana faktor pendapatan mereka. Jika GST dilaksanakan maka ini tidak adil kepada rakyat yang tidak layak dikenakan cukai," sambungnya lagi.

Persidangan Parlimen pada kali ini menarik minat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan menyifatkan titah Yang DiPertuan Agong bersifat adil.

Mengulas titah baginda, Khalid berkata Tuanku Mizan Zainal Abidin mengarahkan agar setiap Ahli Parlimen bekerjasama untuk pembangunan rakyat.

"Walaupun kita berbeza dari segi konsep parti tetapi yang penting ialah bagaimana kita menterjemahkan kepentingan negeri dan negara untuk kepentingan rakyat dan perkara yang paling penting ialah kita mesti memberikan memberitahu pentadbir serta pegawai kerajaan supaya tidak membezakan antara parti-parti politik

"Sebagai contoh di Selangor pemerintahan adalah Pakatan Rakyat dan bekas pegawai-pegawai kerajaan menterjemahkan usaha Pakatan Rakyat untuk membangunkan negeri Selangor dan tidak boleh dibeza-bezakan," jelas beliau.

Mahfuz pula berkata titah Yang Di-Pertuan Agong supaya setiap Ahli Parlimen menunjukkan sikap terbaik mereka perlu diambil iktibar kepada Ahli Parlimen yang melompat parti.

"Contoh Ahli Parlimen yang terbaik adalah Ahli Parlimen yang tidak melompat parti kerana ini adalah prinsip dan amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka. Kepada Ahli Parlimen yang lompat parti perlu melepaskan jawatan mereka kerana sikap mereka telah mengecewakan rakyat," tegas beliau.

Mar 14, 2010

JATI DIRI? DIAKAH ? ATAU AKU!!!!!!!!!!

DUIT SEGALA-GALANYA

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan untuk memperjuangkan keadilan semestinya tidak sesuai kepada pemimpin yang mahu meraih kekayaan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau tidak terkejut dengan pengunduran beberapa pemimpin PKR dan tidak berasa kehilangan mereka yang berkepentingan diri.

Katanya, apabila pemimpin terbabit menyedari PKR bukan lubuk harta maka mereka mengambil tindakan keluar parti, alasan mahukan parti lebih Islamik agama dan adil seperti yang dinyatakan hanya diada-adakan untuk menutup kelemahan diri.

”Pemimpin perlu memanfaatkan platform mereka dalam mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat dan bukannya untuk membina kekayaan.

”Bila ruang membina kekayaan tidak ada dalam PKR, mereka bertindak keluar parti dan PKR memberi kebebasan kepada mereka menentukan hala tuju,” katanya.

Menurutnya, Pas tidak mungkin menerima penyertaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana tindakan itu boleh merenggangkan perhubungan Pas dan PKR.

Walaupun tindakan itu menyebabkan PKR kehilangan kerusi, Saifudin menganggap ia tidak menjejaskan parti malah parti itu semakin berkualiti kerana pemimpin bermasalah tidak lagi bersama.

BERISTIGHFAR

14 march 2010.

Assalamualaikum..sahabatku sayang..


Andai jiwa parah kerana terluka dengan seribu dugaan, BERISTIGHFARlah…. Andai
hati gelisah kerana sesuatu yang di nantikan, BERTAWAKKALlah… Andai
kalbu sayu kerana kejauhan dari nikmatNYA, BERSUJUDlah…. Sesungguhnya,
Allah mendengar rintihan dari hatimu yang ikhlas kerana segala
pujian-pujian dirafaqkan kepadaNYA dengan kekuatan nuranimu…

Mar 8, 2010

HIKMAH DARI ITU.....

IA BUKAN TEGURAN SAYA, DATANGNYA DARI ALLAH.

Saya mendapati banyak respon dari apa yang saya sifatkan sebagai warkah saya buat saudara yang saya tulis sebelum ini. Respon ini bukan hanya dari kalangan kenalan yang masih berjuang di dalam PKR, tetapi juga rakan-rakan sepengajian saya dahulu, rakan-rakan di sekolah menengah (MRSM Kuala Terengganu), juga rakan-rakan ketika di Kolej Matrikulasi MARA Kulim. Kebanyakan mereka ini adalah dari lingkaran bukan parti, bukan politik, kebanyakan mereka ini sekarang berada di kedudukan kanan dan profesional dalam profesion masing-masing. Sikap prihatin dan ambil berat mereka terhadap saudara menandakan saudara masih dipercaya oleh masyarakat di luar sana untuk memimpin sebuah perjuangan perubahan, tetapi seperti saya juga, mereka sependapat yang saudara telah salah pertimbangan bila mengangkat “kawan-kawan Anwar” dari kelas elit politik untuk membarisi saf kepimpinan PKR.

Apa yang saya hujahkan lewat warkah saya buat saudara tempohari menjadi semakin benar bila ia siap ditulis dan disiarkan oleh Harakahdaily. Zahrain Hashim bukan penamat cerita, seorang demi seorang “orang pilihan” saudara angkat punggung dan meninggalkan PKR. Salehuddin Hashim, kononnya sahabat saudara yang berjaya dalam perniagaan dibawa masuk ke dalam PKR untuk membantu pentadbiran parti. Ketika dia masuk dengan jawatan Setiausaha Pengelola PKR, saya masih di dalam parti, dan kalau tidak salah ingatan, kami dimaklumkan dia cuma dibayar “token” RM1 sebulan. Pada masa itu tentulah saya terkasima dengannya, betapa tidak, seorang Datuk bergelar, berstatus usahawan berjaya, “rugged” dengan rambut berekor, sanggup membantu perjuangan seorang sahabat dengan hanya “token” RM1 sebulan… sungguh mulia hatinya!

Hari ini lain pula pendedahannya, Salehuddin Hashim menerima gaji RM9,000 sebulan! Saya rasa pendedahan ini bakal menggamit rasa marah dari ramai kalangan aktivis PKR. Lebih malang dari itu bila dia mengatakan jumlah tersebut sedikit berbanding dengan kerja dan tarafnya sebagai ahli korporat yang punya pendapatan melampau tinggi. Saudaraku Anwar, inilah “orang pilihan” saudara, “sahabat” puluhan tahun saudara yang saudara angkat untuk membarisi saf kepimpinan sebuah wadah perjuangan bernama PKR, lagak orang perjuangankah ini? Mana ada orang perjuangan mengungkit soal taraf dan kelas? Mana ada orang perjuangan mengungkit soal upah dan timbal-balas?

Ini baru kisah Salehuddin Hashim, belum lagi kisah Mohsin Fadzli Samsuri, Ahli Parlimen Bagan Serai, yang dalam kenyataan keluar dari PKRnya juga mengaku “sahabat” saudara selama 20 tahun. Belum juga kisah Zulkifli Noordin yang secara teknikalnya sahaja masih ahli PKR, mana mungkin seorang ahli parti, bukan sahaja menolak, bahkan tidak mengiktiraf keputusan Majlis Pimpinan Partinya sendiri?

Sesungguhnya benarlah teguran Tuhan itu…

Mengikuti kisah Salehuddin Hashim ini membuatkan saya terkenang kepada seorang aktivis PKR yang sekarang ini tidak lagi aktif, namanya Kamal Mohd Taib, semasa menyertai parti, dia adalah seorang perunding IT yang punya firma sendiri, tidaklah besar tetapi cukuplah untuk menampung hidup, yang saya pasti dia bukanlah “sahabat” atau “orang pilihan” saudara. Dia kemudiannya menjadi Setiausaha Perhubungan Keadilan Negeri Pahang, sekali lagi saya pasti dia tidak dibayar RM9,000, mahupun RM1,000 sebulan kerana tugasnya itu. Dari Kuala Lumpur, ke Mentakab kampung halamannya, kini dia di Kuantan. Kali terakhir saya jumpa dia berniaga kecil-kecilan di pasar tani, masih ramah dan mesra. Saya juga pernah melihat dia solat di masjid, wajahnya jernih, saya kira solatnya khusyuk. Dari keramahan dan wajah jernihnya, saya kuat merasa dia redha dengan apa yang telah dia lalui kerana sebuah perjuangan. Saya membayangkan, jika dia dibayar RM9,000, tidak perlu RM9,000lah, separuhpun memadai, hidupnya tidak akan perlu berkelana sebegitu rupa. Tetapi yalah, dia bukan Salehuddin Hashim yang pandai meminta, dia bukan “sahabat” saudara, dia ikhlas menyerahkan jiwa-raga demi sebuah perjuangan yang diseru oleh saudara.

Salehuddin Hashim dan Kamal Mohd Taib ini adalah dua contoh kontra, seorang dari kelompok elit, Datuk bergelar, sementara seorang lagi rakyat biasa yang datang entah dari mana. Senario inilah yang membawa saya kepada kesimpulan bahawa ini adalah teguran dari Tuhan.

Untuk mengungkap sebuah sirah Nabawi, tentulah saudara sebagai bekas pemimpin gerakan Islam lebih arif, tetapi saya titipkan juga di sini sebagai ingatan buat semua, betapa Allah sudah mengingatkan yang golongan elit ini sentiasa merasa mereka ada semua, apakah mereka sanggup kehilangan atau kekurangannya? Apakah tujuan mereka dekat dengan perjuangan? Adakah untuk turut sama berkorban demi perjuangan, atau mengintai peluang menambah laba keuntungan dari keberhasilan perjuangan tersebut?

