ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 28, 2010

PENGERUSI KEADILAN SELANGOR BERTUKAR TANGAN..

Semoga apa yang berlaku kpd parti KEADILAN diperingkat negeri Selangor, akan menjadi kenyataan untuk perubahan yg lebih terbaik dan bukan lah pula yang lama dianggap tidak baik dan tidak sempurna. Tapi itulah kehendak pimpinan diakar umbi untuk lebih mantap lagi.(biarlah ada kepentingan diri untuk tidak terlibat kepada melakukan dosa).
Siapa kata isu rasa tidak puashati terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor ‘biasa-biasa’ saja.Ia Mungkin diselindungi oleh senyum,tepuk tampar dan derai ketawa segala macam.
Namun dari sudut politik hakikat yang terbentang depan mata ialah kuasa Khalid sudah ‘ kena potong’ petang Ahad bila Azmin Ali diumum sebagai Pengerusi PKR Selangor ganti beliau.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak sebelum ini dikatakan mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen PKR yang tak puashati cara pimpinan Khalid.Khalid bagaimanapun kekal sebagai Menteri Besar Selangor.Kuasanya setakat mentabir manakala soal parti negeri itu sudah pindah pada Azmin.

No comments: