ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 4, 2010

P94 JADIKAN KAYU UKUR KITA

JANJI-JANJI MANIS BILA MANA DIADAKAN PILIHAN RAYA KECIL.

Tidak dinafikan Parliman Hulu Langat, sememangnya kerusi tradisinya BN. Oleh kerana bila semua rakyat mengetahui bahawa kerusi tradisi juga dapat disangkal bila kuasa rakyat adalah penentu segala-galanya. Maka PRU12 lepas telah memehak kepada PR.

Pakatan Rakyat juga tidaklah boleh merasa selesa dengan kemenangan itu. Dilihat kemenangan diparliman Hulu Selangor itu juga tidak bermakna rakyat telah benar-benar menyokong PR yang calunnya dari KEADILAN juga beliau kerana bekas kepimpinan umno yang dianggap bersih.

Faktor yang KEADILAN mendapat kemenangan diParliman itu, kerana Hanyar berpendapat sikap pengundi masih lagi bersikap kepada bangsa yang menjadi calun sahaja. Hanyar juga berpendapat, pengundi masih lagi berkarat kepada umno. Buktinya disetiap DUN masih lagi pengundi memejoritikan kepada BN. Berbeza pula untuk undi Parliman, kerana faktor calunnya adalah bangsa yang berlainan.

Untuk kemenangan mudah PRK pada 25 April 2010 kepada PR, adalah amat mudah untuk dikaji oleh Kerajaan PR Selangor. Dan kepada rakyat marhaen diParliman itu pula, mereka aka menilai kepada sikap pentadbiran PBT yang selama sejak 2 tahun memerintah Selangor.

Sedang semua mengetahui,sejak Kerajaan PR mengambil alih Negeri Selangor dari BN pada awal 2008 telah berbagai perubahan dan keperihatinan kerajaan PR untuk lebih telus sepertimana manipesto yang dijanjikan juga dilaksanakan.Dilihat jelas adalah urat-urat Kerajaan PR untuk menjadi lancar pengaliran urus tadbir, terletak kepada pentadbir PBT.

Setiap tabur janji BN semasa kempin PRK akan datang, tidak akan menjadi calar kepada PR jika semua yang Hanyar sebutkan tadi tidak terpesong.

Hanyar sebagai memehak kepada kebenaran dan ketelusan setiap janji dan telah diamanahkan oleh pengundi di negeri Selangor, Hanyar sekali lagi menasihatkan agar pengundi diparliman Hulu Selangor dapatlah memahami dan buatlah pilihan tepat untuk memilih calun Wakil Rakyat yang diterajui DSAI serta ahli komponannya.

Setiap pengundi-pengundi yang berdaftar sebagai daftar pemilih, buatlah semakan daftar pemilih dimana-mana saluran tepat untuk kenal pasti jika anda tersenarai sebagai pengundi diParliman Hulu Selangor pada 25 April 2010.


No comments: