Mualaf Cina Terbiar Di Beri Pembelaan.
Wajah terbaru seorang Mualaf Berbangsa Cina bernama Nasrom Tan bin Abdullah, 53 tahun mengalami sakit sejak 2 tahun yang lalu. Telah memeluk Ugama Islam sejak 6 tahun lalu. Berkahwin dengan wanita Indon. Dan Isteri beliau balik keNegeri asalnya kerana sakit dan tidak mampu hidup bersama sejak beberapa bulan lalu. Tiada pekerjaan dan daif.
Tinggal dikawasan perumahan mejoriti kaum cina yang bukan Islam sejak memeluk Islam dan mendapat penghinaan dari mereka. Dimaklumkan juga biasa dibaling daging babi didpn rumah. Beliau selalu bersangka baik dan mengadu kpd Hanyar untuk kebaikan pegangan Ugama barunya. (Hanyar baru mengenali beliau dari rakan pada sebulan yang lalu).
Hari ini 15 0gos 2010 bersamaan 05 Ramadzan 1431H menjadi sejarah kepada beliau tinggal dikampong mejoriti kaum melayu. Untuk tindakan menyenangkan hati semua, tindakan terbaik Hanyar bersama rakan membuat keputusan untuk pindahkan beliau kerumah sewa baru di Lot 3753, D4, Jalan Murai, Batu 9, kebun baru Sejangkang. Kadar sewa rumah sebulan RM 300.00.
Permohonan untuk bantuan Zakat, beliau memohon sejak beliau sakit. Dan baru sebulan mendapat bantuan bulanan RM 400.00 dari Zakat Selangor setelah didesak.
Diharap dapatlah penduduk di DUN Sejangkang menerima kehadiran beliau untuk bermastautin disitu. Jadikanlah beliau keluarga baru kepada penduduk Kebun Baru serta berilah tumpuan perhatian kebajikan . Kini beliau hidup sebatang kara dan tidak mempunyai isteri dan anak.
1 comment:
Alhamdullilah.kita sebagai manusia kerdil ini hanya mampu membantu seadanya ..
Post a Comment