Allah berfirman dalam Surah ‘Abasa atau orang kampung lebih ingatnya sebagai Surah ‘Abasa watawalla, ayat 1-11, mafhumNya…

[1] Ia memasamkan muka dan berpaling
[2] Kerana ia didatangi orang buta
[3] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)!
[4] Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya
[5] Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran)
[6] Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya
[7] Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya)
[8] Adapun orang yang segera datang kepadamu
[9] Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah)
[10] Maka engkau berlengah-lengah melayaninya
[11] Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi)

Inilah kisah Ummu Maktum, si buta yang setia dengan perjuangan Islam pimpinan Nabi s.a.w. Menurut riwayatnya, Ummu Maktum ini, sudahlah orang biasa, buta pula tu, sering bertemu Nabi s.a.w untuk bertanya tentang petunjuk baru, wahyu baru yang diturunkan Allah s.w.t. Pada satu hari ketika Ummu Maktum datang berjumpa Nabi s.a.w, Nabi s.a.w sedang menerima kunjungan tetamu, seorang pemuka, elit politik Quraish. Kerana kepentingan kedudukan elit Quraish ini (yang difikir boleh memberi kelebihan kepada perjuangan Islam kalau dia menyertainya), Nabi s.a.w lantas merasa terganggu dengan kehadiran Ummu Maktum yang buta ini lalu berpaling dan memasamkan muka. Kerana kesilapan Nabi s.a.w ini, maka Allah s.w.t segera berfirman menegur baginda melalui ayat di atas.

Dalam konteks senario yang berlaku hari ini, Ummu Maktum mewakili kelompok rakyat biasa, sementara elit Quraish itu samalah dengan Zahrain Hashim, Nallakarupan, mahupun Salehuddin Hashim, semuanya Datuk bergelar, elit dalam masyarakat.

Perhatikan ayat kelima di atas, orang-orang elit yang merasa keadaannya telah cukup tidak berhajat lagi dengan perjuangan. Kalau mereka dekat dengan perjuangan, kononnya atas alasan “kawan” Anwar, berhati-hatilah!

Sedangkan ribuan rakyat biasa, ada yang hina-dina, bangkit datang kepada saudara bila saudara dianiaya hanyalah kerana ayat lapan dan sembilan di atas, mereka takut, mereka takut turut menjadi zalim di sisi Tuhan kerana tidak membela saudara yang dizalimi. Ummu Maktum, kerana jasanya menjadi orang yang menyebabkan Nabi ditegur oleh Allah s.w.t, akhirnya diangkat oleh Nabi s.a.w menjadi Gabenor Madinah sebanyak dua kali. Orang ramai, orang biasa yang menyokong saudara selama ini tidaklah mengharap sampai ke tahap itu, tetapi mereka juga tidak mahu lagi orang-orang seangkatan dengan Zahrain Hashim, Nallakarupan, Salehuddin Hashim, mahupun Zulkifli Noordin, diberi layanan dan kedudukan istimewa, lebih banyak curiga dari percaya.

Mengambil pengajaran dan iktibar dari Surah ‘Abasa di atas, saya kira saudara juga sedang berada dalam tempoh keteguran, bukan keteguran hantu-jembalang, tetapi keteguran oleh Tuhan seperti yang difirmankanNya dari ayat lima hingga ayat kesebelas. Saudara keteguran kerana tersilap tidak memandang dan melayani wajah-wajah muda, wajah orang biasa yang mungkin tidak kaya harta-benda ini tetapi dari dahulu kekal setia dengan perjuangan yang dipimpin saudara.

Sepatah firman Allah dalam ayat kesebelas di atas, “Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu!” Semoga kita sentiasa di dalam petunjuk dan rahmatNya.

Nukilan
Zukri Aksah

Mar 4, 2010

KAU BERDUSTA

BENARKAH MOHSIN KELUAR keADILan KERANA KALIMAH ALLAH?

Sikap tak tahu diuntung. Kalaulah Mohsin berpegang teguh pada kalimah Allah paling teratas, wajibkah menyalahkan parti dan sanggup keluar parti, oh tidak mungkin.

Apakah hebat sangat Mohsin dalam agama? Mengapa beliau sanggup menerima lamaran DSAI untuk bertanding dalam PRU12 lepas? Kenapa beliau tidak ikut jejak Zul untuk tidak keluar parti dan pelihara parti untuk kebaikan? Mengapakah beliau berada bersama Salehhuddin itu?

Salehhuddin itu bersikap betul kah? Parti yang memberi amanah besar padanya pun dirosakkannya. Faham-fahamlah apa tugas seorang setiausaha agong kepada urusan parti. Ramai diluar sana akan berkata berapa yang Salehhuddin menerima upah dari Najib, kerana beliau sudah tidak lagi menerima pendapatan RM9k sepertimana yang diketahui dari kenyataan Senator Syed Husin Ali.

Mohsin jangan bordolak dalih untuk kepentingan peribadi. Bagi pendapat Hanyar beliau tidak perlu/layak untuk berada diparliman sebagai MP bebas. Undi kemenangan beliau adalah ribuan ahli PAS Islam juga berbangsa India dan Cina yang menyokong perjuangan parti untuk perubahan yang lebih baik. Ahli PAS parliman Bagan Serai mahukan MP yang menyokong PR, bukan Parti bebas. Beliau sendiri mungkin tidak memberi sumbangan undi pada diri sendiri. Sememang adalah tidak layak lagi beliau sebagai MP Bagan Serai.

Letak jawatan MP dan cukup dengan gaji pencin yang ada.